View: 4099|Reply: 41
|
Proton Saga Kini Sudah Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700
[Copy link]
|
|
Nampaknya Proton tidak menunggu masa yang lama untuk meluaskan lagi pasaran antarabangsa apabila negara Nepal telah menjadi negara ke-lima yang menerima kemasukkan kereta Proton Saga. Empat buah negara yang sudah menerima model kereta ini terlebih dahulu ialah Brunei, Kenya, Mesir dan Pakistan.
Model Proton Saga ini dilancarkan secara rasmi oleh Jagdamba Motors Pvt. Ltd, anak syarikat Shanker Group untuk pasaran Nepal ini. Model pertama Proton Saga serba baru ini dijual pada harga sekitar Rs 35.50 Lakh (RM122,716.65) untuk varian transmisi manual standard, dan Rs 39.50 Lakh (RM136,543.88) untuk varian transmisi automatik premium.
Kereta Proton Saga yang dijual pada pasaran Nepal tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan model-model dijual pada pasaran Malaysia. Untuk pasaran Nepal, kereta ini dilengkapi dengan peningkatan sistem penyaman udara dengan kawalan arah aliran udara (model pasaran tempatan hanya mampu mengawal peredaran udara semula) dan pemanas. Model ini sama dijual pada pasaran Mesir dan juga Pakistan.
Antara perbezaan lain ialah saiz kapasiti enjin untuk pasaran Nepal yang sedikit kecil iaitu versi 1,299 cc jika dibanding 1,332 cc untuk saiz kapasiti enjin untuk pasaran tempatan. Kereta Proton Saga ditawarkan dengan 5 varian warna sama seperti di pasaran Malaysia iaitu Jet Grey, Snow White, Armour Silver, Ruby Red and Rosewood Maroon.
Difahamkan model Proton Saga akan diperkenalkan melalui bilik pameran eksklusif syarikat Jagdamba Motors Pvt. Ltd yang terletak di Naxal, Kathmandu, dan akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di ibu kota lain seperti Pokhara, Biratnagar, Itahari, Birgunj, Dhangadhi, dan Nepalgunj. Model-model kereta Proton yang lain juga akan diperkenalkan pada masa akan datang mengikut permintaan pelanggan setempat.
Sumber : TheVocket |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gile vavi mahal. apesal mahal mcm tu ek? kalau mcm tu, brp la harga kete merc kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
Tak leh bayangkan mcm mana dari kathmandu ke Pokhara drive saga... lalu tepi lereng gunung and laluan sempit selisih dgn lori |
|
|
|
|
|
|
|
ok2 dh gugel. merc e200 kt nepal harga rm900k
gilerrrrr haha
untungnya la dok malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan harganya. |
|
|
|
|
|
|
|
So tak betul la yg kata harga kreta kat Malaysia kedua paling mahal di dunia selepas singapore? |
|
|
|
|
|
|
|
harga kereta ni ada pengaruh dari polisi kerajaan yg memerintah. Kereta mahal dimalaysia satu ketika mungkin betul tetapi mustahillah ianya akan sentiasa betul sepanjang jaman, nepal ni nampaknya dah mendahului malaysia untuk ada polisi bagi dapatkan untung melampau dari jualan kenderaan. malah bukan nepal sahaja negara asean pun dah lama ikut polisi spt yang dibuat dimalaysia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami NEPAL dh lama msk 'pasaran' Msia...kami lg hebat..korang baru la ni....mende???........ |
|
|
|
|
|
|
|
Sengaja nak troll rakyat ape pergi jual mahal kat nepal? Ingat kita taktau tu negara atas bukit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nepal ni xde laut. Kos logistik sgt sgt mahal ye. Xtau ka import pakai apa tu kapal terbang ke lori kontena ke. Mmg berganda la citer dia. Kesian. Nk merentas tu bapak la jauh ke dalam. Lalu india la cina la. Untung la mlaysia keliling laut. |
|
|
|
|
|
|
|
wow dapat 3 biji Saga kat Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Lol. Orang jepun sebelum ni pun melopong dengar harga kereta recond diorang kat Malaysia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nepal can use four seaports in Tianjin, Shenzhen, Lianyungang and Zhanjiang and three dry ports in Lanzhou, Lhasa and Xigatse in China, according to the protocol on transport and transit agreements finalised on September 6 in Kathmandu
Source : google.
Harap harap kereta tu CKD kat sana la bukan CBU
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara mundur memang kereta mahal dah lah rakyat miskin
Naik basikal je lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
dia mahal ada 3 sebab :
a) Competition.
b) Dealer main harga / markup tinggi giler.
c) Itu adalah RPP ( retail price ) dari Proton sendiri.
kita tengok macam mahal Rm 200k . tapi berapa harga Proton offer pada dealer tu
kita tak tahu. kalau offer tak cantik atau komissen cuma 10% tak mungkin orang nak jual.
kalau betul betul official dealer Proton...mmg tak akan jual selain jenama Proton.
Kalau sebelum ni dealer tu pernah jual brand lain. risiko dealer ni nak mengkhianat.
|
|
|
|
|
|
|
|
harga setanding keta mewah hahahaha,
asal kat nepal harga ratus ribu,
kat negara lain belas2 ribu, |
|
|
|
|
|
|
| |
|