Sesetengah orang suka pada haiwan dan menjadikannya haiwan peliharaan mereka. Setakat ini kucing dan anjing merupakan haiwan peliharaan paling popular untuk dibela.
Namun lain pula ceritanya di Jepun ini. Lebih kurang 40 tahun dahulu, Nobumitsu Murabayashi, membeli buaya yang diberi nama Caiman-san, dari kedai haiwan perliharaan selepas anak sulungnya merayu untuk membela haiwan berkenaan.
Kredit foto: Youtube Carters Clips
Buaya terbabit kini mempunyai ukuran panjang mencecah 7 kaki, dengan berat lebih dari 45 kilogram.
Seperti orang lain yang memiliki haiwan peliharaan, Nobumitsu turut membawa Caiman-san ini keluar berjalan-jalan dan membenarkan sesiapa sahaja menyentuh buayanya termasuk menaiki belakang badannya juga.
Kredit foto: Youtube Carters Clips
Menurutnya, meskipun buaya ini nampak ganas dengan giginya yang tajam, Nobumitsu berkata buayanya itu tidak akan dan tidak pernah mencederakan sesiapa.
Kredit foto: Youtube Carters Clips
"Saya tidak pernah menyangka dia akan jadi sebesar ini. Sudah 39 tahu saya menjaganya. Saya cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti menggosok gigi, dan lain-lain.
Setiap hari isteri saya akan menjadi muak dengan saya. Oleh itu, saya menghabiskan hari saya dengan Caiman sebagai gantinya," kata Nobumitsu memetik laporan Carters News.
Sang bedal ini biasanya digeruni. Tapi lihatlah bila dipelihara dari kecil, reptilia milik Nobumitsu Murabayashi itu cukup jinak sehingga dah jadi dari sebahagian daripada keluarga mereka. -CARI
selain dari dalam air atau berdekatan dgn air yg dalam
buaya tak boleh buat pape
dia lebih suka melarikan diri
kalo dah tiap2 hari dok gomol buaya tu dalam rumah dia nak lari mana lagi
Binatang kalau dah lama duduk dengan manusia kadang boleh lupa diri ingatkan ia juga manusia. Apa pun ia masih haiwan liar sikap aslinya masih ada tetap kena berjaga2.
teringat my English lecturer dulu,,pompuan dia masa study kat obersee, beli ular sawa..abis belajar nbawa sini dah besar,,dia letak dalam bathtub rumah dia..bila dia ajak kita org open house..sorang pun x mo pegi..dan last nya dia lepas kat perhilitan bila satu hari tu seminggu ular x mau makan, tapi asik himpit dia bila dekat,,,bila pegi vet, terperanjat dia bila vet cakap ular tu sedang ejaskan dirinya utk dibaham..haa hilang rasa sayang,,sib baik ular tu test market dulu...kalu terus ngap camna?