CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6111|Reply: 92

Minta Timbang Semula Kuasa Tentera Tahan Orang Awam - Lawyers For Liberty

[Copy link]
Post time 16-1-2021 03:16 PM | Show all posts |Read mode







KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty meminta kerajaan menimbang semula keputusan memberikan kuasa kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Koordinatornya, Zaid Malek, berkata perkara itu adalah penting untuk ditimbang semula kerana orang ramai tidak boleh dilayan seperti musuh dan ditangani oleh pihak tentera.


Katanya, pesalah PKP perlu ditangani mengikut undang-undang oleh polis yang sudah dilatih untuk berbuat demikian selain hak mereka dijaga pada setiap masa.


"Terdapat kebimbangan sekiranya pihak tentera dibenarkan untuk menahan orang awam ia mungkin menyebabkan berlaku penggunaan kekerasan atau perkara lain yang melanggar hak kebebasan awam.

"Antara contoh, video tular Disember lalu menunjukkan kekerasan tentera dalam menangani pekerja asing yang didakwa melanggar perintah berkurung," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Ordinan Darurat memberi kuasa kepada anggota tentera menahan orang awam yang melanggar PKP sama seperti polis mengikut Kanun Acara Jenayah (KAJ) bertujuan membantu menangani penularan wabak COVID-19.


Beliau berkata kegusaran mengenai penggunaan kekerasan itu tetap timbul walaupun pihaknya menyedari tidak semua anggota tentera bersikap demikian.


"Bagaimanapun, kegusaran yang timbul daripada insiden itu adalah sesuatu yang benar dan perlu ditangani," katanya.


Zaid, berkata Ismail Sabri juga tidak menjelaskan kenapa pihak tentera diberikan kebenaran untuk menahan pesalah PKP.


"ihak tentera dilatih untuk bertempur dalam peperangan bersenjata menentang pihak luar dan bukan untuk menangani penahanan orang awam," katanya.






Sumber : BeritaHarian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa.. itu la tujuannya..
Nak bagi org gusar, baru reti dok rumah..hat jenis ketegaq tu take note ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:40 PM | Show all posts
biar la gusar
baru la reti dgr arahan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku teringin betul nak tengok keluarga ahlibpolitik yang langgar sop kena tahan dengan tentera. Berkicap ke atau diam membisu. Tengok boleh dapat diskaun tak macam anak jahid.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:49 PM | Show all posts
Cuba fikirkan kenapa covid 19 boleh dikekang dgn jayanya di China dan out of control di US.

China - tegas dan agak keras tapi utk kebaikan seluruh negara.

US - terlalu mengagungkan human rights sampai 400,000 rakyat terkorban.


Lawyers for liberty ni nak mempertahankan hak rakyat atau memperjudikan kesihatan rakyat Msia?

Ambil jer iktibar, Kelantan tu dah nak masuk dlm kumpulan PKP sbb org drp negeri zone merah balik bawak penyakit.

Kalau takder roadblock, you rasa diaorg nak beretika dan tak balik kampung? Cuba teka tapi takder hadiah

Kalau askar tak jaga, siapa yg nak jaga roadblock? Lawyer2 tu nak volunteer tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 16-1-2021 03:49 PM
Cuba fikirkan kenapa covid 19 boleh dikekang dgn jayanya di China dan out of control di US.

China ...

Itulah masalahnya apa bila sangat mengutamakan hak tanpa memikirkan keselamatan org pula..persetankan saja kata2 si zaid nih. Kalo ditgk dr sudut pematuhan sop dimalaysia jauh panggang dari api. Sb tu kes makin naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 16-1-2021 03:49 PM
Cuba fikirkan kenapa covid 19 boleh dikekang dgn jayanya di China dan out of control di US.

China ...

Sama gak sweden 10000 death/10mil population...nak suh polis askar tu usap2 paler tu...tanya lembut gemalai..naper ni..kuar rumah tak bagitau...balik..balik...udah le pati2 tu degil...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:02 PM | Show all posts
darkness replied at 16-1-2021 03:55 PM
Itulah masalahnya apa bila sangat mengutamakan hak tanpa memikirkan keselamatan org pula..persetan ...

Diaorg tak fikir hak rakyat yg inginkan wabak covid dapat dikawal dgn secepat mungkin.

NGO2 camni dan organisasi2 spt ini yg mengagalkan usaha2 utk membendung covid drp melarat dgn lebih teruk.

Auntie mmg respect kpd anggota2 polis & tentera yg menjaga roadblock - terima kasih kerana menjlnkan tanggungjawab yg diamanahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
NGOks dlm msia ni ... mmg bermasalah... apa tujuan dorg? takda pun pikir kepentingAn rakyat... yg nmpk dok bela penjenayah dan pendatang haram
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:10 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 16-1-2021 04:01 PM
Sama gak sweden 10000 death/10mil population...nak suh polis askar tu usap2 paler tu...tanya lembu ...

Pemimpin Sweden pun mengaku yg mungkin mereka salah strategi.
Negara2 yg sebelah menyebelah dgn Sweden dpt kawal dgn lebih baik drp Sweden sbb mereka lakukan lockdown dan ada control measures.


Kesian kat rakyat Sweden walaupun mereka lebih beretika dan jaga SOP dgn baik.

Dulu ada forumer yg cadangkan Msia ikut cara Sweden - auntie tak ingat siapa.

Nasib baik forumer tu bukan think-tank di KKM. Kalau tak, mcm manalah nasib kita skrg ni.... Na'uzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
by the way...lawyer liberty ni tau ke undang2... rasanya si mail tu dh takda kuasa/ikot arahan jer... sbb YDPA perkenan darurat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka setuju guna askar utk mrmantau kepatuhah SOP...baru semua ada akai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:13 PM | Show all posts
dok aje la kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju komen loyar nih. Menyuruh tentera tangkap org.dikala aman takde perang, samalah macam tokey Cina pengasas SP Setia suruh tentera keja kat ladang sawit dulu. Tentera ada martabat, sebab tu protokol pasal.tawanan perang beza jauh dari handle tangkapan biasa. Ni komen aku sebagai cucu ex-tentera.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:41 PM | Show all posts
Aku dah lama tau orang Malaysia ni suka cara komunis, acah2 ja benci komunis tapi dalam hati nak lebih lagi...



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 16-1-2021 04:10 PM
Pemimpin Sweden pun mengaku yg mungkin mereka salah strategi.
Negara2 yg sebelah menyebelah dgn  ...

Pakcik blasstop tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 04:49 PM | Show all posts

terima kasih utk mengingatkan auntie.

semoga blasstoff tidak dijangkiti wabak covid. insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul sgt auntie. China negara origin virus ni org2 diorg dh boleh keluar bersuka ria cam biasa, negara2 pro human rights ni yg terpaksa buat lockdown 2nd time. Last2 semua salah government, semua salah la. NGOs, liberalist, pejuang2 hak asasi ni saja yang betul. Buat pkp salah, tak buat pkp salah. Susahnya lahai. Keje dok komplen je. Kalau tak buat salah, tak langgar pkp, duduk rumah senyap2, ade ke nak kena tangkap? Ish.. meluat plak dgn puak2 ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatok ko liberty

kalo tak buat salah takdenya tentera nak ambil tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia perlukan ketegasan dalam semua perkara berkait penguatkuasaan

buang sampah dengan tandas awam pun perlu kuatkuasa jugak

ketegasan kuncinya, kalo perlu pelangkung, pelangkung je, termasuk so-called liberty ka apa ka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080470 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list