CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 0

Hodak Kembali Kendali KLUFC - Berita Harian

[Copy link]
Post time 10-1-2021 01:54 PM | Show all posts |Read mode

Bojan Hodak


Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bojan Hodak akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas sah mengikat kontrak bersama Kuala Lumpur United FC (KLUFC).

Kali terakhir Hodak bertindak selaku jurulatih dalam saingan Liga M pada 2015 bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), sebelum dia dilantik sebagai pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun kebangsaan pada 2017.

Hodak, 49, yang sudah tiba di Kuala Lumpur kini menjalani tempoh kuarantin dan akan memulakan tugas secara rasmi pada 15 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC, Stanley Bernard menjelaskan pengalaman Hodak yang sudah lama berada dalam kancah bola sepak tempatan menjadi antara faktor jurulatih dari Croatia itu menjadi pilihan KLUFC.

Beliau berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diletakkan ke atas bekas pengendali Kelantan itu adalah memastikan pasukan kekal dalam saingan Liga Super.

"Hodak bukan asing dalam bola sepak Malaysia selepas berbelas tahun berada di sini. Dia juga mengetahui budaya bola sepak Malaysia dan mengenali ramai pemain termasuk Indra Putra Mahayuddin yang pernah berada di bawah bimbingannya.

"Kontrak dia bersama KLUFC satu (tahun) tambah satu (1+1) dan kami merasakan sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman luas seperti Hodak," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Mengikut rekod, Hodak memiliki pencapaian yang baik dalam saingan Liga M terutama memenangi kejuaraan 'treble' bersama Kelantan pada 2012.

Pelantikan Hodak sebagai jurulatih KLUFC juga boleh dianggap sebagai kejutan selepas skuad warga kota itu sebelum ini dilaporkan sudah menawarkan kontrak kepada pengendali dari Chile, Simon Elissetche.

Mengulas mengenai perkara itu, Stanley menjelaskan pihaknya tampak sukar untuk menunggu kelulusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terhadap Simon.

"Kita sudah berbincang dengan Simon mengenai perkara itu dan kita pun tidak tahu bila kelulusan akan diperoleh. Lagi pun Simon belum menandatangani kontrak bersama KLUFC," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065816 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list