CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 0

Biar Inovatif - Harian Metro

[Copy link]
Post time 11-1-2021 07:56 AM | Show all posts |Read mode

Kunci kejayaan PKS terletak di tangan pengusaha dan pengurus menggunakan aset dan sumber daya yang ada untuk meningkatkan keupayaan syarikat dengan cepat dan berkesan.


Sri Ayu Kartika Amri
[email protected]

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini perlu membuat penyesuaian dan penambahbaikan dalam perniagaan bagi menghadapi kebiasaan baharu.

Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Rahayu Hussin berkata, PKS perlu membuat perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Katanya, ini bermula dengan diri usahawan terbabit dan cara menerajui perniagaan dengan pengetahuan, sikap dan amalan pengurusan perniagaan yang berkesan.

"Secara umum kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi terutama PKS, boleh dilihat dari segi penawaran dan permintaan.

"PKS perlu membangunkan pelan perniagaan yang inovatif dan merangka strategi serta melaksanakan program dan taktik perniagaan yang berdaya saing.

"Tiga langkah penting bagi PKS melangsungkan kehidupan dan perniagaan mereka dalam kebiasaan baharu meliputi perkara berikut iaitu mindset keusahawanan, perancangan strategik kewangan, operasi dan pemasaran serta pembelajaran sepanjang hayat.

"PKS perlu melihat cabaran semasa bukan hanya sebagai krisis dan masalah, tetapi juga sebagai kesempatan untuk 'bereksperimen' dengan strategi dan pendekatan baharu atau lain dari apa yang sudah biasa dilakukan sebelum krisis pandemik ini," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, ini juga merangkumi pengurusan masa, delegasi kerja yang berkesan dan kesediaan untuk berkolaborasi dengan pesaing atau pengguna.

Siti Rahayu berkata, kunci kejayaan PKS terletak di tangan pengusaha dan pengurus yang menyalurkan pemikiran keusahawanan untuk mencipta inovasi yang berimpak, lestari dan tahan lama di samping menggunakan aset dan sumber daya yang ada untuk meningkatkan keupayaan syarikat dengan cepat dan berkesan.

Beliau berkata, ini masa PKS mengambil peluang melalui Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diberikan kerajaan kepada PKS untuk membolehkan mereka berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang.

"PKS di Malaysia sangat bertuah kerana secara makro, kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat kelangsungan PKS.

"Jumlah manfaat dan bantuan disalurkan kepada PKS dan PKS mikro juga termasuk moratorium, diskaun elektrik, diskaun premis perniagaan, pelepasan atau pengecualian cukai dan sebagainya yang disediakan bagi menyokong mengurangkan bebanan kos operasi dan membantu menambah aliran tunai," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list