View: 1936|Reply: 16
|
Jaga-jaga! Letak Telefon Dalam Poket Seluar Boleh Jejas Kualiti Sperma
[Copy link]
|
|
Ramai daripada kita memilih untuk menyimpan telefon di dalam poket seluar terutamanya kaum lelaki kerana ia paling mudah dicapai sekiranya ada panggilan atau mesej yang masuk.
Meskipun ia dilihat praktikal, namun sebenarnya tabiat itu perlu diubah. Ini kerana menyimpan telefon di dalam poket terutamanya di bahagian sisi depan seluar boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada kaum lelaki.
Gambar hiasan
Menyimpan telefon dalam poket seluar dikatakan akan menyebabkan ia 'duduk' berdekatan dengan testis atau buah zakar dan dapat memberi impak buruk kepada sistem pembiakan.
Bagi memastikan sperma berada dalam keadaan prima, buah zakar memerlukan suhu lebih rendah berbanding bahagian tubuh lain. Itu juga alasan di sebalik kedudukan testis berada di skrotum (kerandut buah zakar).
Organ yang satu ini bertindak seperti sistem pendingin udara evaporatif. Saat suhu udara di sekitar testis terlalu panas, seorang lelaki berisiko mengalami masalah dalam menghasilkan sperma.
Gambar hiasan
Salah satu cara menghindarinya adalah dengan menjauhkan telefon daripada organ vital ini. Ini kerana telefon yang disimpan dalam poket seluar mampu mengeluarkan haba panas.
Tidak hanya telefon, kita juga tidak disarankan untuk meletakkan laptop di atas riba. Selain suhu panas, radiasi yang dihasilkan telefon juga perlu diambil kira kerana ia mampu memberi kesan kepada kualiti sperma.
Kajian yang dilakukan mendapati bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap kesan telefon atau komputer riba adalah buah zakar. Ketika bahagian itu terpapar kepada telefon, alatr sulit lelaki akan mengalami tekanan oksidatif atau keadaan di mana radikal bebas di dalam tubuh melebihi kapasiti.
Akibatnya, sel dalam tubuh yang normal akan rosak sekaligus menggangu kesuburan dan menurunkan kualiti sperma seorang lelaki.
Sumber: mStar |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu nak letak testis kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu orang jantan ke start bawak handbag ke mcm mana{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Bdk opis aku ltk hp kat seluar anak da 4. |
|
|
|
|
|
|
|
diva aa yang sumbat segala dalam beg lv heshe tu yang helok kualiti sperma gituh? |
|
|
|
|
|
|
|
Kembali ke era Nokia 3310. Sangkut kat belt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jauh bebenor.. hp dlm poket seluar depan dgn location testis.. cammano heat yg sedikit boleh sampai sejarak itu.. guna processor snapdragon 69 zaman dinasour agak nya.. sampai gitu sekali produce heat.. main game sket sket pon dah panas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara sebab ramai pakai pouchbag skrg.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
yekee. tapi aku mmng guna pouchbag silang mcm2 barng aku kene bawak phone je dah 2, powerbank dngn cable lagi, vape la flavor la...., sebulm keluar mesti check dalam pouchbag kene semua lengkap..... dh mcm pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai ler bawak bag untuk isi phone nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk: Habis tu nak letak testis kat mana
Kau kelakar sis! Akak tergelak terbahak2 sis! Kahkahkahkah..! |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 4-1-2021 12:50 PM
Habis tu nak letak testis kat mana
Testis letak dekat dalam nanti jadi ovari |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 4-1-2021 02:21 PM
Kembali ke era Nokia 3310. Sangkut kat belt.
hahahaha tampan bergaya kome |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah gitu kena pakai tali sangkut kat leher cam dulu2. kang kalo pegang tak masuk poket, tertinggal pulak. kalo letak dlm beg, bini call ko tak angkat, awas ko ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paling tak suka letak cellphone dan wallet
dlm poket seluar sebab seluar akan nampak terbonjol2, tak kemas dan duduk pon tak selesa.
Zaman dulu2 ada pouch dipinggang, skrg ni ramai yg pakai sling bag/pouch macam2 style dan sling bag jenis leather rugged looks.
Macam2 nak bawak ada dlm sling bag aku,
Simpan cellphone, charger dan wire2 charger, powerbank, pakai wallet jenis panjang so taruk dlm bag.
Brg2 lain yg ada dlm sling bag aku..
Precision screwdrivers, small adjustable spanner, swiss army pocket knife, nail clipper, dental floss, small measuring tape, dll.
Dah pulohan tahun pakai sling pouch, tak bawak barang2 ni rasa tak lengkap dan tak selesa.
Sampai anak aku cakap, dlm bag ayah semua ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena guna sarung buah zakar. Kat lazada/shopee ada ka? |
|
|
|
|
|
|
|
patut la aku punya rasa mcm dh kurangg je...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|