Sumber: TripAdvisor
Mitos di sebalik batu gergasi di Myanmar.
Tahukah anda di dunia ini ada beberapa lokasi yang dinamakan sebagai ‘lokasi graviti gagal’ kerana binaannya yang melawan graviti.
Sebagai contoh sebuah pagoda di Gunung Kyaiktiyo yang dikenali sebagai batu gergasi Golden Rock menjadi salah satu lokasi graviti gagal yang sering mendapat tumpuan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Sebenarnya kalau dilihat dari jauh tiada apa pun yang istimewa tentang batu ini, namun sekiranya mendekat anda akan dapat melihat kedudukan batu tersebut mencuram ke bawah namun tetap kekal berada di situ tanpa terjatuh.
Secara logik, keadaan batu tersebut memungkinkannya untuk terjatuh namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sudah 2,500 tahun kekal di situ, menurut mitos dan kepercayaan masyarakat setempat, batu yang berada di ketinggian 3,609 kaki sebesar 49 kaki tersebut hanya akan jatuh disebabkan tangan wanita yang memegang.
Sumber: Against The Compass
Atas alasan itu jugalah pengunjung wanita tidak dibenarkan untuk mendekat di lokasi tersebut apatah lagi memegang batu berkenaan bagi memastikan kedudukan batu emas ini terjaga dan tidak berubah.
Sumber: Against The Compass
Dipanggil Golden Rock kerana ditutup dengan daun emas, lagenda juga ada menyebut di sebalik batu tersebut ada tersembunyi sehelai rambut Buddha yang mengagumkan raja cakerawala sehingga menyebabkan baginda menggunakan kuasa ghaibnya untuk membawa batu berkenaan ke lokasi sekarang.
Bercerita mengenai mitos, ada satu mitos yang sering dipercayai masyarakat Melayu iaitu kesan lebam pada tubuh selepas bangun daripada tidur ianya adalah perbuatan jin yang menggigit.
Sumber:
Pagoda Kyaiktiyo
Namri Sidek
Odisi.my |