CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2626|Reply: 19

Teh Hitam Banyak Kelebihan - Harian Metro

[Copy link]
Post time 6-1-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode

Teh hitam minuman yang turut memberi kebaikan dalam kesihatan.


Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro,com.my

TEH adalah minuman cukup klasik apabila ia menjadi pilihan untuk dinikmati setiap pagi dan petang.

Rasa kelat dan beraroma membuatkan minuman ini suatu yang cukup mengasyikkan dan varietinya pelbagai mengikut kesukaan masing-masing.

Salah satunya teh hitam yang dipercayai mempunyai kelebihan jika pengambilan dijadikan rutin setiap hari.

Berdasarkan beberapa kajian dilakukan mendapati kandungan kimia semula jadi dalam teh membantu memberikan kebaikan kepada tubuh kita.

Berikut lima kebaikan diperoleh jika sering menikmati minuman berkenaan setiap hari.

1. Kebaikan pada usus

Dalam satu penemuan mengenai kebaikan teh hitam mendapati kandungan polifenol yang terdapat dalamnya membantu menjaga usus yang sihat dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menghalang pertumbuhan bakteria 'jahat' seperti salmonella.

Sifat teh hitam anti-mikrob yang membunuh bahan berbahaya dan meningkatkan bakteria usus serta imuniti dengan memperbaiki lapisan saluran pencernaan.

2. Boleh mengurangkan risiko strok

Strok masih menjadi penyebab utama kematian penduduk dunia dan semestinya langkah pencegahan pilihan terbaik dalam menangani masalah berkenaan.

Satu kajian mengenai kebaikan teh hitam dilakukan terhadap 74,961 sampel selama 10 tahun berdasarkan tabiat minum teh berkenaan sebanyak tiga hingga empat cawan boleh mengurangkan risiko strok sehingga 32 peratus.

Dalam satu kajian berasingan terhadap lebih 190,000 peserta pula, mendapati mereka yang mengambil tiga cawan teh boleh mengurangkan risiko 21 peratus untuk menghidapi strok berbanding mereka minum kurang satu cawan teh sehari.

3. Kurangkan kandungan gula dalam darah

Bagi mereka yang mengamalkan teh hitam kosong kebaikan menyamai pengambilan teh hijau apabila dikatakan mampu menurunkan kandungan gula dalam darah.

Teh hitam dikatakan dapat meningkatkan penggunaan insulin dalam badan dan satu kajian tabung uji mendapati teh hitam meningkatkan aktiviti insulin 15 kali ganda.

4. Kurangkan risiko kanser

Polifenol dalam teh hitam membantu mencegah kelangsungan hidup sel barah. Berdasarkan satu kajian mendapati kesan kandungan bahan itu membantu mengatur pertumbuhan sel barah dan mengurangkan pengembangan sel baru.

Satu penemuan lain mendapati polifenol membantu mengatasi penyebaran tumor payudara.

5. Meningkatkan fokus

Kandungan asid amino, L-theanine meningkatkan aktiviti alfa di otak yang mana membantu memberi fokus yang baik. Meskipun teh mengandungi kafein seperti kopi namun kombinasi bahan itu dengan L-theanine memberi konsentrasi yang lebih stabil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 10:59 AM | Show all posts
Beli black tea aritu brand Ahmad..sigh  punyalah tak sedap compare teh tarik..but yeah banyak benefit tu kan TT. TQ for the info
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Den mmg tea drinker, hehe. Cuma kurang sikit sbb dah kena minum susu la, pastu milo la. Thx for sharing tt
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 6-1-2021 10:59 AM
Beli black tea aritu brand Ahmad..sigh  punyalah tak sedap compare teh tarik..but yeah banyak benefi ...

Tu la den nk tau, which tea under ahmad brand yg mod minum x sedap ni? Klu teh tarik dibanding dgn teh kosong, mmg la berbeza rasa. Mod minum which one? English breakfast? Earl grey? Darjeeling? English tea no. 1? Ceylon tea? Evening tea (decaf)?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 6-1-2021 11:09 AM
Tu la den nk tau, which tea under ahmad brand yg mod minum x sedap ni? Klu teh tarik dibanding dgn ...


Ni yg i minum..utk tekak i ni x sedapla..tho gitulah rasanya kan...i seldom minum black tea or green tea..paksa minum..sbb tawar...letak madu...still x enjoy

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 9-1-2021 02:30 PM
Ni yg i minum..utk tekak i ni x sedapla..tho gitulah rasanya kan...i seldom minum black tea or g ...

Ini fruity tea. Mana leh banding dgn teh tarik. Dah tentu la berbeza jauh rasanya. Teh ni mana leh campur susu pun. Ni adik den nye fave. Dia boleh minum without sugar even. Maybe u r not used to the tea taste yet. Or perhaps you shld try a different flavour. Kdg it is in your mind jgk. Klu dlm mind dah set tea x sedap, minum la apa jenis tea pun, xkn jumpa yg sedap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 9-1-2021 09:35 PM
Ini fruity tea. Mana leh banding dgn teh tarik. Dah tentu la berbeza jauh rasanya. Teh ni mana leh ...

tu la sche...its more to my tekak ni... tapi will not give up on tea.. akan try brand lain lak... i mean kalau teh biasa I ok je... green tea or black tea yg payah sikit ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 9-1-2021 09:38 PM
tu la sche...its more to my tekak ni... tapi will not give up on tea.. akan try brand lain lak...  ...

Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 9-1-2021 10:02 PM
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?

nak brand twinnings tuu la
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 9-1-2021 02:30 PM
Ni yg i minum..utk tekak i ni x sedapla..tho gitulah rasanya kan...i seldom minum black tea or g ...

Ni favourite anak kedua akak ni. Nak Ahmad pech Tea juga. Akak kata, oii! Mahal teh ni oii!! Ummi minum teh lipton atau boh aje. Tu pun xde gula.
Dan dia pun senyum sambil kenyit mata dan jari buat small love.. Akak surrender..

Sesekali sedap gak teh ni ditekak akak bila sip dia punya dlm flask cup tu.. Tp akak still prefer green tea @ teh kosong je.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 9-1-2021 10:28 PM
nak brand twinnings tuu la

Twinning vanilla please.. Jenuh cari tp x jumpa. Susah nak jumpa. Dlm Shoppee pun selalu xde stock.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 9-1-2021 10:02 PM
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?

EBT sedap pada tekak akak. Plain.

Tekak ni suka teh & kopi.

Akak dulu ada masalah pembuangan dan sembelit yg chronic. Lepas operation, surgeon pesan minum teh utk bantu usus bekerja lebih baik selain amalkan pemakanan yg lebih berserat. Akak jarang sangat minum teh tarik walau teh tarik ni sedap lemak manis dan kelat teh. Tp hari2 minum teh kosong & green tea sejak lebih dua puluh tahun ni. X perlu dah ducolax @ fibreall dah. Akak rasa lebih kepada pemakanan dan teh ni pun saling membantu.

Wah.. Baru tahu boleh kurangkan risiko kanser, stroke & membantu utk turunkan glucose..

Zaman dulu akak tahu teh kelat utk stopkan cirit birit je. Bila dah kahwin, tahu ia bagus utk usus pula. Ni tahu mengurangkan risiko penyakit2 yg memang antara akak risaukan..  Thanks @Aking for thhis sharing!

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 12:14 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 12-1-2021 10:57 AM
Twinning vanilla please.. Jenuh cari tp x jumpa. Susah nak jumpa. Dlm Shoppee pun selalu xde stock ...

Susah nak jumpa online maybe ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:58 PM | Show all posts
Saya dah try yang ni...dah habis 1 kotak...rasanya sedap...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:50 AM | Show all posts
adila39 replied at 6-1-2021 10:59 AM
Beli black tea aritu brand Ahmad..sigh  punyalah tak sedap compare teh tarik..but yeah banyak benefi ...

sy pon ada lagi ni satu tin ahmad tea
best
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 9-1-2021 10:02 PM
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?



okay... ni i boleh terima. Sedap pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 25-1-2021 05:50 AM
sy pon ada lagi ni satu tin ahmad tea
best

ohhh... ahmad tea ni u beli kat sana la ek? i think mmg manufacturing kat europe brand tea ni.. cuma xpasti mana.. teh cap lain xde?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 09:45 PM | Show all posts
adila39 replied at 26-1-2021 11:14 AM
ohhh... ahmad tea ni u beli kat sana la ek? i think mmg manufacturing kat europe brand tea ni.. cu ...

ya di UK
tapi ada je diimport oleh malaysia rasanya
tapi sure mahal lebih2

byk jugak  brand lain tapi sy tetapi Lipton lah
ni pon minum teh lipton kat rumah
UK kan byk teh2 gini eg Lipton, PG Tips etc
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-2-2021 09:45 PM
ya di UK
tapi ada je diimport oleh malaysia rasanya
tapi sure mahal lebih2

enjoy your tea Sir.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:44 AM | Show all posts

thank you, Miss; I believe I will.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.439015 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list