|
Vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif pandemik COVID-19 selepas menjalani ujian calitan kedua, semalam.
Menerusi satu entri Instagram (IG), Aepul memberitahu, dia sudah menjalani kuarantin, sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian calitan disahkan negatif.
"Saya sudah mula menjalani kuarantin di rumah sejak beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih," tulisnya.
Dalam hantaran itu, Aepul juga mengatakan dia tidak akan menerima sebarang panggilan telefon dalam masa terdekat ini. Terdahulu, Aepul ada menjalani ujian calitan iaitu sekitar seminggu lalu.
Sementara itu, Aepul berkata, setakat ini, dia masih di rumah.
"Saya hanya makan ubat demam, sebab ada rasa demam sikit. Sebenarnya, saya rasa lebih baik dari semalam. Alhamdulillah, saya mahu fikir yang positif sahaja.
"Saya sudah mengasingkan diri dalam bilik studio, sejak semalam. Anak pula, Nur Saffiya Alisha pula sudah diasingkan lebih awal, di mana kami tempatkan dia di rumah ibu mentua," katanya kepada BH Online.
Sumber ; BHOnline |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|