CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2143|Reply: 8

Ditangkap Bersama Adik Kandung - Harian Metro

[Copy link]
Post time 2-1-2021 11:49 AM | Show all posts |Read mode

Anggota penguatkuasa menyoal pasangan yang dicekup di motel. FOTO ihsan PADK


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]

Kulim: Helah lelaki mengaku wanita dalam bilik motel yang diserbu anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kononnya adik kandung gagal selepas pasangannya pula mengaku dia hanya adik angkat.

Berikutan itu, mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai mahram atau suami isteri ketika serbuan sempena Tahun Baru, hari ini.

Dalam serbuan 1.15 pagi itu, pasangan berusia 18 dan 19 tahun itu dicekup di motel di daerah ini.

Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azwan Azman berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bekerja di kedai makan di Jitra manakala pasangannya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Azwan berkata, PADK terpaksa menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik dibuka.

Beliau berkata, ketika pintu bilik dibuka, lelaki itu tidak berbaju dan hanya berseluar jeans manakala perempuan terbabit ditemui dalam bilik air.

"Pasangan itu cuba mengaburi pihak kami kononnya mereka adik-beradik kandung dan adik angkat namun helah itu tidak logik.

"Mereka gagal menunjukkan bukti hubungan mahram suami isteri menyebabkan mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azwan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana kesalahan berkhalwat.

Beliau berkata, sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua duanya sekali.

"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan oleh keluarga masing-masing," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye btl pun adik angkat ko ingt leh lps?
Konsep adik angkat ni semua bullshit. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 12:13 PM | Show all posts
Macam-macam alasan akan diberikan apabila kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai ada tertengok kt ig tu,katanya nanti ramai laa betina sund*l makan pineapple...mmg btullaa ni..bodoh,stupid,bloody fools,bangang,jijik tgk berita mcm nih! Maruah dah xde sgt?! Mati jelaa dek oitttt!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali tgk mcm pakai telekung
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 04:33 PM | Show all posts
ingat kalau bgt adik angkat lepas ke..alasan ntah apa2..hehehee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2021 10:11 PM | Show all posts
wahh ada acara tahun baru di hotel rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 07:33 AM | Show all posts
wahhh hebat pesta tahun baru..soalan: agak2 sempat x cret hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kate beradik kandung pon, aku dah rasa pelik dok satu bilik. Incest ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046361 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list