CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 4

Parah Tertembak TikTok Punya Pasal

[Copy link]
Post time 15-1-2021 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Niat dua rakan merakam video dengan memegang sepucuk pistol dalam aplikasi TikTok berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka parah terkena tembakan, pada Rabu.


Jurucakap polis, Ibrahim Hyderi berkata, kejadian berlaku di Umar Colony apabila dua lelaki terbabit mahu merakam video dalam aplikasi sosial popular itu.




Gambar hiasan




Menurutnya, seorang daripada mereka yang memegang pistol secara tidak sengaja tertarik picu senjata api itu ketika rakaman.


Lelaki yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital Jinnah untuk rawatan lanjut.


Pasukan perubatan mengesahkan mangsa dalam pemantauan lanjut kerana masih dalam keadaan kritikal, lapor Geonews.


Polis berkata, rakan mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus menghilangkan diri bersama pistol yang digunakan dalam kejadian.


Kini, polis sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan.


Kejadian serupa berlaku November lalu apabila seorang lelaki maut ketika melakukan rakaman sama.


Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Gulshan-e-Maymar merakam aksi memegang pistol. Dia kemudian mengisi peluru sebelum mengacukan pistol pada dada dan menarik picu.


Akhirnya, aksi itu meragut nyawanya, tetapi ahli keluarganya pula enggan membuat bedah siasat atas kematian mangsa.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 10:08 AM | Show all posts
hurm, tik tok.. heran hakak org berebut2 nk buat challenge
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yaaaayyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:22 PM | Show all posts
Buat yang bukan-bukan akan menyebabkan perkara yang tidak yang diingini berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka beno dema bertiktok...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069624 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list