CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2716|Reply: 14

[SARAWAK] Tragedi Feri Triso meragut 9 nyawa 01/01/2021

[Copy link]
Post time 3-1-2021 06:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 3-1-2021 07:55 AM



Tahun baharu 2021 di Sarawak bermula dengan tragedi apabila sembilan orang termasuk seorang bayi lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso.

Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, kesemua mangsa yang merangkumi lima lelaki dan empat perempuan itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Jurucakap PGO berkata sebaik menerima laporan, sepasukan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok yang terletak kira-kira 98 km dari kawasan berkenaan, digegaskan ke lokasi namun mendapati kesemua mangsa telah dibawa naik ke atas jeti semasa mereka tiba.


Dari Sibu ke Kuching ... menggunakan perkhidmatan feri ni adalah jalan alternatif. Ramai memilih jalan ni sebab jalan utama sangat teruk berikutan dengan pembinaan dan penyelengaraan jalan PAN BORNEO. Dan masa untuk ke Kuching lebih singkat ( jika sampai dan ngam2 masuk terus ... kalau tak , jenuh juga menunggu sampai berjam2 ).

Sblom ni kena guna 3 perkhidmatan feri ... sekarang tinggal 2 jer sebab dah siap jambatan Batang Sadong.

2 perkhidmatan feri








sebelum ni ... ada 3 ... satu dah siap jambatan nya ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2021 06:17 AM | Show all posts
Al-Fatihah ...
Rest In Peace...

1. Siti Aisha Abdullah-36 years old / Female
2. Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan-4 months / Baby Boy
3. Muhd Mustaqim bin Mohd. Hamdan-5 years old / Male
4. Mohd Aiman bin Mohd Hamdan-7 years old / Male
5. Ronany Ting-33 yrs / Female (Driver)
6. Wallace Phang-7 yrs / Man
7. Alvin Phang-12 yrs / Man
8. Khairunnisa binti Muhamad-14 yrs / Female
9. Nor Shuhada ninti Mohamad-16 years old / Female


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 06:23 AM | Show all posts
KUCHING: Pacuan empat roda yang terhumban ke Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, kira-kira 120km dari sini, dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh ke sungai dan mengorbankan sembilan penumpang dan pemandunya.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Bingkok John berkata, kenderaan jenis Ford Ranger yang dipandu Ronany Ting, 33, itu dalam perjalanan dari Kapit ke Kuching menggunakan Jalan Beladin-Meludam.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal pergerakan kenderaan menyebabkan ia terbabas dan menggelongsor ke dalam (Sungai) Batang Lupar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, orang ramai di kawasan jeti itu sempat mengikat kenderaan terbabit dengan rantai besi dan menariknya bagi menghalang ia tenggelam sebelum mengeluarkan semua mangsa.

“Siasatan punca kejadian dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (Sri Aman). Semua mayat dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat.”

Selain Ting, tragedi kira-kira 3 petang itu turut mengorbankan lapan penumpang – Siti Aisha Abdullah, 36; tiga remaja dikenal pasti sebagai Nor Shuhada Mohamad, 16; Khairunnisa Muhamad, 14; Alvin Phang, 12, dan tiga kanak-kanak lelaki, iaitu Wallace Phang,7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7, dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5.

Tragedi itu turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Rohani Abdul Karim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Katanya, wakil beliau sudah menemui ahli keluarga mangsa.

“Saya berharap semua pengguna Feri Triso berhati-hati dalam perjalanan, terutamanya dalam perjalanan jauh dan sentiasa mengutamakan keselamatan anda serta keluarga anda,” katanya dalam kenyataan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 06:39 AM | Show all posts
Antara mereka yang bertungkus lumus cuba menyelamat dengan mengeluarkan mangsa2 dari dalam kereta tanpa mengira keselamatan diri. Sungai Batang Lupar yang terkenal dengan buaya2 ganas.
















Credit FB Roslan Lanz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 07:24 AM | Show all posts
SIMANGGANG: Enam mangsa kemalangan di Pangkalan Feri Triso yang beragama Islam telah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.

Menurut pihak pengurusan jenazah, bapa mangsa, Hamzah Razali meminta jenazah anak-anaknya itu untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

Manakala tiga mangsa yang beragama Kristian pula akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian di Sibu.

Dalam insiden di Pangkalan Feri Triso semalam, sembilan sekeluarga, termasuk bayi berusia empat bulan mati lemas selepas kenderaan pacuan empat roda mereka gagal dikawal dan meluru ke dalam sungai, selepas feri yang hendak dinaiki penuh.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 07:27 AM | Show all posts
Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Astro Awani



SRI AMAN: "Setiap sesuatu itu datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah."

Itu luahan suami kepada Siti Aisyah Abdullah, Mohd Hamzah Razali apabila mendapat tahu insiden yang menimpa isteri dan lima anaknya.

Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.

Ujarnya lagi, dia menerima ketentuan Ilahi itu kerana tiada apa yang boleh dilakukan jika itu takdir buatnya sekeluarga.

"Kita semua pinjaman daripada Allah. Setakat ini (jodoh) kami bersama dan saya menerimanya.

"Saya pun akan pergi (mati) bukan berpisah pun tetapi berpisah sementara sahaja. Saya dan kita semua pun akan menyusul (mati)," katanya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2021 07:29 AM | Show all posts
Mengulas lanjut, Mohd Hamzah berkata sebelum insiden ini, arwah isterinya ada memberitahu kenderaan mereka mempunyai masalah brek sebelum dia menghantar untuk diselenggara.

"Sebelum ini arwah ada memberitahu yang brek kereta perlu diselenggara. Jadi kami pun hantar ke bengkel.

"Saya pun tidak tahu mereka akan menggunakan kereta itu untuk pergi ke Kuching tetapi kereta itu sudah diservis.. tiada masalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hamzah berkata, dia dan arwah isterinya sering pergi bersama-sama untuk menghantar serta mengambil anak mereka yang menuntut ilmu di sebuah madrasah di Samariang, Kuching.

"Tetapi kali ini dia (Siti Aisyah) bersungguh-sungguh mahu menghantar anak kami bersama dengan adiknya," katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 07:30 AM | Show all posts
Juragan feri Triso



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2021 07:34 AM | Show all posts
[SELINGAN]

keadaan jika laut pasang dan bergelora



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 07:43 AM | Show all posts



SEBUYAU: Pelbagai versi cerita mengenai tragedi hitam yang mengorbankan sembilan nyawa termasuk bayi empat bulan yang terjatuh sungai dari Pangkalan Feri Batang Lupar, Triso petang Jumaat.

Disebalik kisah tragis itu, Juragan Feri Batang Lupar Kurmi Denan (gambar) menceritakan situasi sebenar insiden tersebut.

"Saya yang hendak 'sign in', saya dalam keadaan (kedudukan feri ke pangkalan) kira-kira 30 hingga 40 meter, mula-mula saya lihat dari atas (tempat juragan) tiada kereta. Jadi saya fokus bawa feri (untuk sign in), tiba-tiba melihat terdapat sebuah kereta turun dari atas ke bawah tanjakan langsung tidak brek.

"Rakan yang bersama saya memaklumkan kepada saya lihat kereta itu kenapa turun sedangkan tiada feri di pangkalan sebelum dia hairan dan melihat kereta tersebut menuruni tanjakan dan terus masuk ke dalam sungai," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Feri Batang Lupar, Triso hari ini.

Disebabkan insiden itu, juragan tersebut mendapat kecaman di media sosial seolah-olah menyalahkannya dan rakan-rakan sekerjanya.

"Saya orang pertama yang melihat (insiden tersebut), saya masih trauma, tidak dapat tidur mengenangkan kejadian itu," tambahnya.

Jelas Kurmi lagi, sebaik sahaja melihat kereta terbabit jatuh sungai, dia tidak meneruskan hasrat untuk 'sign in' feri tersebut.

Sebaliknya, dia membawa feri tersebut ke lokasi kereta terbabit jatuh untuk membantu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa kerana insiden tersebut telah terjadi dan mengakibatkan korban.

"Apa yang penting bagi saya dan kita semua adalah untuk menggelakkan insiden sebegini berulang, patuhi peraturan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan feri," tegasnya.

oleh Rusnan Mustafa/Utusan Borneo



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 07:45 AM | Show all posts
Sementara itu, Munah Agon, 58, ibu kepada Aishah, jelas masih dalam keadaan trauma ketika ditemui Unit Forensik Hospital Sri Aman.

Beliau yang menaiki sebuah lagi kenderaan di belakang 4WD malang itu hanya mampu menjerit dari jauh melihat kenderaan dinaiki anaknya itu bergerak laju secara tiba-tiba sebelum terhumban ke sebelah kanan laluan menghala feri itu.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa … hanya mampu melihat kereta itu mulai tenggelam. Kemudian mereka (orang ramai) di pangkalan terjun ke sungai untuk mengeluarkan anak-anak dan cucu saya dan membawa mereka ke atas jeti,” katanya yang kehilangan dua anak perempuan dan tujuh cucu dalam kejadian itu.

Munah berkata tujuan mereka bergerak ke Kuching adalah untuk menghantar dua orang cucu perempuannya, Nur Syuhada dan Khairunisa kembali ke Madrasah yang terletak di Samariang, Kuching yang akan memulakan sesi pengajaran dalam minggu hadapan.

“Perkara itu dimaklumkan oleh Aishah ketika berkunjung ke rumah saya... saya berasa tidak sedap hati, dan mengambil keputusan untuk turut serta ke Kuching menggunakan sebuah lagi kenderaan yang dipandu oleh anak lelaki saya,” katanya.

Jelas Munah, sebelum menghampiri Pangkalan Feri Triso mereka sempat berehat sebentar di tepi jalan dan mengambil salah seorang dari anak Siti Aishah yang dikenali sebagai Fatihah Najwa, 10, sebelum meneruskan perjalanan.

Sementara itu, Mohamad Hamzah berkata jenazah isteri dan anak-anaknya yang terkorban dalam tragedi itu akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Sri Aman.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 07:51 AM | Show all posts
Whatsapp terakhir ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 08:07 AM | Show all posts
SIMANGGANG: Terkejut, hilang kata namun tabah menerima berita kematian lima beradik serta seorang ibu yang sangat disayangi.

Bagi anak ketiga, daripada tujuh beradik, Mohd Imran Syafie Mohd Hamzah, 13, tragedi tahun baharu itu adalah ujian yang paling berat bagi dirinya sekeluarga.

"Saya mulanya terkejut seakan tidak percaya. Namun saya harus reda dan kekal tenang, kerana saya yakin ada syurga buat mereka”, luahnya kepada wartawan Astro Awani yang ditemui di Hospital Sri Aman pada Sabtu.

Tambah Mohd Imran, tiada lagi kemeriahan buat mereka sekeluarga tetapi hidup perlu diteruskan tiga beradik iaitu adiknya Fatihah Najwa, 10 tahun dan bapanya Mohd Hamzah Razali.

Menceritakan lebih lanjut, Mohd Imran berkata, dia mengetahui kejadian itu daripada neneknya.

"Nenek saya yang menghubungi bapa memberitahu mengenai kejadian ibu dan adik-adik yang lain kemalangan jatuh sungai," katanya.

Menurut pelajar tingkatan satu itu lagi, ketika kejadian dia dan ayahnya sedang melakukan aktiviti dakwah 40 hari di Kapit dan terpaksa mengizinkan ibu menemani adik-adiknya untuk kembali mendaftar ke sebuah maahad tahfiz di Kuching.

Setakat jam 11.40 pagi, jenazah keluarganya dan tiga lagi mangsa yang lain masih menjalani prosedur bedah siasat di Hospital Sri Aman dan akan dimandi, dikafan serta disembahyangkan di surau hospital berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 08:08 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-1-2021 08:07 AM
SIMANGGANG: Terkejut, hilang kata namun tabah menerima berita kematian lima beradik serta seorang ib ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 08:11 AM | Show all posts





KUCHING: Jenazah enam beranak yang merupakan mangsa tragedi Triso selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Sri Aman.

Mangsa Siti Aishah Abdullah dan lima anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad selepas Solat Asar.


Lima anaknya yang terkorban sama Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7, Mohd Ahmad Mohd Hamdan, 4, Muhd Mustaqin Mohd Hamdan, 5, Khairunnisa Muhamad, 14 dan  Nor Shuhada Muhamad, 16.


Suami mangsa, Mohamad Hamzah Razali bersama dua lagi anak mereka kelihatan sebak ketika bacaan doa dihadapan pusara isteri dan anak-anaknya.

Turut tidak dapat menahan sebak ibu mangsa (Siti Aishah) Munah Agon yang turut hadir bersama ahli keluarga serta sanak saudara yang lain.

Dalam pada itu tiga lagi mangsa Lorna Ting, 33, dan dua anaknya Wallace Phang, 7 dan Alvin Phang, 12, akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian di Sibu.


Credit Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.090955 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list