CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1293|Reply: 6

Pulau Ayam Lepas Taufan Melanda - Harian Metro

[Copy link]
Post time 6-1-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode

Ayam liar berkeliaran di sekitar Pulau Kauai. FOTO Reddit


Hawaii: Selain penduduk tempatan, Pulau Kauai di sini juga menjadi habitat ribuan ayam liar.

Oddity Central melaporkan penduduk setempat memberitahu haiwan itu membiak selepas taufan Iwa pada 1982 dan Iniki, 29 tahun lalu.

Taufan itu memusnahkan ratusan reban ayam dan ia menjadikan haiwan itu bebas membiak.

Difahamkan, ayam liar boleh ditemui di merata-rata kepulauan kerana berkeliaran bebas termasuk di kawasan parkir, stesen minyak dan lapangan terbang.

Haiwan itu boleh menyesuaikan tinggal di pulau berkenaan bermula dengan memakan sisa makanan kucing atau serangga.

Populasi lipan berkurangan sejak ada ayam liar di pulau berkenaan yang berkokok hampir sepanjang hari, merosakkan daun dan memusnahkan kebun penduduk.

Mungkin ada beranggapan penduduk bertuah kerana boleh menangkap dan menikmati ayam pada bila-bila masa.

Hakikatnya, ayam liar itu terus bebas berkeliaran. Dikatakan dagingnya tidak lembut untuk dimakan seperti ayam biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 12:45 PM | Show all posts
Kalau aku ni dah tangkap sembelih masak kari, kicap, rendang, sup bagai. Ayam kampung memang isi tak lembut mcm ayam pasor tu...tp sedap ok!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 01:02 PM | Show all posts
Ayam lepas bebas macam ni baru betul ayam kampung makan apa je yang sesuai ia makan bukan harapan dedak palet dari tuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 03:52 PM | Show all posts
Ayam liar sedap ke jika dimasak? Adakah rasanya sedap seperti ayam kampung?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 04:24 PM | Show all posts
masak rendang ni sesuai la..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 6-1-2021 03:52 PM
Ayam liar sedap ke jika dimasak? Adakah rasanya sedap seperti ayam kampung?

Kalau rujuk kepada ayam hutan,memang sedap dari ayam kampung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2021 10:11 PM | Show all posts
Belibis replied at 6-1-2021 12:25 PM
Kalau rujuk kepada ayam hutan,memang sedap dari ayam kampung.

Kalau begitu kawan boleh cuba makan ayam liar ni, seumur hidup tidak pernah lagi rasa ayam liar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073963 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list