CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8547|Reply: 79

"Apa dosa aku?" Wanita comel aktif bersolek di TikTok kesal wajah disa

[Copy link]
Post time 8-1-2021 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Apa dosa aku? [METROTV]
MyMetroUtama
Share
Tweet



Redzuan Muharam
[email protected]

Kuala Lumpur: "Saya boleh bersabar lagi jika mereka (warganet) mengecam fizikal saya tetapi jadi sedih dan marah apabila ada yang mengaitkan keluarga kerana ayah saya sudah lama meninggal dunia," kata mangsa 'faceshaming', Nurul Janatul Sobah Rajaai.

Nurul Janatul, 21, yang menetap di Bagan Datoh, Perak menerima kecaman hebat warganet berhubung paras rupanya ketika bersiaran langsung di TikTok, tengah hari kelmarin.

Bercerita lanjut, Nurul Janatul berkata, insiden itu berlaku ketika dia berkongsi teknik solekan wajah dengan pengikutnya di aplikasi berkenaan.

"Seperti biasa, saya akan bersembang sementara menunggu lebih ramai pengikut menyertai siaran langsung diadakan.

"Namun, sebelum bermula lagi sesi tutorial sudah ada yang mengecam dan menyamakan wajah saya dengan khinzir dan sampah.

"Ada juga yang meminta saya menamatkan siaran langsung dan menutup akaun TikTok tetapi paling terkesan apabila seorang warganet mempersoalkan ibu ayah saya tidak mengajar saya.

"Biarpun dikecam, saya teruskan tutorial dan membersihkan solekan selepas itu sebelum menghentikan siaran langsung selepas sejam.

"Tindakan itu bukan kerana sentap seperti diperkatakan mereka (warganet) tetapi geram apabila ada yang sanggup menghina hingga mempermainkan keluarga saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Janatul, dia tidak tahu kisahnya itu tular sehingga menerima kiriman mesej daripada seorang pengikutnya di Instagram (IG).

Nurul Janatul berkata, pada mulanya dia memang berhasrat membuat laporan polis susulan apa yang berlaku.


Nurul Janatul yang dikecam ketika bersiaran langsung di TikTok. FOTO ihsan pembaca

"Saya dan keluarga ada memeriksa akaun individu terbabit juga sudah dinyahaktif. Malah, keluarga nasihatkan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan lagipun individu terbabit masih bersekolah jadi tidak mahu dia diambil tindakan," katanya.

Nurul Janatul berkata, dia bukan peniaga alat solek sebaliknya meminati bidang solekan sejak berusia 18 tahun dan ada kalanya membuat ulasan mengenai produk digunakannnya.

"Saya membuka akaun TikTok sejak tiga tahun lalu dan aktif memuat naik pelbagai video secara rakaman serta siaran langsung yang lazimnya berkaitan hobi saya iaitu solekan.

"Memang saya ada menerima komen negatif sebelum ini namun kelmarin adalah yang paling teruk," katanya.

Nurul Janatul berharap, sikap menghina paras rupa dan bentuk badan seseorang dihentikan dalam kalangan masyarakat.

"Mudah saja, jika sesuatu perkongsian video dan sebagainya tidak kena dengan citarasa anda, abaikan serta jangan tonton.

"Adab kena jaga, kita perlu hormat orang dan jangan sentuh peribadi terutama hal berkaitan keluarga.

"Saya terima apa yang berlaku ini sebagai ujian dan terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat termasuk daripada penyanyi Yuna dan Aizat Amdan menerusi ciapan mereka di Twitter," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 8:00 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm fb iols xramai kwn melayu, sbb tau mulut melayu jahat, baik kwn dgn cina india dieorg ckp baik2 je xde nak mengumpat mengate mcm bangse melayu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cukup tak suka org yg suka menghina fizikal, atau kelemahan, kesusahan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:18 PM | Show all posts
yg suka menghina fizikal org lain ni perasan lawa
semua nk dikondemnya seolah2 dia je yg cantik lawa
apa lancxx
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sgt2 yg komen tu. Kurang ajar. Hrap report polis. Ok je hasil dia mekap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah ramai pesakit memtal di malaysia ni, cuma sedar atau tidak...

Masa zaman pra-Internet golongan cacat gini x mampu nak bersuara serata alam.
....hanya org cerdik pandai saja mengutus surat utk dijadikan kalam bacaan dalam surat khabar...
Org gila dan bodoh dia x mampu mengarang karangan ilmiah dan bernas...

Kini zaman internet, beruk2 mental camni bebas mengulas, mencaci sesuka hati, termasuklah face shaming, body shaming  cyber bully org yg dia tak kenal, yg tak kacau pun idup org lain.

Patutnya setiap media soaial yg ada ruangan komen wajib ada pendaftaran ID pengguna...kalau tak daftar, hanya boleh like / emotion aje.

Kalau berlaku kes komen2 menghina sebegini, senang polis angkut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Report n saman je dik..bagi sedar sikit bbnu yg baru tgk dunia ni, supaya jgn celupar sangat maki n hina org online
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurg ajar la org yg hina2 tu. Allah punya ciptaan ko hina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 11:42 PM | Show all posts
siannya adik ni... iols walaupun suka menggosip mengutuk dalam ni tak tergamak nak mengutuk orang tak bersalah sekadar nak hiburkan diri mekapkan diri...

bukan semua orang di lahirkan cantik jadi kena la faham...
muka tu bukan semua boleh plastic surgery....
muka tu bukan semua boleh di modified...
kadang2 ada modified berjuta2 pun tapi masih tak cantik...

jadi tolonglah fikir perasaan orang lain bab2 benda yang tak boleh di pilih di ubah ni... kalau deorang boleh pilih nak muka macam mana macam dalam the sims confirm deorang akan pilih dan customize character berjam2... ni diri sendiri pun bukan perfect sangat kadang2 muka elok sikit je dari tapai basi sebab yang kutuk2 tu orang melayu kita jugak jadi kita tau la taraf mana je muka  nusantara deorang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:42 PM | Show all posts
komen melampau tu  datang dari budak belum cukup umur kot....
tak pun... umur dah cukup tapi mentalllllll......
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:53 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 8-1-2021 11:18 PM
yg suka menghina fizikal org lain ni perasan lawa
semua nk dikondemnya seolah2 dia je yg cantik la ...

tu la... nak2 yang komen tu tengok2 orang melayu je duk komen.... kalau orang melayu sah2 la muka taraf standard nusantara je...
tu pun gigih nak kutuk fizikal orang lain walaupun muka sendiri elok sikit je dari selipar jepun
choiii ... kalau kokesen herlok ke atau super model yang komen tu boleh faham jugak la...

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat ni dari quora , penjelasan dari seorang massage therapist / pain management control Becca Bankston.

They have too high of stress hormone release so that makes inside them a feeling of constant dissatisfaction and so they project that feeling of dissatisfaction and lack of gratitude onto others and their outside environment.

Basically, these people’s bodies are not producing enough serotonin to help them feel calm and contented on the inside. And when the inside is not calm and contented, then, in order to avoid cognitive dissonance, the people have to project that feeling of unease onto others and their outside environment , as in others must be causing them to feel ill at ease through their (the other people’s) bad deeds and bad actions.

A thing that can help this is for these bad mouthing people to help their bodies to make more serotonin (a calming brain hormone) and more dopamine ( a motivating and valuing brain hormone of joy and pleasure.)

Without enough serotonin and dopamine a person will always feel ill at ease and project that feeling onto other people and the outside world in general.

Daily supplementation with magnesium citrate will help this to be less since magnesium citrate helps the body to make both more serotonin and more dopamine.

And when the person’s brain is making more serotonin (calmness and contentedness) and dopamine (gratitude and joy) they will then feel more kindly disposed toward others and not talk bad about them so much , if at all.

The magnesium I use that I find works well is Solgar magnesium citrate. I have tried others, but this one really works well and it is also very cost effective. Less than $18 for a two month supply. Which is less than $9 a month.

If a person is deficient in magnesium and B complex vitamins, the brain can become deficient in both serotonin and dopamine since both magnesium and the B complex vitamins are needed in order to synthesize dopamine and serotonin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya, jika hidup sendiri bahagia , maka kita tak akan cakap yang buruk2 kepada orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aku klu marhaen ok je, sbb klu x lawa x de sape nak pedulik..x terlintas pon nk mengutuk.kecuali la mulut dia jahat nk mampos n perangai pulak buruk..mmg x padan dgn rupa la kn..biar muka buruk tp jgn pangai buruk!!!klu retis yg jd heroin kluo tv x lawa aku rengsa..mata aku nk tgk tv pastikn la pelakon tu lawa..klu mcm si kemut, migha, bella chipmunk,aida mat aris dll yg rupa marhaen tu aku mengata la jgk..lg2 bila kita tgk x de bakat sgt pon tp kemain org mengundi,menang pulak anugerah!! pastu asyik la muka dia kat tv..mmg benci giler..trs tutup tv!!! Sekian luahan hati..aku klu wan sharmila ke nabila huda berlakon pon msh boleh lg layan tv..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Whattt ? Umur 21 ke ??
I ingatkan acik 40an
Alamak

Kenapa tulis dia comel
I xmau faceshaming tapi i cuma jujur nk kata tak comel pun

Rupa paras dia ciptaan tuhan
Juga setaraf idaman jejantan kokusen
So tak patutlah dorang tu kecam2 cmtu
Jahatlah dorang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 12:23 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2021 12:28 AM

sorry , is she 21 ?
okay - berdasarkan pemerhatian pada raut muka dia tu , ada tak sesiapa kat sini
kay Ipes ,  mana

ada tak macam hirsuitism - ataupun buluan pada bhgn sisi  mulut / bibir  (perioral region)
https://www.healthline.com/health/polycystic-ovary-disease#causes

i cuma tertanya sebab , tak ada ka org sekeliling mencadangkan supaay dia pi check doktor tentang  1. obseity yg i think kalau lihat dari video tu  , suggestive of genetics - ibu dia pun berbadan  yg BMI tinggi dan 2. PCOs. i mean ...ini yg my concern.

so ini netizen tak syorkan ke



kesian dia tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai dia mekap
I jeles sbb i sgt tak reti mekap

Baru teringat i pernah nampak dia kat tiktok rupanya
Tapi scroll laju2 la sbb tiba2 mata rasa sakit masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala..kdg2 yg duk keji org pun bukannya lawa sgt pun..
Dh la ttukar life dgn live..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ramai yang jahat macam ni. Laki perempuan sama je, ikut mengikut. Konon cool lah ramai2 sepakat komen menghina.. kelakar lah konon. Dasar useless kelas bawahan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
acik forum pun bukan main lagi malaikat betul dalam thread ni, kalau tak, muka desa, kepam, berkerak, gemuk, tetek senget, pensil ikea, tetek flat, hidung bawang, hidung jambu air, bontot bas, hitam rentung berlumut jadi zikir acik forum.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060533 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list