CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1732|Reply: 15

Baru 14 Tahun Sudah Mahir Baiki Bumbung - Harian Metro

[Copy link]
Post time 30-12-2020 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Mya Elzahraa membantu bapanya membaiki bumbung di sebuah rumah di Sepang. Foto Ihsan Fairuz Mohamad


Yusmizal Dolah Aling
[email protected]

Kuala Lumpur: Siapa sangka pada usia 14 tahun, seorang remaja perempuan boleh melakukan kerja asas pertukangan dengan baik dan kemas serta menjadi tukang rumah.

Dek kerana minat, Mya Elzahraa pelajar tingkatan satu di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya itu tidak ada masalah untuk memasang, membaiki bumbung rumah serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

Menurutnya, dia berminat dengan kemahiran bertukang bapanya, Fairuz Mohamad sejak menuntut di tahun tiga dan bertindak menjadi pembantu setiap kali ada tawaran membaiki rumah.

"Saya mula sebagai pembantu ayah. Mulanya hanya tolong hulur barang kerana agak susah untuk naik turun dari tempat tinggi.

"Lama-lama saya jadi seronok dan mula belajar buat kerja lain seperti membaiki bumbung, atap dan kerja-kerja pemeriksaan kebocoran," katanya kepada Harian Metro.

Mya berkata, walaupun perempuan, dia tidak berasa malu atau kekok untuk melakukan kerja yang lazimnya dipelopori orang lelaki kerana minat yang mendalam.

Menurutnya, dia juga pernah membantu bapanya membaiki peralatan asrama sekolah awal tahun lalu dan ia adalah perkara 'kacang' baginya.

"Saya pun tidak tahu apakah saya akan terus berkecimpung dalam bidang ini sebagai kontraktor atau apa, tetapi yang jelas saya memang sukakan kerja sebegini.

"Sekarang, saya mengambil upah daripada ayah untuk kerja asas terutamanya membabitkan pembaikan bumbung kerana itu adalah kemahiran saya.

"Selain itu, saya buat juga kerja-kerja lain untuk bantu ayah terutama ketika musim cuti seperti sekarang," katanya yang mengakui pernah bercita-cita untuk menjadi guru.

Sementara itu, Fairuz berkata, anaknya itu mempunyai kesungguhan untuk belajar dan mahir dengan cepat.

Kini, mereka seperti rakan kongsi dan akan menyerahkan sepenuhnya kerja-kerja pembaikan bumbung kepada Mya jika ditawarkan projek.

"Dulu dia pembantu, sekarang rakan kongsi. Saya sentiasa beri galakan kerana bukan senang seorang anak perempuan dapat melakukan kerja seperti ini.

"Tambahan lagi kalau bagi kerja bumbung, memang laju saja dia buat, malah kadang-kadang lebih teliti daripada saya dan kerjanya pun lebih kemas," katanya.

Bagaimanapun, Fairuz yang juga Presiden Kelab Perantau 11 tetap mahukan anaknya itu mengutamakan pelajaran demi masa depannya.

Katanya, dia tidak menghalang Mya untuk meneruskan minatnya dalam bidang pembinaan dan berharap agar 'rakan kongsinya' itu berjaya satu hari nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 jantan pemalas belajar, kuat lepakhanya tau main game patut malu kat adik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk perut mak kau dik
Pandai bertukang pandai belajar rajin
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 04:32 PM | Show all posts
bapak kena start dulu tunjuk contoh kat anak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 06:28 PM | Show all posts
ya. murid ku umur 14 tahun pompuan pun ikut ayah tiri bertukang..
dah yg besar2 semua pompuan..  anak lelaki yg bongsu tu kecik lagi.

tgk masa bapak tiri tu dtg byr yuran nampak mcm ok la
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 07:19 PM | Show all posts
Bagus lah kemahiran sudah ada, ini merupakan satu kelebihan buat adik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2020 12:46 PM | Show all posts
Cabang kemahiran hidup.  Budak-budak sekarang kurang cenderung kepada kemahiran seperti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Respek! Budak SSP plak tu, cerah masa depan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2021 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus nya awk dik.. Pandai balance belajar + kemahiran...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 09:45 AM | Show all posts
wow rare ni ada pompuan yg minat keje mcm ni
  
aku pernah dulu ikut tolong bt rumah klu diberi pilihan mmg xnak dah keje mcm tu
keje tgh panas dr kulit cerah terus gelap kepam, kulit tangan kesan main simen jd kecut pedih
dgn berpeluh2 pakai perfume sebotol pun hilang wangi, klu xtahan berjemur blh pengsan
bahagian yg teruk gali lubang, ikat bata, pasang atap, simen lantai pastu plaster
penat betul rasa bila kenang2 semula

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 01:48 PM | Show all posts
Syabas buat beliau bukan semua ada kemahiran macam tu upah pun mahal sekarang ni kalau nak repair bumbung bocor
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 02:41 PM | Show all posts
bagus dik, tak buang masa ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 05:30 PM | Show all posts
bagus dan untung bapanya...susah nak tgk bebdk skrg mcm ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Willing to learn and work. Budak mcm ni dah siap lentur dari kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Powernya kome dik! Anakmuda yg patut dicontohi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya adik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.084173 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list