CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9073|Reply: 72

Kedai kereta terpakai dari NERAKA - Sanggup padam lampu Amaran, Tipu jarak perba

[Copy link]
Post time 3-1-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baharu dengan tempoh pinjaman yang lama, pilihan yang ada adalah kedai menjual kereta terpakai (used car), namun silap langkah anda mungkin akan menjadi mangsa yang seterusnya.

Informasi ini kami kutip daripada Malaysian Modders (terima kasih rakan media Mekanika) yang mendedahkan perangai keji sebuah syarikat menjual kereta terpakai yang beroperasi di Jalan Reko, Kajang, Selangor.

Menurut aduan daripada beberapa mangsa, kedai tersebut bukan sahaja menipu jarak perbatuan, malah sanggup menampal dan memadamkan beberapa lampu amaran bagi 'meyakinkan' pembeli bahawa kereta tersebut tidak mempunyai sebarang masalah.

Ini bakal mendatangkan masalah yang sangat besar, terutama bagi sesetengah kenderaan yang diketahui bakal mengoyakkan poket pemilik, dan lebih teruk apabila kerosakan tersebut sukar untuk dibaiki.
Difahamkan, kedai tersebut banyak menjual kereta terpakai jenis Proton Preve.

Berdasarkan makluman daripada netizen, laman Facebook kedai tersebut sudah dinyahaktifkan, namun ada yang mendakwa nama laman MY AUTO CITY TRADING ditukar menjadi MAJU AUTO.

Sumber: Malaysian Modders menerusi Mekanika

https://careta.my/article/kedai-kereta-terpakai-dari-neraka-sanggup-padam-lampu-amaran-tipu-jarak-perbatuan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 10:48 AM | Show all posts
ini sangat jahat kan?  anda bermain dengan nyawa manusia, kereta pulak tu.

kena ambik tindakan la ni.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
laa..melayu islam ke, ok thread yg bakal meriah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 10:52 AM | Show all posts
Bukan benda baru dah lama berlaku tapi masih ramai yang tak tahu kerja penjual kereta terpakai macam ni.  Tu baru bab meter belum bahagian2 lain lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:01 AM | Show all posts
kesiannya yang kena kencing..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:07 AM | Show all posts

Kete Potong

mbhcsf replied at 3-1-2021 10:48 AM
ini sangat jahat kan?  anda bermain dengan nyawa manusia, kereta pulak tu.

kena ambik tindakan la ...

Anak jiran beli kete potong-sambong pehtu terlanggar pokok putus 2 kete camtu je..



Dulu orang ingat kalo murah je baru kete potong ney.  Sekarang tak kire rege..  Mahe pon ade sebab dorang takot orang saspek.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kedai kereta terpakai kat jalan reko ada berapa je. senang sikit nak pangkah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:37 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 3-1-2021 10:48 AM
ini sangat jahat kan?  anda bermain dengan nyawa manusia, kereta pulak tu.

kena ambik tindakan la ...

recond car banyak kaya atas menipu. tipu mileage .

tipu yang ramai orang tak tahu tipu spec car. declare cukai kereta lowest spec. kereta masuk malaysia full spec. tahu2 kastam ada pacak depan rumah sita kereta. banyak je teknik tipu.

kat malaysia ni buyer jadi mangsa. seller kebal. nak beli recond car buat kajian sendiri beli data rm 50 tak silap daripada scrut.my.  daripada rugi puluh ratus ribu kereta kena sita beli je daripada seller  dan buat check kt premis dia orang. report pun di keluarkan.

https://paultan.org/2019/05/15/s ... dan-kondisi-kereta/

kawan kaka beli vellfire murah last2  lepas 2 tahun dapat tahu bekas kereta accident .bawa kereta dah buat allignment pun body lari. hangus lah duit nak jual semula confirm kantoi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 11:38 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 2-1-2021 07:07 PM
Anak jiran beli kete potong-sambong pehtu terlanggar pokok putus 2 kete camtu je..

Masih ada lagi kereta potong sambung di jual?

Macamana boleh lulus puspakom?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:42 AM | Show all posts
Sebab itulah nak beli kereta terpakai lebih baik beli yang ada full service history yang di stamps di service book tu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:50 AM | Show all posts
Aku harap orang yang dah kena ni saman sahaja kedai tu biar semua orang tahu perangai penipu dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jiran jual kereta recond. Selalu promote kat I sbb kereta I yg sekarang dah tua tapi masih okay. I tak berani beli kereta recond.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:59 AM | Show all posts
Knowlee replied at 2-1-2021 07:53 PM
Ada jiran jual kereta recond. Selalu promote kat I sbb kereta I yg sekarang dah tua tapi masih okay. ...

Sebenarnya kereta recond yang dijual di malaysia tu adalah kereta yang telah mengalami kemalangan tetapi telah di baiki pulih sepenuhnya, Sebab itu kereta recond mempunyai mileage yang rendah.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-1-2021 11:59 AM
Sebenarnya kereta recond yang dijual di malaysia tu adalah kereta yang telah mengalami kemalangan  ...

Bahaya tak kereta mcm tu? I tak berani la... Sebelum ni I mmg taktau pasal kereta recond ni. Baru tau bila jiran dok promote.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 12:38 PM | Show all posts
Knowlee replied at 3-1-2021 04:02 AM
Bahaya tak kereta mcm tu? I tak berani la... Sebelum ni I mmg taktau pasal kereta recond ni. Baru  ...

beli report kat scrut.. invest la RM50-RM100 untuk dapatkan report keadaan sebenar kereta tu dari Jepun.. Scrut akan dapatkan report semasa kereta tu dilelong kat Jepun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 12:42 PM | Show all posts
Aku pakai kete recond..6 thn dah..Alhamdullillah ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 3-1-2021 12:38 PM
beli report kat scrut.. invest la RM50-RM100 untuk dapatkan report keadaan sebenar kereta tu dari  ...

Okay, thanks for the information.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 12:53 PM | Show all posts
Kat dalam platform jual keta, kalau tengok satu satu keta yg dijual oleh used car ni, semuanya low mileage plus minus antara 80k-88k kilometer perbatuan.
(kecuali direct owner)

Nampak nau menipunyerrr.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
wei... banyak pulak cerita pasa used car ni... macam risau pulak... baru ni husband beli used car... baru je beli, esok nya keta problem... nak drive gi bengkel pun x boleh... kena angkut pakai tow... kami hantar terus ke pusat servis original brand keta tu... nasib ada satu yang dekat ngan rumah... check punya check gila banyak prob sampai kena order parts from oversea... lemah jugak la dengar harga total servis but lega sikit sebab semua original parts and ada warranty... tapi bab tipu milage tu memang ye diorg dah adjust tempat servis ni yang bagitau sebab kebetulan previous owner hantar servis keta kat situ jugak and diorg ada rekod keta tu... redha je la... hopefully pasni ok dah pasal keta tu... kesian hubby anxiety kena macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 3-1-2021 01:16 PM

Diorang ni suka jugak jual kereta lelong kastam dan jpj. Ada yang paw semua kereta lelong/lucut hak yang hot di kalangan melayu macam honda dan toyota. Di geran tulis lucut hak. Dia bagi luar nampak cantik je, tapi dalaman rosak. Kereta lelong ni selalu tersadai bertahun2 untuk proses mahkamah. Minyak hitam dah beku, plastic parts dah keras. Memang nak baiki telan ribu2. Hati2 kalau nak beli used car yang lelong ni. Banyak toyota wish, honda civic, honda jazz kedai used car beli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063517 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list