ADUN Usukan Salleh Said Keruak pada majlis ramah mesra dengan pemimpin gereja sempena sambutan Hari Natal di Kota Belud, Sabah hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Sempena perayaan Hari Natal hari ini, ADUN Usukan, Salleh Said Keruak hadir untuk beramah mesra bersama pemimpin Gereja SIB Pekan Kota Belud, Sabah.
Katanya, selain beramah mesra, beliau turut mengambil kesempatan untuk berbual dengan anggota masyarakat yang hadir ke majlis itu hari ini.
“Perpaduan dan sikap saling menghormati antara kaum, agama dan budaya adalah lambang keharmonian kita di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, beliau turut berharap sambutan Hari Natal itu lebih bermakna dan keperitan yang dilalui rakyat ketika negara berdepan pandemik Covid-19 segera berakhir. |