View: 989|Reply: 0
|
Bekas Banduan Tarik Nafas Lega Dapat Peluang Kedua Melalui I-Kembali - FMT
[Copy link]
|
|
Bekas banduan dari Penjara Tapah Perak mendapat latihan awal di Ghullam Recovery Care Centre di Bandar Baru Salak Tinggi sebelum diberikan pekerjaan.
Mohamad Fadli
SEPANG: Setiap insan yang pernah melalui masa silam yang buruk, pastinya akan mengharapkan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan serta mengubahnya menjadi lebih baik.
Beberapa orang bekas banduan ditemui FMT baru-baru ini boleh menarik nafas lega berikutan usaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membantu mereka mendapatkan pekerjaan selepas keluar dari penjara di Tapah, Perak.
Spencer Ryan, 21, memang berjanji untuk berubah, tetapi penerimaan majikan untuk mengambil mereka bekerja masih sukar.
Spencer Ryan.
Beliau yang dipenjara di Penjara Tapah, Perak selama 8 bulan kerana kesalahan menjual dadah berkata, sejak keluar penjara Nov lalu sehingga kini beliau belum mendapat pekerjaan.
Perantau dari Miri Sarawak itu berkata, bagaimanapun beliau kini memperoleh keyakinan untuk mendapat pekerjaan setelah menyertai program yang dikenali sebagai I-Kembali.
“Dengan peluang kedua yang diberikan oleh program ini saya berharap dapat melupakan pengalaman hitam di penjara dan akan bekerja keras untuk membuktikan kepada keluarga bahawa saya boleh berjaya,” katanya ketika ditemui di Bandar Baru Salak Tinggi.
Inisiatif I-Kembali yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penjara adalah program untuk memberi peluang kepada bekas banduan bekerja dalam 6 sektor terpilih seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian, pemasaran, dan pengurusan.
Dalam pada itu, seorang lagi bekas banduan yang baru keluar dari penjara sama tahun lepas berkata, beliau juga menyertai Program i-Kembali dan sedang menunggu peluang untuk bekerja dalam sektor perkilangan.
Ahmad Ruzaimi Ibrahim.
Ahmad Ruzaimi Ibrahim, 41, berazam untuk mengubah dirinya selepas terlibat dalam kancah dadah sejak muda dan mengaku menyesal dengan sikapnya yang mengakibatkan beliau kini terpaksa berjauhan dari anak-anak.
Ruzaimi yang mempunyai dua anak juga mengakui bahawa status sebagai bekas banduan menyukarkan beliau mendapat pekerjaan.
“Jika sudah mendapat pekerjaan nanti, saya berjanji akan mengubah masa depan dan membawa dua anak saya duduk sekali,” katanya yang berasal dari Perak.
Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak) yang merupakan NGO pengasas program I-Kembali kini menyasarkan lebih 10,000 bekas banduan di seluruh negara untuk menyertai program itu menjelang akhir tahun 2021.
Siti Murni Sheikh Ahmad.
Pengerusinya, Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, ini kerana banyak aduan yang diterima pihaknya bahawa kumpulan itu sukar diberi dan mendapat kepercayaan majikan bagi membolehkan kembali ke dunia pekerjaan.
Murni berkata, baru-baru ini beliau mengambil 48 bekas banduan dari Penjara Tapah, Perak dan ditempatkan di Pusat Pemulihan dan Penjagaan Ghullam (GRCC), Bandar Baru Salak Tinggi, dalam usaha menolak persepsi bahawa bekas banduan terlalu memilih pekerjaan.
“Tidak perlu rasa curiga kerana Jabatan Penjara sendiri yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga ke hari ini.
“Harapan saya juga mana-mana NGO atau anggota masyarakat boleh datang membantu dengan menjalin usaha sama bagi mengukuhkan lagi program I-Kembali,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|