CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 1

Menangis Lihat Pondok Hanyut Dilanda Banjir

[Copy link]
Post time 16-1-2021 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 16-1-2021 04:05 PM


Sharani Mohd melihat keadaan pondok yang rosak selepas dihanyutkan banjir besar di Kampung Dala, Lanchang. FOTO MOHD RAFI MAMAT


Harian Metro

Mohd Rafi Mamat
am@metro.com.my

Temerloh: "Saya menangis apabila melihat rakaman video keadaan banjir yang berlaku hingga merosakkan pondok tempat tinggal pelajar," kata warga emas Sharani Mohd, 72.

Beliau yang juga isteri kepada pengasas pondok Tahfiz Haji Ahmad, Kampung Dala, Lanchang berkata arus air yang deras menghanyutkan beberapa pondok kayu jauh daripada tapak asal hingga menyebabkan atap serta dinding tercabut.

Terdapat 18 pondok atau tempat tinggal pelajar lelaki berusia sembilan hingga 19 tahun di mana mereka belajar menghafal Al-Quran tanpa dikenakan sebarang bayaran oleh pihak pengurusan pondok.

Sharani berkata pondok Tahfiz Haji Ahmad terletak dalam kawasan kebun getah dan beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan menempatkan 18 pelajar lelaki dan enam warga emas wanita mengikuti pengajian agama tinggal di rumah dijadikan asrama

"Saya tidak pasti berapa jumlah kerugian dialami namun semua pondok kayu yang hanyut dan rosak akan dibaiki kemudian ditempatkan di tapak baharu berhampiran tapak asal.

"Kami menerima sumbangan kewangan pelbagai pihak bagi menguruskan pondok Tahfiz Haji Ahmad dan penubuhannya bertujuan melahirkan generasi muda yang mampu menghafal Al-Quran selain pendidikan Islam semua peringkat usia," katanya di sini, semalam.

Sebelum ini viral di media sosial pondok Tahfiz Haji Ahmad yang dibangunkan keluarga Pencetus Ummah

Mohd Lokman Ahmad (PU Lokman) ditenggelami banjir besar minggu lalu yang menyebabkan beberapa pondok dihanyutkan arus deras.

Sementara itu PU Lokman berkata, pihak pengurusan pondok kini memerlukan sumbangan pihak yang prihatin untuk membaiki kerosakan yang dialami terutama membabitkan pondok tempat tinggal pelajar lelaki.

"Banjir kali ini agak luar biasa apabila air naik dengan cepat seterusnya menenggelamkan keseluruhan kawasan, ini kali pertama banjir seburuk ini berlaku yang turut membawa bersama lumpur tebal.

"Sebanyak 18 pondok, rumah kami sekeluarga, surau, kantin dan kereta ditenggelami air. Banjir yang berlaku ini adalah ujian buat kami sekeluarga untuk membangunkan semula pondok Tahfiz Haji Ahmad.

"Saya yakin sokongan kuat ibu (Sharani) dapat mengembalikan semangat kami sekeluarga membangunkan semula pusat pendidikan Islam ini," katanya.

Katanya, dia yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian banjir yang berlaku, sejarah pasti tercipta apabila berpeluang melihat keadaan banjir besar hingga semua pondok hanya nampak bumbung.

"Saya merayu kepada mereka yang bermurah hati untuk tampil memberi sumbangan untuk membantu kami membangunkan semula pondok Tahfiz Haji Ahmad yang kini mempunyai 18 pelajar lelaki termasuk enam warga emas yang belajar agama.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan bencana kepada kami yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 07:45 PM | Show all posts
Semoga diberikan ketabahan dan kemudahan kepada kesemua mangsa-mangsa banjir di negeri Malaysia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059470 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list