CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 0

City Mara Ke Final Piala Liga Inggeris - Berita Harian

[Copy link]
Post time 7-1-2021 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester City meraikan jaringan Fernandinho selepas dia menjaringkan gol kedua pasukannya pada aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Manchester United di Old Trafford. City menang 2-0. - Foto EPA.


MANCHESTER: Manchester City mara ke final Piala Liga buat musim keempat berturut-turut selepas mereka menambah derita separuh akhir buat tetangga, Manchester United dengan kemenangan 2-0 di Old Trafford.

John Stones dan Fernandinho menjaringkan gol untuk skuad kendalian Pep Guardiola yang akan berdepan Tottenham Hotspur bimbingan Jose Mourinho pada final di Wembley, 25 April ini.

Mourinho adalah bos United ketika kali terakhir mereka menjulang trofi pada tahun 2017 dan The Red Devils masih menanti sebarang kejuaraan di bawah Ole Gunnar Solskjaer selepas tewas dalam empat aksi separuh akhir sepanjang dua musim lalu.

Legenda City, Colin Bell yang meninggal dunia pada usia 74 tahun, diberi penghormatan sebelum sepak mula.

Kedua-dua pasukan turun dengan tonggak mereka dengan pilihan Guardiola lebih terhad selepas beberapa pemain utamanya dikuarantin akibat COVID-19.

Namun Kyle Walker dan Gabriel Jesus kembali berada di bangku simpanan selepas menamatkan kuarantin 10 hari. Dalam tempoh lima minit pertama perlawanan, City dan United menyaksikan gol masing-masing dibatalkan pengadil.

Stones menarik nafas lega selepas Marcus Rashford didapati ofsaid sebelum bola terkena pertahanan itu dan masuk ke gawang sendiri.

Di gawang United pula, jaringan Ilkay Gundogan turut dibatalkan kerana pemain Jerman itu berada di kedudukan ofsaid ketika menerima hantaran Phil Foden.

Zack Steffen menggantikan Ederson di gawang City selepas penjaga gol utama itu terpaksa direhatkan akibat COVID-19, dan pemain Amerika Syarikat itu beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan Bruno Fernandes.

Stones akhirnya memecah kebuntuan lima minit selepas rehat dengan menampan sepakan percuma Phil Foden menggunakan pahanya untuk gol pertamanya dalam tiga tahun.

Walaupun tidak berada dalam kesebelasan utama City, 11 perlawanan yang dimulai pemain England itu berakhir tanpa dibolosi, hasil gandingan mantapnya dengan Ruben Dias.

Fernandinho memastikan kemenangan City selepas United gagal mengeluarkan bola sepakan sudut, dan ia adalah gol pertamanya dalam tempoh dua tahun.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059952 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list