CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Scheherazade

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 28

 Close [Copy link]
Post time 29-12-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 03:30 PM
Hi Bu. Xyah la Bu, biorkan je

Tak buek pung.. berangan ajo nak jd mcm lopak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 03:32 PM
Yo! Apa kabar hang? Ada shopping lg dak? Aku hr ni ada 5 brg smpai,  Semlm ada 2, hihihi

Aku dok tgg tilam ni.. Aku buang tilam lama sbb bug bed.. Huhuhu.. Aku beli sebelum xmas.. Sampai skrg x sampai.. Esk ikutkan parut sampai 4 lagi barang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 03:34 PM
Tatau la. Dia kata dia nk tepek kt porem nnt. Kita tgk la

Terbuka juga hati dia.. Hahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-12-2020 03:31 PM
Maksudnya ada yg bawa naik flight dari sinun

Oh, depa belikn bwk balik eh? Sama la den pun dulu beli bwk balik for my fam. Siap bwk Tupperware siap sbb takmo pecah, hahahaha. Tp xde la bwk ke patisserie tu, beli bwk balik bilik and buh lam Tupperware sblm campak dlm beg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-12-2020 03:32 PM
1/1 pun boleh  hihi...
@kuihbakar

A'ah lupa kaben, kekeke. Den kena stop dah la membeli
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 03:31 PM
Ola mod catpaw  keje ka cuti dah? Apa plan?

Plannya bagi kucing makan, ni sekor semalam tak balik, hari ni tiba2 muncul ngiau2 nak makanlah tu...

scheherazade ada jalan mana2 ke ujung tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2020 03:50 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 02:35 PM
Nk wish kena tunggu la at least eve dia, kekekeke

Gerenti
@ jem kat tenet...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:51 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 02:37 PM
Oh, depa belikn bwk balik eh? Sama la den pun dulu beli bwk balik for my fam. Siap bwk Tupperware  ...

Kena cari lokal je le dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 29-12-2020 10:21 PM
Scheherazade replied at 29-12-2020 02:38 PM
A'ah lupa kaben, kekeke. Den kena stop dah la membeli


Kucing kat opis...cam @keypochino...@ipes2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-12-2020 02:31 PM
Nanti.. Sbb sy dok blur2 lagi.. Hahaha.

Wokey...
Punah JJCM...huhu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:04 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 03:28 PM
A'ah. Dok tingat lg. Mana la nk dpt kekeke. Rasanya Laduree ada kot jual online but den prefer yg  ...

olaaa....

ohhhh hmmm nak try la beli...btw  what about savory cheese souffle ? sedap giler..heheheh reti buat tak sche?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:05 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 29-12-2020 03:29 PM
Eh, @buritan ke nk bukak? Sowie ler, den dah terbukak plak

takpe gilir gilir ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:13 PM | Show all posts
Buritan replied at 29-12-2020 02:35 PM
Tak buek pung.. berangan ajo nak jd mcm lopak

Bod sinun-

Fwd- profil pic adik piyu "Listen to the silence. Its telling the truth."
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 29-12-2020 01:39 PM
Acik dah letak tepi barang2 nak juai kat geng porem. Tak banyak pun, sket je. T-shirt, gadgets, and  ...

nnt bg la link acik.. menggagau ni tgh cari mana benangnya..
airfyer ada tak acik? pls pls
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 29-12-2020 02:00 PM
Aku rasa nak pedajal adikberadik aku laa modus operandi ikut lopa

hahaa bubu!! buat tak tau ja, jgn layan..
tp jgn drag yr kids n hub to do yr battle.. nnt lg diaorg tak keruan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 05:21 PM | Show all posts
@keypochino sedap lasagna ayam Ramly mkn dengan sate ayam Ramly plak...nom nom...recommended...

Kudapan kacang goreng garlic Speedmart
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 06:23 PM | Show all posts
Buritan replied at 29-12-2020 02:35 PM
Tak buek pung.. berangan ajo nak jd mcm lopak

Pada hari ini, 29 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,925 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 108,615 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 21,443 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,915 kes.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 06:25 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 29-12-2020 10:22 PM

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes (38.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 625 kes (83.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 360 kes (18.7 peratus) dan Pahang sebanyak 288 kes (15.0 peratus). Peningkatan kes di Pahang dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga yang melaporkan sebanyak 282 kes (98.0 peratus).

Sebanyak 307 kes (15.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Gajah (9 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 117 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 457 kes (0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian        No. Kes        Negeri        Jantina (warganegara)        Umur (tahun)        Hospital/ Tempat Kematian        Latar Belakang

456        91966        WP Putrajaya        Lelaki (WN)        65        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan strok

457        103895        Kelantan        Perempuan (WN)        68        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Penyakit darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara.

@ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 06:27 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 29 Disember 2020, terdapat sebanyak 498 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan (9) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 278 kluster ini termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bot Biru, Kluster Gedong, dan Kluster Jernih.Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 220 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Seri Lanang (168 kes),  dan Kluster Tapak Bina Lebuh (125 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER SERI LANANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 173 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CHU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA AWAN PUTEH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INTEGRA IKON
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104673) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan kendiri. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SATANG
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92888) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Disember 2020. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 104  individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

KLUSTER TEMBOK MEMPAGA
Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-97373) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 504 individu telah disaring, di mana 284 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TIMBANG DAYANG
Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100487) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEGULI
Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 13 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER RAMBAI
Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104441) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 06:29 PM | Show all posts
Perincian 1,925 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Disember 2020 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 747 kes
    • 364 kes daripada kluster-kluster, termasuk 168 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Lanang;
    • 261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 360 kes
    • 215 kes daripada kluster-kluster, termasuk 83 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Integra Ikon dan Kluster Jalan Satang;
    • 98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 288 kes
    • 282 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Mempaga;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 230 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Timbang Dayang dan Kluster Teguli;
    • 134 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 110 kes
    • 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 60 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 57 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 17 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Sembilan (9) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rambai;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.551703 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list