View: 2025|Reply: 5
|
Ayam goreng ‘FowlBoys’ semakin jadi buruan di Kuala Lumpur
[Copy link]
|
|
Ayam goreng ‘FowlBoys’ semakin jadi buruan di Kuala Lumpur
Noel Wong @ FMT Lifestyle -
January 1, 2021 7:00 AM
KUALA LUMPUR: Daging ayam mungkin antara makanan paling digemari rakyat Malaysia malah, boleh dikatakan juga menjadi pilihan utama.
Selain mudah diperolehi dengan harga yang murah, ia juga boleh dimakan dengan pelbagai cara. Sama ada dikukus, dipanggang, dibakar atau digoreng, kelazatan daging ayam tidak dapat dinafikan.
Sekiranya ayam digoreng susu mentega menjadi kegemaran, anda boleh menikmatinya tanpa perlu meninggalkan rumah dengan perkhidmatan penghantaran atau bawa pulang FowlBoys.
Mungkin ada yang menganggap ayam goreng bukannya sesuatu yang unik – di mana saja kita dapat melihat gerai atau restoran makanan segera yang menjualnya. Jadi apa kelainan FowlBoys yang membuatkannya begitu hebat?
Pertama sekali, ia bukan sekadar ayam yang digoreng dalam takungan minyak. Sebaliknya, ayam dimasak dengan susu mentega yang menghasilkan kulit rangup dengan isi lembut lagi empuk.
Selain pelbagai jenis mayonis, Motherclucker 2.0 juga dihidangkan dengan ‘slaw’ bawang.
Peminat ayam tegar, pasti tidak mahu ketinggalan menikmati sendiri kelazatannya.
Walaupun skala operasi yang kecil dan tidak banyak jenis hidangan ditawarkan dalam menu FowlBoys, tetapi jangan risau kerana anda tidak akan kecewa walau apa pun pilihan anda.
Hidangan paling laris mereka adalah OG Sandwich iaitu burger dengan paha ayam digoreng susu mentega yang diapit dua roti kentang gebu. Mayonis pedas, jem khas dan jeruk cili “jalapeno” melengkapkan sandwic ini dan membangkitkan lagi keenakan ayamnya.
Saiznya juga berpatutan dan sekali gigit sudah pasti membuatkan anda mahukan lebih lagi.
Satu lagi hidangan popular mereka ialah Motherclucker 2.0, ia banyak persamaan dengan OG Sandwich, tetapi menggunakan mayonis bawang putih dan ‘slaw’ bawang.
Walaupun nampak sama seperti mayonis biasa, mayonis bawang putih mempunyai rasa yang lebih ‘menyengat’ dan sudah pasti bawang putih berperisanya yang tidak mudah dilupakan.
Mereka yang menggemari gabungan rasa bawang dan bawang putih ini, pasti akan jatuh cinta dengan Motherclucker 2.0.
Namun, keistimewaan sebenar FowlBoys bukan hanya pada sandwic, tetapi juga pada gabungan wafel dan ayam – sesuatu yang mungkin pelik bagi kita di Malaysia, yang lazimnya menjamah wafel manis dengan madu atau manisan lain.
Gabungan ayam goreng dengan wafel ini jika di Deep South, Amerika, adalah hidangan biasa dan apabila dicuba, sebenarnya gabungan ini sangat sedap.
FowlBoys menawarkan pengalaman ala Amerika dengan hidangan “Batter Up” iaitu gabungan ayam goreng susu mentega bersama wafel yang panas lagi lembut.
Hidangan wafel dan ayam goreng adalah sesuatu yang biasa dilihat di selatan Amerika Syarikat.
Sos sirap “maple” dan “Fowl jam” khas juga disediakan. Sebenarnya lebih lazat lagi jika wafel dibasahi sirap manakala ayam dilumur jem sebelum semuanya dimakan bersama.
Kombinasi rasa manis berempah ini sebenarnya sangat unik dan akan mengubah persepsi pemakannya.
Jadi apakah kisah di sebalik FowlBoys ini?
Projek kesayangan dua sahabat usahawan Johann Razali, 27, dan Shafiq Amir, 31, sebenarnya baru dimulakan tahun ini.
Johann menghabiskan beberapa tahun di Amerika Syarikat menyambung pengajiannya dan di situlah dia mendapat ilham memperkenalkan ayam goreng susu mentega ke Malaysia.
Dia yang ditemui FMT mengakui membuat pilihan berani apabila menceburi industri F&B kerana “saya suka makan dan gemar memasak,” ujarnya.
Susulan pandemik COVID-19 yang menjejaskan industri makanan awal tahun ini, dua sahabat itu memutuskan untuk tidak membuka restoran sebaliknya menawarkan perkhidmatan penghantaran atau bawa pulang.
Pada mulanya, mereka menjalankan operasi dari sebuah kediaman saja namun, perniagaan mereka semakin berkembang selain jiran turut menyatakan rasa tidak selesa, membuatkan dua sahabat itu memilih memindahkan dapur operasi ke Segambut.
FowlBoys dimulakan pada 18 Mac lalu dan sudah tentu tahun 2020 ini membawa pelbagai cabaran, namun Johann tetap menganggap mereka bernasib baik.
Dia turut menceritakan kisah menggelikan hati apabila seorang pelanggan tetap berkongsi makanan yang dibeli dengan ayahnya, yang rupanya tak lain tak bukan adalah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin!
Pemimpin itu bagaimanapun, nyata berpuas hati dengan apa yang dijamahnya dan FowlBoys menganggap ia adalah satu penghormatan besar buat mereka.
Ditanya apa yang menjadi motivasi untuk mereka meneruskan usaha ini?
Jawapannya mudah – rasa puas hati yang tidak terhingga apabila mengetahui hidangan mereka menjadi buruan dan dinikmati peminat di sekitar Kuala Lumpur! |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai untuk yang mencari kelainan dari yang biasa |
|
|
|
|
|
|
|
kluster kayangan bukak kedai meletup. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma nama agak ..motherclucker rhym with mothef..... Takut orang salah sebut aje |
|
|
|
|
|
|
|
betul rasa sedap ke? kemahen harga yachh mengalahkan set combo mekdi burger king ko mampoo?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|