View: 3343|Reply: 27
|
Lapan Mangsa Banjir Enggan Pindah Ke PPS Takut Dijangkiti COVID-19
[Copy link]
|
|
Kuala Krai: Lapan individu daripada dua keluarga di Kampung Jalan Geale di sini, enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebaliknya memasang tiga khemah sejak tiga hari lalu selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air separas kira-kira 0.2 meter.
Menurut Shukor Ahmad Ramli, 44, dia dan dua anak saudaranya iaitu Abang Mohd Syakir Muda, 18, dan Mohd Kamarudin Muda, 23, sepatutnya berpindah ke PPS Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Yuk Chai namun mereka mengambil inisiatif memasang khemah, kira-kira 200 meter dari rumah.
Katanya, pada hari pertama dia memasang khemah, anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi nasihat dan menyarankan mereka berpindah ke PPS bagi memastikan keselesaan dan keselamatan.
"Bagaimanapun, kami bertiga memutuskan untuk tinggal di khemah dan enggan berpindah ke PPS sebagai langkah berjaga-jaga daripada penularan Covid-19.
"ada masa sama, saya juga bimbang rumah dimasuki pencuri jika ditinggalkan dalam tempoh lama. Saya kerap mendengar kes kecurian setiap kali banjir," katanya ditemui di khemahnya yang dipasang di tepi jalan Kampung Jalan Geale hari ini.
Katanya, jika mahu mandi, mereka akan menumpang bilik air di masjid berhampiran.
Sementara itu, Jusoh Che Awang, 55, berkata, dia dan isteri, Rohana Yusof, 52, selain tiga anak mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun enggan berpindah ke PPS kerana berhadapan dengan kesukaran membawa kesemua barangan runcit dijualnya.
"Sejak perkarangan rumah dinaiki air pada Rabu lalu, kami memindahkan kesemua barang runcit yang dijual seperti beras, gula dan telur untuk diletakkan dalam sebuah khemah.
"Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk tinggal sementara dalam khemah bersama barangan jualan ini kerana bimbang ia dicuri jika ditinggalkan.
"ada masa sama, kami sekeluarga juga tidak mahu bersesak dalam PPS kerana bimbang dengan penularan pandemik Covid-19," katanya.
Sumber : HarianMetro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tak kebaikan ada khemah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan berkemah ditempat selamat tak ada masaalah rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tmpt dorg berkhemah tu x naik air la |
|
|
|
|
|
|
|
0.2 meter dulu bekas bakal biras tak jadi iols cakap dorang tido ja umah macam biasa, air tak cecah attas katil still dok umah. tu, tapi anak dia berenang2 kat ruang tamu macam belacak |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 8-1-2021 06:14 PM
Nampak tak kebaikan ada khemah..
Skrg pun byk cuti2 glamping, so ni kira glamping banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
amyza82 replied at 8-1-2021 06:58 PM
Skrg pun byk cuti2 glamping, so ni kira glamping banjir.
Lain dari yg lain kan.. Yg penting apa yg depa bimbang tu ada betulnya |
|
|
|
|
|
|
|
Semua dah ready brader ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul mangsa banjir musim covid ni...ibarat jatuh ditimpa tangga. |
|
|
|
|
|
|
|
Logik jugak alasan tu..Semoga air cepat surut
|
|
|
|
|
|
|
|
Bguslaa,kalu rsa cukup serba serbi bley survive ok la...tpi jga2 ular segala tu,musim2 bnjir ni..kang takot kat covid, jdi mangsa ular plak... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 deorang di penempatan selamat dan tak mengganggu...
bagus sebab deorang ni kira tak menyusahkan orang... takut bila kena covid nanti lagi bahaya...
mungkin deorang sekeluarga pun tak sihat dan mempunyai sakit kronik... kalau kena covid lagi teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu nak jaga keselamatan rumah, yang penting khemah yang dipasang adalah ditempat yang selamat |
|
|
|
|
|
|
|
well prepared juge brader ni. betul ape yg die suarakan. kalau ade pilihan mcm ni pun iols akan pilih mcm brader ni. iols doakan tmpt die berkhemah tu air tak naik dan dilindungi dr haiwan berbisa dan buas. moge banjir tak teruk kt tmpt die. jenuh juge die nak pindahkan segala brg. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya yg duduk dlm PPS je yg dpt bantuan banjir..yang tak duduk tak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
klu selamat, tkde masalah rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada member husband tersangkut banjir time otw ke kl...pun berkemah le member...tu pun nsb ado org pinjamkan kemah...nampak gaya kits kena siapkan khemah n life jaacket la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni nk kita pon dh kena siap2 jgk brg3 time kcemasan mcm khemah life jacket lilin etc..
Bgus laa brader ni.. Dh siap sedia sume... Maybe sblm ni dia ni mmg dh biasa dgn banjir so dh tau apa yg prlu dbuat..
Moga semua mangsa bnjir dlindungi dan dpmudahkan smua urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|