CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3061|Reply: 0

Digi Tawarkan Pas Internet Untuk Calon SPM Dan STPM - Harian Metro

[Copy link]
Post time 7-1-2021 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Digi tawarkan pas internet untuk calon SPM dan STPM.


bisnes@hmetro.com.my

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan pas internet pantas, Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021.

Ia disediakan khas bagi pelajar yang lahir di antara tahun 2001 dan 2004, dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini.

Pas internet pantas ini membolehkan pelajar mendapat pengalaman penyambungan internet terbaik bagi persiapan mereka menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Ditawarkan untuk masa terhad dari 6 Januari hingga 30 April 2021, Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 menawarkan internet pantas 15GB dengan tempoh sah 30 hari, pada harga mampu milik hanya RM20.

Dengan pas ini, talian prabayar mereka juga akan kekal aktif selama 30 hari tanpa perlu membuat isian semula.

Untuk pelanggan Digi, pas internet pantas ini boleh didapati dengan mudah daripada aplikasi MyDigi atau dengan mendail *128# untuk mendapatkan akses serta-merta.

Bagi pelanggan baru, mereka boleh mendapatkannya dengan pembelian pek Digi Prepaid Next dari mana-mana kedai yang menjual pek Digi termasuk kedai serbaneka dan pasar raya terpilih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096086 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list