CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 12

'Simpati Lihat Dia Berlari Dalam Hujan Kejar Bas' - Harian Metro

[Copy link]
Post time 8-1-2021 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda yang ditinggalkan bas (kiri) dan Nur Intan Syazwani (kiri). FOTO ihsan Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh.

Redzuan Muharram
[email protected]

Kuala Lumpur: "Saya sekeluarga simpati melihatnya berlari dalam hujan pada waktu itu jadi terus pelawa dia menaiki kereta," kata Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh, 20.

Nur Intan memberi reaksi itu ketika diminta mengulas video dimuat naiknya di Twitter yang mendapat perhatian warganet.

Video itu menunjukkan seorang lelaki berlari di dalam hujan kerana mengejar bas persiaran yang meninggalkannya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Perak (arah selatan).

Bercerita lanjut, Nur Intan berkata, video itu dirakam ibunya, Norliza Bachok, 45, Ahad lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke rumah mereka di Kulai, Johor.

"Sebenarnya, saya sudah perasan lelaki itu ketika berada di stesen minyak cuma sedang menunggu sebuah lagi kereta dinaiki ahli keluarga lain.

"Sebaik kereta kami keluar dari kawasan R&R, kelihatan lelaki itu berlari dalam hujan mengejar bas.

"Disebabkan kasihan, saya minta ayah berhenti untuk menumpangkannya dan lelaki itu beritahu kami yang dia tertinggal bas serta dalam perjalanan dari Jitra ke Seremban," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nur Intan, bapanya, Mohamad Salleh Sarponin, 47, cuba memandu kereta dengan sepantas mungkin untuk memintas bas berkenaan.

"Dalam tempoh 10 minit, ayah dapat memintas bas itu. Kami sekeluarga tidak dapat bersembang lama dengan lelaki berkenaan.

"Cuma, sebelum turun daripada kereta, dia sempat mengucapkan terima kasih, mencium tangan ayah selain meminta maaf kerana menyusahkan," katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.

Nur Intan berkata, dia tidak sangka perkongsiannya di Twitter itu menjadi tular di laman sosial tetapi berharap ada mesej positif dapat diambil mereka yang menonton.

"Sebenarnya, saya tidak aktif di Twitter jadi agak terkejut apabila ciapan saya tular dalam masa tidak sampai sehari," katanya.

Sehingga kini, video dimuat naik Nur Intan itu meraih lebih 283,000 tontonan dengan 15,300 tanda suka dan 11,200 ulang ciap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ending nya pengejar bas kawen dgn intan  hehehee tkde ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya sebelum bergerak kan pemandu akan kira penumpang cukup ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Haippp apa cium2 tangan time covid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
napa budak pompuan yg selalu up bideo psl budak lelaki ni? Aritu budak pompuan gak yg up bideo lelaki jaga mak kat hospital tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 8-1-2021 12:54 PM
Ending nya pengejar bas kawen dgn intan  hehehee tkde ke

Yee.. mungkinn.. intan pun hidup bahagia ke akhir hayat dan teruih pakai tudung labuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 9-1-2021 09:40 AM
Yee.. mungkinn.. intan pun hidup bahagia ke akhir hayat dan teruih pakai tudung labuh

Rupanya kita berdua berbakat menulis novel/skrip drama ahahahaa... smg intan berjodohan dgn lelaki mithali ye intan!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 09:50 AM | Show all posts
Buritan replied at 9-1-2021 09:40 AM
Yee.. mungkinn.. intan pun hidup bahagia ke akhir hayat dan teruih pakai tudung labuh

10 tahun kemudian.. Intan masih tersenyum setiap kali
melewati R&R Simpang Pulai arah Selatan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 9-1-2021 09:46 AM
Rupanya kita berdua berbakat menulis novel/skrip drama ahahahaa... smg intan berjodohan dgn lelaki ...

Tajuk novel.. cinta si pengejo bas.
Cintaku bas terlepas
Jodoh tertinggal bas
Tingggal bas dpt awek
Cintaku pak tabligh
Cinta diantara garisan bas
Jodohku dibelakang bas
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 9-1-2021 09:50 AM
10 tahun kemudian.. Intan masih tersenyum setiap kali
melewati R&R Simpang Pulai arah Selatan..
...

Masa tuu intan dan suami mikaelsudah memiliki anak.. skrg tgh mengandung anak yg keenam.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 9-1-2021 09:50 AM
Tajuk novel.. cinta si pengejo bas.
Cintaku bas terlepas
Jodoh tertinggal bas

Hak hak.. iols suka lantas mem vote tajuk jodohku di blkg bas; yg last tuh kikiii beliau solat sunat kot pastu kn jarak2 sosial so xde org sebelah alertkan sorang tertinggai
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tu handsome ke???
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya la korang ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.057422 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list