|
Pengarah Osman Ali mengakui buntu mencari pelakon remaja yang benar-benar serius menjadi pelakon yang bagus dan bukan sekadar teruja mengejar jumlah pengikut.
Osman berkata, industri hiburan tempatan masih kekurangan pelakon remaja berbakat dan lebih menyedihkan, segelintir pelakon yang ada pakej rupa lebih seronok mengejar populariti dan bukannya kualiti.
 Osman Ali, Foto: Harian Metro
"Kalau kita tonton drama atau filem dari Thailand, Indonesia, Korea Selatan, Jepun dan Hollywood, kita nampak ada ramai pelakon remaja yang berbakat dan popular memenuhi filem-filem remaja dan mereka benar-benar masih di usia remaja.
"Di Malaysia kita amat kurang pelakon remaja yang popular dan benar-benar berbakat besar. Kita ada pelakon remaja berbakat tapi hanya beberapa orang saja kalau disebut.
"Yang lain ada pakej rupa tapi tidak begitu serius mendalami ilmu lakonan sebaliknya mereka lebih seronok mempopularkan diri di laman sosial dan cuba meraih seberapa banyak pengikut. Dengan cara itu mereka fikir dapat buka peluang untuk diambil menjadi pelakon," katanya.
Kini dalam persiapan untuk melakukan penggambaran sebuah drama bersiri remaja, Osman mengakui alami kesukaran mencari calon pelakon tepat yang menepati kriteria dikehendaki.
"Buat masa sekarang sedang dalam persiapan untuk pengambaran sebuah drama bersiri remaja. Apabila mencari pelakon yang terbaik untuk watak-watak utama berkenaan, seolah-olah terbuntu seketika. Kalau ada pelakon muda remaja pun ramai yang sudah berlakon dengan imej dewasa, watak suami isteri untuk memenuhi tuntutan drama cinta semasa," kata pengarah filem Ombak Rindu itu.
Terdahulu, Osman berkongsi pandangannya itu menerusi Instagram dan meminta cadangan daripada pengikutnya siapakah pelakon remaja yang benar-benar bagus ada dalam industri sekarang. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
pelakon remaja yang bagus sekarang
Saorsie Ronan
timothee Chalamet
hahahaha
malaysia ada ke pelakon remaja yang bagus? |
|
|
|
|
|
pelakon baru syok sendiri atau kau yang syok sendiri? pelakon2 baru lelaki ramai betul kerumun pengarah ni.. muka sekor2 bajet Remy Ishak je taste dia. bini kat rumah tak curiga ke? |
|
|
|
|
|
depa berlakon cter apa tu
|
|
|
|
|
|
hahahha sweet qistina - bidadari salju. hahahhaa nyampah aku tgk citer tu. keras cam kayu berlakon
|
|
|
|
|
|
Industri filem kita mmg ramai yg syok sndiri.. tengok jela cerita2 yg terhasil.. |
|
|
|
|
|
Sebab tu la cerita remaja budak sekolah ambil pelakon 30an, 40an sarung baju sekolah ek? Sebab tk ada yg bagus? Gitu ke alasannya? |
|
|
|
|
|
Motif tak kenal Cik B yang gah & mahsyur sekarang..   |
|
|
|
|
|
Aku suka pelakon SMK..klakar dan nampak ikhlas |
|
|
|
|
|
Salah korang juga.
cari dak dak tik tok, dak dak IG jadi retis. Rasain loorr |
|
|
|
|
|
Usah risau amik je cik b tu... |
|
|
|
|
|
yg bagus berlakon semuanya bermuka buruks. dah kau nak sgt amik anak ikan handsome belakon dlm produksi kau mmg syok sendiri le dia org ingat kau amik dia sebab dia feeling bagus... what do you expect. |
|
|
|
|
|
iols rasa ramai je bbnu yg berbakat...
iols aritu tengok cite butak...
bagus budak yang jadi buntat tu belakon... walaupun muka nan hado tp lakonan heols bagus yach |
|
|
|
|
|
mat_arof: pelakon remaja yang bagus sekarangSaorsie Ronantimothee Chalamethahahahamalaysia ada ke pelakon remaja yang bagus?
Shersha tu acting mmg power ... mula2 tgk dia berlakon Lovely Bones. Sedih citer tu ... tak sampai level pengarah malaysia. Kikiki...
|
|
|
|
|
|
beatgirlX replied at 14-1-2021 01:59 PM
Aku suka pelakon SMK..klakar dan nampak ikhlas
kan..best..ada dapat anugerah kan |
|
|
|
|
|
Pelakon, pnnnyi bbnu sekrg..
20thn mndtg,agak2 siapa yg bakal bytaraf lejen
Spt artis2 pioneer,senior tdahulu
Sekian. |
|
|
|
|
|
nanies replied at 14-1-2021 09:48 AM
hahahha sweet qistina - bidadari salju. hahahhaa nyampah aku tgk citer tu. keras cam kayu berlakon ...
Tajuk pun tak agak2.. Bidadari salju.
Bidadari je pun tak terjangkau dek akal cantiknya d tambah lagi salju tapiiii sedih hauss pelakonnya.
Tak kira la kiasan ke apa.. Jangan la guna perkataan bidadari. |
|
|
|
|
|
TerataiMelur02 replied at 14-1-2021 11:39 PM
Tajuk pun tak agak2.. Bidadari salju.
Bidadari je pun tak terjangkau dek akal cantiknya d tambah ...
Kan. Dgn katiknya. Ade hati jadi bidadari. Tajuk xbleh bla cite ni.
Xselera nak tgk |
|
|
|
|
|
beatgirlX replied at 14-1-2021 01:59 PM
Aku suka pelakon SMK..klakar dan nampak ikhlas
Die ni sape? |
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 14-1-2021 04:44 PM
Shersha tu acting mmg power ... mula2 tgk dia berlakon Lovely Bones. Sedih citer tu ... tak sa ...
Yes byk gak oscar nominees yg si cerca ronan tu dapat. Si 'timoti al yahudi al buah peach selamat' tu pun boleh tahan lakonan... pandai acting... |
|
|
|
|
|
|