CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1274|Reply: 0

Khabib Iktiraf McGregor - Berita Harian

[Copy link]
Post time 30-12-2020 02:18 PM | Show all posts |Read mode

Khabib (kiri) namakan McGregor antara petarung lightweight terbaik dalam UFC.


LONDON: Khabib Nurmagomedov menamakan seterunya, Conor McGregor antara petarung lightweight terbaik dalam UFC.

Malah, jaguh UFC itu turut menyokong McGregor untuk memenangi gelaran yang pernah dimenangi sebelum ini sekiranya berjaya menumbangkan Dustin Poirier, bulan depan.

Sebelum ini, Khabib menewaskan McGregor dan petarung dari Ireland itu menuntut supaya perlawanan ulangan dapat diadakan sekali lagi.

Namun, pertarungan semula itu tampak tidak akan menjadi kenyataan apabila Khabib mengumumkan persaraan selepas merakam rekod 29-0 menerusi kemenangan ke atas Justin Gaethje, Oktober lalu.

Ketika ditanya siapakah petarung terhebat yang masih berada dalam divisyen lightweight selepas dia bersara, Khabib menamakan McGregor dan Poirier dalam senarai tiga terbaik.

Dia juga percaya pemenang pertembungan McGregor dan Poirier akan menggantikan tempatnya sebagai 'raja lightweight'.

Bercakap kepada MMA Fighting, dia berkata, 'dia jaguh lightweight terbaik buat masa ini? Poirier, McGregor dan [Islam] Makhachev. Dia belum lagi berada dalam lima terbaik tetapi mereka adalah petarung terbaik.

"Tali pinggang saya akan dimiliki oleh pemenang antara Dustin dan Conor," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068990 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list