CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2722|Reply: 10

Keith Foo Berkorban Demi Zuriat

[Copy link]
Post time 17-1-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Keith kini bergelar duta untuk jenama Crystal C White bersama Natasha.


Harian Metro

Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

MELANGKAH ke tahun 2021, tentunya setiap daripada kita mengimpikan yang terbaik untuk kehidupan masing-masing.

Bagi pelakon, Keith Foo, dia juga turut menyimpan impian untuk dalam kehidupan dan yang sentiasa menjadi keutamaan adalah anaknya.

Selepas perceraian dengan bekas isteri, Kim Raymond pada Disember 2019, kehidupan Keith mula berubah apabila dia perlu membiasakan diri memegang status sebagai bapa tunggal.

Bagaimanapun, itu tidak menjadi penyebab untuk dia dan bekas isteri mengabaikan cahaya mata mereka, Skylar Raymond Food sekali gus tidak mahu perceraian memberi kesan kepada kehidupan anak perempuan mereka.

"Anak menjadi keutamaan dan kekuatan saya dalam meneruskan kehidupan. Walaupun berdepan perceraian, saya bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang sentiasa menguatkan saya atau dalam kata lain, menjadi sistem sokongan saya," katanya.

Tidak pernah lekang dengan senyuman, Keith tidak menolak rasa sunyi kadangkala menghimpit dirinya sekali gus memaksanya untuk mencari jalan keluar supaya tidak berdepan kemurungan.

"Rasa sunyi itu memang ada. Yalah, kalau dulu kami sekeluarga tinggal serumah. Apabila bercerai, rasa seperti 'keistimewaan' itu ditarik dan tidak dapat dirasakan seperti dulu.

"Namun, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa kalau kemurungan banyak kesan negatif yang akan berlaku dan apa akan terjadi kepada anak saya?

"Jadi, saya kuatkan diri untuk berubah dan ubah gaya hidup, kerana itulah saya banyak meluangkan masa dengan menyertai kerja amal bersama persatuan St John Ambulance Negeri Sembilan," katanya.

Melihatkan keakrabannya dengan bekas isteri, Keith sering berdepan dengan soalan sama ada mereka akan kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri.

"Kami dah selesa dengan keadaan sekarang. Ada juga orang bertanya kenapa berpisah sedangkan kami dilihat sebagai pasangan yang tidak ada sebarang masalah.

"Kadangkala perpisahan itu berlaku demi kebaikan bersama. Mungkin kalau kami teruskan perkahwinan, ada kesan buruk buat anak," katanya.

Sehingga kini, pelakon berusia 38 tahun ini masih selesa dengan kehidupannya tanpa pengganti kepada bekas isterinya.

"Setakat ini belum ada pengganti. Bekas isteri dah ada seseorang dan saya sentiasa menyokongnya. Saya cakap, kalau dia nak keluar atau apa, saya boleh tolong jaga anak," katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kariernya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan kini kembali dikuatkuasakan semula, Keith bersyukur kerana pintu rezekinya masih terbuka.

"Sejak PKP, tawaran kerja masih ada cuma waktu kita tak dapat ke mana-mana, saya juga sama seperti orang lain tak dapat teruskan kerja lakonan.

"Kalau tak sibuk dengan penggambaran, saya sibukkan diri dengan aktiviti amal bersama St John Ambulance Negeri Sembilan yang disertai sejak dua tahun lalu. Setakat ini, banyak aktiviti amal yang kami lakukan antaranya membantu mangsa banjir, derma darah dan aktiviti ketika Ramadan tahun lalu," katanya.

Walaupun satu tugas memenatkan, Keith mengakui mula 'ketagih'.

"Memang penat, tapi apabila dah mulakan, saya mula ketagih untuk teruskan. Apa yang penting adalah sentiasa kuatkan minda untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Terkini, Keith masih menjalani penggambaran drama bersiri 22 episod berjudul Yang Bakal Mati Ramadan Ini.

Selain itu, dia juga kini bergelar duta untuk jenama Crystal C White di samping pelakon, Natasha Hudson yang bertindak sebagai wajah untuk jenama itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa ek, kita boleh bercinta sampai 2-5 tahun tapi bila berkahwin, perkahwinan tu tak sampai setahun pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 17-1-2021 01:49 PM
kenapa ek, kita boleh bercinta sampai 2-5 tahun tapi bila berkahwin, perkahwinan tu tak sampai setah ...

Sebab masa bercinta semua nampak yang indah2 dan baik aja.. dah duduk serumah baru nampak kelemahan pasangan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 17-1-2021 02:08 PM
awekjepun replied at 17-1-2021 01:52 PM
Sebab masa bercinta semua nampak yang indah2 dan baik aja.. dah duduk serumah baru nampak kelemaha ...


Setuju... pastu responsibility time bercinta n kawen pon x sama

Relationship bercinta setakat 2 org tu je...once kawen relationship extended to family of both side
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 03:36 PM | Show all posts
irvene replied at 17-1-2021 01:49 PM
kenapa ek, kita boleh bercinta sampai 2-5 tahun tapi bila berkahwin, perkahwinan tu tak sampai setah ...

sebab bercinta selalunya berdua je. kau dan aku.


once dah kahwin ada mentua, ada ipar duai, ada anak, ada tanggungjawab, ada beban, ada perancangan.
cinta boleh pudar bila diasak masalah dalam salah satu (atau lebih) isu-isu ni.


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 03:46 PM | Show all posts
irvene replied at 17-1-2021 01:49 PM
kenapa ek, kita boleh bercinta sampai 2-5 tahun tapi bila berkahwin, perkahwinan tu tak sampai setah ...

ada ke org yg tunjukkan keburukan masa bercinta? sumer yg wangi ajork...
cthnya kawan iols. sblm kawen, bf sanggup jogging sama sbb kawan iols suka exercise...
lepas kawen, baru kantoi, yg hubby dia tak suka exercise. ajak jogging, pi sorang je la.. pastu, baru nak ngaku, setiap kali lepas jumpa kawan iols jogging, dia akan pi kedai mamak bedal 2 pinggan mi ka nasik ka...
sblm kawen mmg la sanggup rentas lautan api... lepas kawen, belum tentu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2021 03:52 PM | Show all posts
semoga terus tabah menjalani kehidupan sebagai bapa tunggul...eh tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
k. noted.        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa senang X ingat dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm ex wife pun dah ada pengganti...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:52 PM | Show all posts
38 eh umur die ni?? herrrlokkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.121562 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list