View: 1699|Reply: 0
|
Kisah Jatuh Bangun Usahawan - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Pelancaran program Legasi Perwira.
Sudirman Mohd Tahir
[email protected]
SEKTOR ekonomi terutama membabitkan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) antara yang terjejas ketika pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, terdapat segelintir usahawan yang masih mampu bertahan dalam dunia perniagaan, biarpun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang getir.
Sehubungan itu, Annems Leadership Solution dengan kerjasama District Le Production menerbitkan rancangan atau program realiti, Legasi Perwira yang mengisahkan jatuh bangun usahawan sebelum dan sewaktu pandemik.
Bersiaran sebanyak lapan episod, Legasi Perwira memaparkan pendekatan personaliti dalam dunia keusahawanan, Datuk Faridah Hanim Haron atau Ibu Hanim dalam mendidik usahawan agar terus maju dan berkembang.
Ibu Hanim berkata, rancangan menampilkan enam usahawan daripada industri yang berbeza untuk berkongsi kisah inspirasi dan jatuh bangun mereka sebelum dan ketika menghadapi pandemik.
"Tujuan utama saya untuk terbabit dengan rancangan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada mengenai dunia usahawan kepada masyarakat. Ketika terbabit dalam dunia korporat dahulu, saya ada terbaca laporan bahawa usahawan kita hanya mampu bertahan dalam tempoh lima tahun sahaja," katanya.
Menurutnya, selain memaparkan kisah usahawan yang boleh dijadikan inspirasi, pelbagai tips yang dikongsikan dalam bentuk 'easy to install' di dalam sesebuah organisasi mahupun kehidupan seharian.
Menjadikan dirinya sebagai contoh, walaupun masih sakit di bahagian tulang belakang, leher dan beberapa bahagian dalaman tubuh akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, dia masih bersemangat waja.
Ibu Hanim berkata, dia tidak melihat kesakitan yang dialami sebagai penghalang untuk melihat usahawan muda terus mencapai kejayaan.
"Kebanyakan usahawan di negara kita boleh bertahan hanya lima tahun. Peranan ibu adalah untuk menurunkan ilmu kepada mereka agar lebih bertahan lama dalam bisnes yang diusahakan.
"Saya sendiri berpengalaman bekerjasama dengan beratus-ratus syarikat untuk membantu mereka, supaya lebih bertahan lama. Jadi, dalam keadaan negara kita diserang pandemik Covid-19, saya rasa seperti ibu membiarkan anak-anak (usahawan) 'lemas'.
"Jadi, ibu sanggup terbabit dalam program televisyen yang berkaitan usahawan. Itu satu langkah untuk ibu berdakwah dalam masa yang sama membantu mereka untuk terus bangkit," katanya.
Dalam program itu, Ibu Hanim mencurahkan ilmu keusahawanan kepada usahawan yang terbabit dalam program itu seperti Leyna, De'Xandra, By Chefiza, Andorra Hospital, NFF Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.
"Bukan mudah untuk menyiapkan program ini, tapi semua itu dianggap satu perjuangan. Saya lawan sakit, penat untuk menghasilkan program ini. Saya sangat ingin menjayakan program ini kerana mahu lebih ramai usahawan dan masyarakat tahu apa sebenarnya perjuangan kita dalam bidang keusahawanan.
"Bagi saya, kuntungan yang dibuat bukan hanya mencecah jutaan ringgit, tetapi perlu puluhan juta," katanya.
Dalam pada itu, Ibu Hanim menyatakan banyak syarikat yang disenaraikan untuk terbabit dalam program ini, namun pihaknya hanya memilih enam syarikat sebagai permulaan.
"Untuk permulaan ini, saya memilih enam syarikat yang agak rapat dan pernah mendapat bimbingan saya. Sebenarnya ada juga syarikat lain yang disenaraikan, tetapi saya berasakan enam syarikat ini ada cerita yang boleh dibuat 'case study' dan kisah mereka boleh dijadikan inspirasi," katanya.
Legasi Perwira akan mula ditayangkan mulai esok (8 Januari), jam 9 malam di saluran TV Alhijrah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|