View: 6205|Reply: 66
|
Anwar Dakwa Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Di Lembah Kegilaan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin digambarkan seolah-olah tidak mampu memberi sebarang keyakinan, apatah lagi menjanjikan masa depan yang lebih baik, ketika negara masih bergelut mengekang pandemik COVID-19.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan seperti tidak ada perancangan awal selain sering tidak jelas.
Tindakan Muhyiddin, tegas ahli Parlimen Port Dickson itu telah meletakkan negara ini dalam lembah percanggahan.
"erintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil.
"Apa yang kelihatan seolah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal. Cakap-cakap tentang pemulihan ternyata omong kosong.
"Jadinya, kita sekarang ini kembali ke peringkat asal. Mula balik. Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkap Albert Einstein, “adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeda”," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, pada Ahad.
Dakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, kepimpinan Perdana Menteri turut meletakkan negara ini di lembah kegilaan.
Jelas Anwar, kerajaan sepatutnya membantu rakyat untuk kembali percaya kepada kemampuan masing-masing selain mencipta kekuatan baharu dalam mengharungi kemelut ini sebagai bangsa yang bersatu padu.
"Malaysia patutnya telah berjaya, apa yang disebut sebagai “flattening the curve” atau melandaikan lekuk dan menjadi antara negara yang berjaya menundukkan COVID-19.
"Sebaliknya, kerajaan ini terus menyusah dan membodohkan rakyat. Kerajaan hari ini anggap rakyat seperti kanak-kanak. Tidak, rakyat di negara inilah yang memungkinkan sebuah tatanan bernama Malaysia.
"Sekiranya kerajaan ini tidak mampu percaya pada rakyat dan yakin pada rakyat, bagaimana mungkin mereka harapkan perkara yang sama? Apatah lagi untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa berubah setiap masa," tambah Anwar.
Selain itu, Anwar turut menegaskan kerajaan PN semakin hilang wibawa dan keyakinan, sehingga menyukar untuk ia dipulihkan.
"Langkah mengisytiharkan darurat tampak terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas yang kukuh, langsung melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan.
"Muhyiddin minta kita percaya beliau tatkala kediktatoran beliau semakin menonjol.
"Keyakinan terhadap kepimpinan beliau juga semakin merosot tatkala seorang demi seorang Ahli Parlimen menarik sokongan.
"Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini?" soal beliau lagi.
Sehubungan itu, Anwar berkata, pengisytiharan darurat disifatkan seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.
"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan putus asa.
"Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada," katanya.
Terdahulu, Anwar mencadangkan semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan Proklamasi Darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
Pada 12 Januari lalu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok..nuor ngn ph..boleh msk....kita bg masa yg sama...tuk berlaku adil.............dgn syarat #XdeKomunis2Lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Steveoaki at 19-1-2021 05:12 PM
Thanks for the update and quick reply. I'll be sure to keep an eye on this thread. Looking for the same issue. Bumped into your thread. Thanks for creating it. Looking forward for solution.
MyPascoConnect
|
|
|
|
|
|
|
|
jibun, jahit, wak maslan and nuart sama2 gilerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nampak saja nama anwar ibrahim haramjadah tak guna ni.. Terus aku bakul sampahkan..
Dasar leluhur benua kecik.. Sembang kencang....tapi lupa tengok cermin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada la thread ni kak... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu org gila tak mengaku dia gila, org lain yg gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo pemimpin di ambang kgilaan...yg dpimpin ni semua da dlm lubuk gile babi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar ni budak sastera kelas paling hujung sekali. Bahasa dia semua nak bombastic nak nampak cerdik bijak cm sohai laksa.
Bagi akak mahathir lg pandai convince orang percaya dia walaupun dia banyak kroni corruption kayakan anak.
Anwar kena tukar tune baru orang hadap hormat. Pandai bercakap tak semestinya pandai pengaruh orang. Tin kosong selalu bunyi bising.
Skill pengaruh orang ni skill mahal. Akak xsuka tun mamak tapi akak suka skill set dia ada. cuma lately ni nampak dia punya aura dah makin monopause. Zaman dia dh berlalu.
Kerja dia cari gaduh dengan singapore tapi xnak majukan malaysia supaya daya saing dgn singapore. Balik2 modal cerita bosnia lah itu ini lah apa.
Harap sgt malaysia mampu jadi harimau asia semula kuasa ekonomi asia. Malu wei pergi luar negara nak ngaku from malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ketulan kat pipi dia tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
jijahmomon replied at 18-1-2021 04:37 PM
selalu org gila tak mengaku dia gila, org lain yg gila..
Kannn?? Da sah2 dia yang paling gila.. Gila nak jadi piyem.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud nuar kat sini adalah mengapa time menghadapi covid , negara diistihar darurat ?? Bukankah ini masanya negara harus bersatu dalam penyediaan terbaek kaedah hadapi pendemik ?? Ini lah gunanya parlimen untuk berbahas , mengusul ?? Ini sebenarnya isu nasional dan semua pehak perlu diberi ruang . |
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 19-1-2021 12:45 AM
Maksud nuar kat sini adalah mengapa time menghadapi covid , negara diistihar darurat ?? Bukankah in ...
Aah aku pun faham maksud anwar tu, bila isytihar darurat gini maknenye kerajaan xkn terima pendapat dari pihak lain la dlm menangani covid...semua dari kerajaan je jadi xde pro & kons sesuatu keputusan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Soal menteri sendiri tidak menghormati soal SOP , soal ada golongan yg tertinggal mendapat pembelaan , segalanya harus dihalusi . Apakah rakyat mendapat cukup penbelaan amat penting dlm saat2 genting ini . Jadi bila dikenakan keadaan darurat , ia satu tidakan paling tidak logik . Sepatutnya kerajaan lebih terbuka dlm melakukan perlaksanaannya . |
|
|
|
|
|
|
|
amira_adlina replied at 19-1-2021 12:53 AM
Aah aku pun faham maksud anwar tu, bila isytihar darurat gini maknenye kerajaan xkn terima pendapa ...
kan . Sebenarnya isu kenaikan harga barang , isu memastikan sektor terus dapat dipacu , soal kekangan modal oleh pengusaha , antara yg patut diberi perhatian . Termasuk menggunakan wang zakat yg berbiliion yg selamanya ditadbir keakaun sultan yg sepatutnya boleh digunakan memajukan banysk sektor seperti pemakanan kita sendiri , banyak yg perlu dilakukan . Kerajaan tidak boleh bertindak sendirian tanpa dokongan semua . |
|
|
|
|
|
|
|
sepanjang pendemik covid ada 2 kali je graf turun.
1- ketika kerajaan bmf 22 bulan berkuasa.
2- selepas bangnon umumkan "have number"
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu dia ckp org.. Dia lg gila..Dr zmn atok dia meroyan nk jd pm.. Sampai skrg ni.. Makin lama makin meroyan .. Lps tu ape janji ari tu.. Kata nk letak jawatan la pe la.. X letak jawatan pun.. Makin meroyan ade la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar bang non...lagi lapan bulan bang non stanby....kasik ko kat abahkau u have numbers rite? |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat sebelum darurat x de pulak naik isu nak bincang harga barang..isu impak besar kearah utk kebaikkan rakyat yang x berkait impak covid.. Yang ade sokong x sokong.. Nak guling.. Nak gulung.. Nak lompat sana.. Lompat sini..nak pilihan raya... Kene pecat.. Ganti lain.. Jadi better la darurat.. Fokus covid.. Lepas covid undi la sepuas hati.. Isu pendapat utk kebaikkan covid.. Buat je la mcm najib.. Media sosial kan ade |
|
|
|
|
|
|
|
what on earth are ya sayin, sweetum? explain yerself
|
|
|
|
|
|
|
| |
|