CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 1

Sharita Tak Gentar Harungi Cabaran Dunia Perniagaan

[Copy link]
Post time 18-1-2021 09:53 AM | Show all posts |Read mode

Sharita tak mudah mengalah dengan pancaroba perniagaan. - Foto/Ihsan Sharita


Berita Harian

Suzalina Halid
[email protected]

KUALA LUMPUR: Wanita ini masih muda, namun semangatnya untuk berjaya dalam bidang perniagaan tidak boleh disangkal lagi termasuk meraih pencapaian hebat membuka restoran sendiri, selain menerima anugerah keusahawanan wanita terbaik.

Justeru, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Ombak Kitchen, Sharita Loo, 39, bijak mengatur langkah dalam mengembangkan perniagaannya daripada projek bakeri di rumah kepada sebuah restoran yang menyajikan makanan laut segar.

Menariknya, Ombak Kitchen yang kini mempunyai dua cawangan menyediakan kaedah makanan secara tradisi masyarakat Malaysia iaitu dengan hanya menggunakan tangan selaras slogannya, 'pakai tangan jer'.

Kejayaannya mengemudi perniagaan sehingga menerima pengiktirafan Female Entrepreneur of the Year oleh Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2019 dan Platinum Bussiness Award-Rising Star 2019 (SME Malaysia).

Malah, sinarnya dalam perniagaan jelas kelihatan selepas beliau menerima anugerah Perdana Young Entrepreneurs Award pada 2016.

Tidak mudah mengalah dengan pancaroba perniagaan, Sharita berkata, meskipun berdepan dengan pasang surut bidang ini susulan ketidaktentuan keadaan akibat COVID-19, ia bukan alasan untuk mengangkat bendera putih.

Sebaliknya, Sharita mengambil semangat daripada rakan serta keluarga untuk memastikan terus kekal di landasan dan meminta semua usahawan wanita juga harus bersikap seperti itu.

"Ramai wanita di luar sana ingin menjadi usahawan, namun aspek paling penting ialah anda memerlukan 'tulang belakang' yang kuat dan sebolehnya tidak mudah menyerah kalah.

"Seperti saya sendiri, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hampir putus asa, namun kita tidak tahu sebenarnya ada cara untuk berdepan dengannya," katanya kepada BH, di sini.

Menyentuh pengiktirafan yang diraih itu, ia memberi semangat buatnya untuk melakukan yang lebih baik dan membuktikan kehebatan wanita dalam bidang mencabar itu.

Katanya, bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan tinggi seperti itu kerana pemilihan amat ketat berdasarkan maklumat mengenai perjalanan perniagaannya yang diserahkan kepada pihak penganjur.

Mengutamakan prinsip bekerjasama kerana dirinya percaya dunia perniagaan adalah satu ekosistem yang bergantung kepada satu sama lain.

Sehubungan itu, Sharita menjalinkan kerjasama dengan Royal Selangor untuk membantu mana-mana kafe atau restoran yang kehilangan pelanggan sepanjang PKP.

Sharita berkata, sepanjang PKP pada Mac tahun lalu, konsep perniagaannya juga sedikit berubah selaras norma baharu apabila menumpukan aspek perkhidmatan ke rumah.

Ahli perniagaan jelita ini berkata, ketika itu, daripada majoriti pelanggan yang datang menikmati makanan laut segar di restoran, ia bertukar kepada pesanan ke rumah dengan peningkatan perkhidmatan sebanyak 60 peratus.

"Kira-kira 80 peratus pelanggan memilih untuk menggunakan khidmat penghantaran ke rumah ketika PKP berbanding 20 peratus sebelum ini.

"Jika sebelum ini jarang ada penghantaran ke rumah, dalam tempoh seminggu dalam 10 pesanan sahaja, namun dengan norma baharu sehari, kami boleh dapat 10 hingga 15 pesanan ke rumah.

"Menariknya kami turut bekalkan dengan kertas apron, sama seperti mereka nikmati di restoran, justeru kami boleh meneruskan perniagaan ketika tempoh mencabar itu," katanya.

Ombak Kitchen sepatutnya melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan ketiga di KL Sentral tahun lalu, namun disebabkan COVID-19 ia ditangguhkan pada tahun ini.

Sebelum ini, restoran Ombak Kitchen yang pertama dibuka di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada Januari 2018 dan Bangsar pada April 2019.

Sharita berkata, dengan memilih lambang Alaskan king crab berwarna biru, pihaknya mahu membawa mesej untuk menyajikan makanan laut yang dijanjikan segar dari laut ke hidangan pelanggan.

Katanya, dengan jaminan makanan laut premium pada harga berpatutan, bekalan yang diperoleh secara segar dari Indonesia dan melalui kolam agrikultur tempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelaa sis kabel kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.173196 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list