CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13533|Reply: 91

"Saya Malas Nak Layan Lebih-lebih" - Aloy Nak Jumpa, Tampar Ogy

  [Copy link]
Post time 18-1-2021 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan kembali apabila penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Senandung, Aloy Paradoks mendedahkan masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud.




Kredit foto: IG





Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy berkata, dia tidak pernah lupa atau lari dari membayar hutang.


Ujarnya, dia berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Malaslah nak cakap yang saya bayar hutang. Saya tak cerita pada orang pun. Takkan saya nak melayan sahaja apa dia nak menulis.

“Saya bayar kepada rakan kongsinya, Rayza Mukmin. Itu tak perlulah saya nak ceritakan kepada semua orang. Ya, saya mengaku belum habis bayar untuk dia, tapi yang lainnya ramai yang saya sudah habis bayar.

"Yang penting saya bayar, bukannya saya lari atau tukar nombor telefon. Saya nak lari ke mana?” katanya kepada Harian Metro.


Dalam pada itu, Ogy juga memaklumkan dia keluar dari kumpulan WhatsApp yang diwujudkan khas untuk teater berkenaan.




Kredit foto: The Vocket




Bagaimanapun, dia enggan melayan mesej yang keluarkan penulis teater terbabit.

“Tapi, mungkin dia (Aloy) gemar cara begitu, biarkanlah. Saya pun tak kuasa melayan.

"Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap, apa-apa saya akan bayar kepada dia.

“Saya malas nak melayan lebih-lebih kerana dalam kumpulan WhatsApp pun Aloy ada keluarkan perkataan, tunggu saja nak jumpa nak tampar. Saya buat tangkap layar, tunjuk kepada Rayza dan kata perlukah bercakap dengan orang tua begini?” ujarnya.




BACA JUGA: PKP Bertemu PKP, Kak Ogy Belum Setel Hutang Lagi - "Dia Memang Handal"


Terdahulu, Aloy meluahkan rasa kesal walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun bayaran masih belum diselesaikan.




Sumber: RotiKaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 10:04 AM | Show all posts
kau reply ke tak msg dia tu, kau diam sokmo. mmg lah panas member. kau dah berhutang. pastu buat2 letak nama islam mcm tu. kau dah hutang. tah dia ada duit ke tidak ke. faham lah keadaan org lain juga. jgn fikir kau je. aniaya org mcm ni. dosa berhutang tahu tak mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:04 AM | Show all posts
sembang pandainyaerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:17 AM | Show all posts
elok tampar je skali..
baru die tahu..
dh terduduk pun..statement nk kerek lg..
mentang2 la org tu..nobody pd media..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka lagu dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:30 AM | Show all posts
"Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit.
aku benci orang guna statement sesama islam sesama melayu ni...  sebab orang camni la yang ramai mempergunakan kepercayaan tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hamboih, bila taim ko, manjang ugut nak saman. Orang slalu cakap, kalau melampau sangat hidup, all it takes ialah jumpa buku dengan ruas, sekali pun cukup lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:55 AM | Show all posts
tu ari tak silap ade nmpak dia post yg sambal saadiah dia tu dah dikomersialkan, siap ade kilang nak proses bagai. Tertanye-tanye gak mana dia dapat modal. Patut dulukan hutang baru lar ko pk nak kembangkan bisnes....

Habis lar busuk teruk nama dia dihujung2 nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 11:03 AM | Show all posts
"Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap, apa-apa saya akan bayar kepada dia.\






cuba ko bermusuh dgn along cina  kafir kerana duit, tgk ko hidup lagi ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:06 AM | Show all posts
meluat aku dengan nenek suara nyaring nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:13 AM | Show all posts
kesian pulak dekat kak ogy
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:14 AM | Show all posts
Bab dia, jgn bermusuh sbb duit lah apa lah.
Bayar duit org tu, settle. org tu pn diam.
Dah mmg sah2 ko berhutang, pastu buat senyap. Spa x mrh oii.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:14 AM | Show all posts
Kak Ogy bila nak bagi balik duit konsert Khai Bahar? kesian taw peminat Khai nak tengok konsert tu buat diam pulak...dpt ke khai lagi lah khai diam sbb tak suka cari gaduh.. tapi itula peminat khai ramai teraniaya... buat ke tak? drpd lps PKP pon buat diam ni dah PKP lagi diam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nahai poster
Penuh muka sendiri je
Nampak sangatla hai
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:45 AM | Show all posts
teater?
hahahahhahahahhahahahahhahaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
cuba kalau time ko org tak bayar duit ? aku rse lebih dr tu ko akan meroyan makcik. sbb ko tu org tk kacau pon royan kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya dengar, sambal kak ogy sedap yakmat..so, harap hasil jualan bulan bulan mendatang ni terus lah bank in kat aloy ye. Takyah la berurusan dengan si membernya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 18-1-2021 11:37 AM
Nahai poster
Penuh muka sendiri je
Nampak sangatla hai

Diri dia adalah tarikan sebenar teater ittew. Tajuk teater pun tak penting. Belakang kira.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayar je la hutang. Memalukan nama saadiah je anak tak reti bayar hutang dah bertaun tak habis2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Daftpunk_shine replied at 18-1-2021 11:54 AM
Diri dia adalah tarikan sebenar teater ittew. Tajuk teater pun tak penting. Belakang kira.

Perasannya lahai
Padahal teater tu yg ada mufti perlis tu kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.475756 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list