View: 1362|Reply: 3
|
Bekas Pemain Badminton Pulau Pinang Beralih Membuat Biskut Ketika Pandemik
[Copy link]
|
|
Agatha menunjukkan biskut ‘red velvet’ hasil tangannya. (Gambar Agatha)
FMT
Reena Sekaran
PETALING JAYA: Jatuh tujuh kali, bangkit lapan kali.
Asalnya satu peribahasa Jepun, kata-kata ini mengingatkan kita supaya sentiasa berjiwa kental tidak kira apapun ujian mendatang dalam hidup ini.
Namun sejujurnya berapa kalikah seseorang mampu berulang kali bangkit semula?
Lihat sajalah Agatha Yu, 39, dari Pulau Pinang yang bukan saja kurang upaya malah menghidap neuropati periferi.
Agatha dengan biskut kegemaran pelanggan, ‘chocolate chip crunchies’. (Gambar Agatha)
Pada usia 15 tahun, Agatha yang juga bekas pemain badminton Pulau Pinang pernah berlatih bersama bintang sukan negara Lee Chong Wei.
Namun, setahun kemudian dia kehilangan kaki kiri dalam kemalangan jalan raya seterusnya menguburkan impian untuk bermain badminton secara profesional.
Orang lain mungkin meratap dan merintih kehilangan kaki mereka, tetapi bukan Agatha.
Sebaliknya, dengan sokongan keluarga terutama ibunya, beliau menguatkan semangat untuk mencapai sesuatu yang baharu – mendaki Gunung Everest.
“Pada 2012, seorang rakan membunuh diri akibat kemurungan, dan saya sendiri juga pernah mengalami kemurungan seperti itu, jadi saya amat memahami betapa pentingnya mendapat sokongan,” katanya kepada FMT.
Agatha menambah mahu menjadikan dirinya sebagai contoh membuktikan kepada orang lain betapa seseorang masih mampu kuat dan berdepan apa saja cabaran walaupun sudah mengalami satu kehilangan besar.
Walau menghadapi cuaca buruk dan terpaksa menggunakan tongkat, Agatha masih mampu mendaki ke kem induk Everest yang terletak 5,200m di atas paras laut.
Dia kemudian mendapat kerja di syarikat pengurusan acara dan berjaya di bidang korporat namun, pada 2015 sekali lagi ketabahannya diuji apabila didiagnos menghidap neuropati periferi yang mengakibatkan kakinya sentiasa menyentak dan mengalami spasme.
Ketika itu dia menyedari, kerjayanya punca dia mengalami lebih banyak tekanan. Dia memutuskan untuk meninggalkan bidang tersebut dan memilih mengikut minatnya dengan menyanyi di jalanan untuk mencari rezeki.
Sebelum pelaksanaan PKP, Agatha menyanyi di jalanan. (Gambar Agatha)
“Pada mulanya saya menyanyi di hentian bas berdepan Times Square dan sejak dua tahun lalu saya turut menyanyi di pusat beli-belah. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya membuat persembahan di Sunway Giza serta Sunway Nexis,” ujarnya.
Malangnya, lonjakan kes Covid-19 dan pelaksanakan PKP memaksa Agatha menghentikan dulu aktiviti nyanyiannya dan mencari alternatif lain.
Berbeza pula pilihannya kali ini apabila dia menceburi bidang masakan dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kuih.
Agatha dengan Almond London yang baru dimasak. (Gambar Agatha)
“Saya belajar membuat kuih daripada ibu rakan sekolah saya di Pulau Pinang satu ketika dulu. Mereka pernah memiliki kedai kek,” katanya.
Daripada biskut cip coklat yang rangup, sehinggalah kek yang lazat dan tart telur yang seolah-olah cair apabila disuapkan dalam mulut, serta pai ayam yang menyelerakan, semuanya dihasilkan Agatha malah dia kini turut mengambil pesanan untuk Tahun Baharu Cina.
Menu bagi Tahun Baharu Cina termasuk tart nanas yang lembut, biskut Almond London, Red Velvet, mentega dan ‘chocolate chip crunchies’ yang lazat dan rangup.
Biskut ‘red velvet’ pasti membangkitkan semangat Tahun Baharu Cina. (Gambar Agatha)
“Setiap balang berharga RM25 dan tart nanas serta chocolate chip crunchies menjadi buruan pelanggan.”
Agatha menjelaskan beliau berjaya menjual lebih 120 balang biskut tahun lepas, namun mengakui bimbang pandemik akan menjejaskan perniagaannya tahun ini.
Tart nanas Agatha menjadi buruan pelanggan. (Gambar Agatha)
“Dengan PKP yang berterusan, kemungkinan besar orang ramai akan membuat sendiri biskut di rumah, seterusnya menyebabkan jumlah pesanan berkurangan tahun ini,” ujarnya.
Beliau turut bekerjasama dengan sekumpulan ibu tunggal untuk melancarkan perniagaan biskut dan kuihnya supaya dapat berkongsi rezeki dengan mereka jika mendapat banyak tempahan.
“Ia membabitkan banyak kerja, terutama jika menerima banyak tempahan. Mujur saya mengenali wanita ini menerusi satu program. Ada antara mereka juga pembuat kuih jadi baguslah kami dapat berkongsi rezeki,” kata Agatha.
Walaupun kini kurang upaya, Agatha tidak mengharapkan simpati orang lain sebaliknya turut membuat kerja sukarelawan malah sebelum PKP berkuatkuasa dia sering menghabiskan masa di Pusat Penjagaan Warga Emas Tong Sim di Salak Selatan.
Sebelum PKP, Agatha menjadi sukarelawati di Pusat Penjagaan Warga Emas Tong Sim di Salak Selatan. (Gambar Agatha)
Tambahnya, orang ramai juga boleh menempah biskutnya untuk dihantar ke rumah orang tua atau rumah anak yatim iaitu sesuatu yang juga amat dekat di hatinya.
Agatha menghantar biskut ke sekitar Lembah Klang, dan jika berminat membuat tempahan boleh menghubunginya menerusi WhatsApp di 016 7729613. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semenjak kpdnhep sita bertong2 lard tahun lepas, baru iols tahu ada homemade biskut terutama cina yg guna lard. Harap agatha tak guna lard. Baru meluas pasarannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah boleh jadi sumber pendapatan |
|
|
|
|
|
|
|
kuat betol semangat dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|