Hari ini di media sosial, ramai ibu bapa berkongsi kisah hari pertama persekolahan anak-anak bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Namun, di sebalik kemeriahan itu, perkongsian seorang pengguna Facebook ini agak meruntun hati. Masakan tidak, di kala anak-anak golongan berkemampuan bersama gajet masing-masing, anak-anak dari masyarakat orang Asli di Johor ini bergelut untuk belajar secara dalam talian.
Kredit foto: Facebook Murni Muda
Menurut Murni, ketiadaan kemudahan talian Internet di kampungnya menyebabkan mereka terpaksa menumpang di kampung lain yang jaraknya berbelas kilometer demi menuntut ilmu.
Kredit foto: Facebook Murni Muda
Apapun, tahniah diucapkan kepada ibu bapa murid ini kerana masih berusaha bagi memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan. Mungkin kerajaan terlepas pandang akan golongan ini kerana terlalu memikiran solusi mengenai pendidikan yang terlalu canggih.
Pembuat dasar di negara kita terlalu memberi fokus untuk melaksanakan pendidikan secara digital di mana kebanyakan pelajar tidak mempunyai kelengkapan secukupnya untuk mengikuti pengajian seperti komputer ataupun telefon pintar.
Kredit foto: Harian Metro
Dasar-dasar seumpama ini yang mementingkan kecanggihan dan lebih mementingkan masalah orang yang berada dan berpengaruh. Akibatnya, kita dapati ramailah anak orang susah diabaikan.
Sebaiknya, kerajaan memikirkan alternatif lain seperti televisyen (TV) dan radio sebagai medium pembelajaran. Boleh dikatakan hampir setiap isi rumah di negara kita mempunyai televisyen (TV) dan radio yang sudah lama digunakan untuk pendidikan, contohnya TV Pendidikan.
Kenapa TV dan radio tidak dimanfaatkan? - CARI
|