Platform media sosial TikTok memang digemari ramai terutama golongan remaja kerana ia memaparkan pelbagai video menarik dalam jangka masa pendek, antara 15 saat hingga seminit.
Malah, setiap trend yang diwujudkan juga biasanya diikuti orang ramai kerana ianya menyeronokkan.
Terbaharu, muncul trend 'content creator' mendedahkan diri mereka pernah dicabul, lalu menconteng beberapa bahagian tubuh mereka. Ia bukan sahaja menjadi ikutan di negara barat malahan di Malaysia sendiri, remaja turut mengikutinya.
Ramai netizen terkejut dan simpati dengan pengakuan tersebut. Tetapi, ada juga yang menganggap ianya membuka aib sehingga menuduh sekadar mencari perhatian. Betul ke?
Tuduhan daripada pengguna TikTok ini menimbulkan kemarahan netizen lain kerana persepsi sebeginilah yang menyebabkan mangsa tidak mahu mendedahkan diri mereka pernah dicabul, raba atau rogol.
"Dorang bukan buka aib dorang, tapi nak bagi kesedaran. Part yang conteng tangan, peha, miss x tu lah yang jadi trauma mereka."
Foto : Tik Tok
Foto : Tik Tok
Dan ini pula adalah respons daripada netizen yang menganggap ianya bukan membuka aib, sebaliknya memberitahu emosi mereka.
Ternyata, mangsa gangguan seksual telah lama berdiam diri dan mungkin dengan cara ini mereka mahu menyatakan kesakitan yang ditanggung. Atau memang benar ianya membuka aib? Anda rasa? - CARI
|