CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 2

'Biar Mak Jual Kuih, Kau Belajar Sampai Berjaya' - Harian Metro

[Copy link]
Post time 25-12-2020 09:13 AM | Show all posts |Read mode
SITI Nurakma (dua kiri) dan Siti NurNajwa (dua kanan) menerima sumbangan komputer riba dan alat pencetak serta keperluan pembelajaran dan wang tunai daripada Farihah (kiri) sambil diperhatikan Suparmiyati. FOTO Zaid Salim

Zaid Salim
[email protected]

Kuala Berang: Tiada kemudahan untuk belajar disebabkan kemiskinan keluarga bukan alasan dua beradik untuk tidak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Kecekalan Siti Nurakma Solehah Abdullah, 20, dan Siti Nur Najwa Nabila, 19, untuk berjaya dalam pelajaran terbukti apabila masing-masing sanggup menyiapkan tugasan hanya dengan tulisan tangan kerana tidak memiliki kemudahan komputer riba.

Siti Nurakma Solehah, graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari MAHSA Universiti, Selangor dan Siti Nurakma Nabila yang masih menuntut di tahun dua jurusan diploma kejuruteraan kimia di Kolej Universiti TATI (TATIUC), menjadi kebanggaan dan harapan ibu mereka, Suparmiyati Saimin, 47.

"Saya tidak berkemampuan untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk mereka belajar.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana mereka faham dengan keadaan kami yang hanya mengharapkan wang hasil menjual kuih sebagai perbelanjaan keluarga," katanya yang sudah 15 tahun tinggal di Kampung Peris, Ajil di sini.

Seorang lagi anak Suparmiyati, Muhammad Nazuwan Raifan, 11, kini di tahun lima di Sekolah Kebangsaan (SK) Peris.

Suparmiyati ditemui selepas menerima bantuan peralatan pembelajaran seperti komputer riba, mesin pencetak dan keperluan pembelajaran lain sumbangan peribadi Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sumbangan bernilai RM5,000 itu disampaikan menerusi Skuad Prihatin Perkeso Terengganu diketuai Pengarahnya Farihah Che Husin.

Dua beradik berkenaan yang kematian bapa pada Ogos lalu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Perkeso membantu keluarga mereka.

Siti Nurakma Solehah berkata, sumbangan itu besar ertinya buat keluarga mereka dan akan digunakan sebaiknya bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi ahli farmasi manakala adiknya sebagai jurutera kimia.

"Kami hanya bergantung sepenuhnya pada hasil jualan kuih ibu sebanyak RM20 sehari. Bantuan ini membakar semangat kami untuk berjaya dalam pelajaran," katanya.

Sementara itu, Farihah berkata, dua beradik berkenaan tidak memiliki status kewarganegaraan berikutan ibu mereka adalah warganegara Indonesia.

Katanya, ia menyebabkan mereka sukar untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan kerajaan.

"Perkeso akan berbincang dengan agensi berkaitan bagi mendapatkan taraf warganegara kepada dua beradik ini memandangkan kedua-duanya lahir di negara ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la nama maknya tiada ciri2 nama org tganu..jowo indon rupanya.
Semoga Allah memudahkan urusan ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mahsa dengan tati ni ipts la khens? masuk dengan biasiswa ke ptptn ke cemano? takde syarat kena wargenagara ke boleh layak mohon?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.511227 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list