Dah lama teringin nak main snow atau ski? Nak pegi negara yang cantik, bersih dan pendek kata WOW!! Haa..jawapannya New Zealand la! Kami kongsikan kenapa anda perlu ke New Zealand pada musim sejuk! New Zealand terletak di Selatan Hemisfera dan musim sejuknya bertentangan dengan musim sejuk di negara-negara Eropah, US dan negara omputih yang sewaktu dengannya. Bermula dari bulan Jun hingga September, musim sejuk adalah waktu terbaik ke New Zealand! Kenapa?? 1) Murah!
Musim sejuk ini adalah musim “low season” di New Zealand. Harga hotel, sewa motorhomes, kereta dan juga aktiviti-aktiviti disini memang murah. Boleh dikatakan kurang sehingga 50% dari harga musim puncak!
Flight pun banyak promosi..so kalau anda memang nak jimat, pegilah musim sejuk ini. 2) Tak ramai org
Memang best travel musim ini sebab tak ramai pelancong yang datang. Tempat lawatan, hotel dan segalanya tak penuh..kosong! hihi..literally, NZ tu kita yang punya! So, very relaxing dan tak perlu terkejar-kejar, beratur panjang untuk beli tiket dan sebagainya..tak macam pegi musim panas ni. 3) Jalanraya tak crowded!
Memandu di New Zealand pada musim sejuk memang best! Susah nak jumpa kereta lain atas jalanraya..boleh la Nampak 1-2 kereta je..tapi jangan takut, tak bahaya pun di sana. Jalanraya dijaga rapi, takde lopak atau lubang..dan kebanyakkannya jalan lurus je kecuali ke gunung-ganang.
Nak drive pun tak bahaya musim sejuk sebab salji kebanyakkannya hanya diatas kawasan pergunungan, bukan di bawah.
4) Musim melihat “whale” di Kaikoura
Nak sangat tengok whale atau Seal dengan dekat? Wild whale & seal tau! Musim sejuk ini lah peluang nak tengok secara dekat sangat tinggi di Kaikoura.
4) Musim melihat “whale” di Kaikoura
Nak sangat tengok whale atau Seal dengan dekat? Wild whale & seal tau! Musim sejuk ini lah peluang nak tengok secara dekat sangat tinggi di Kaikoura.
5) Putih salju – seperti dalam dunia berbeza!
Pemandangan kiri & kanan gunung-ganang seputih-putihnya!! Memandu di jalanraya dan anda akan lihat cantiknya pemandangan ini seperti dalam dunia fantasi!
6) Glaciers! It’s magical
Nak cuba sesuatu yang baru? Trekking melalui glaciers ke..inilah masanya..
|