CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6841|Reply: 68

[Tempatan] Kentut sebenarnya adalah aktiviti yang sihat, namun kentutlah dengan berhemah-Dr

 Close [Copy link]
Post time 23-1-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-1-2021 11:00 AM

SEMUA orang kentut tetapi jarang sekali menghadapi masalah kerap kentut.

Berdasarkan kajian, dalam sehari biasanya seseorang boleh keluarkan angin antara lima hingga ke-15 kali.

Menurut portal kesihatan, thediagnosa.com, kekerapan kentut didefinisikan sebagai kentut sebanyak 20 kali dalam sehari.

Perlu diketahui, kentut adalah sesuatu yang normal dan ia menunjukkan aktiviti bakteria yang terdapat di dalam usus manusia.

Pun begitu, jika seseorang itu memakan sesuatu jenis makanan seperti kacang kuda, beliau akan lebih kerap kentut berbanding waktu-waktu yang lain.

Bagaimanapun, kentut yang kerap akan menyebabkan kita rasa tidak selesa dan juga risau dengan masalah tersebut.

Mengulas mengenai topik sama, Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Fatimah Salim turut mengakui kacang kuda akan menyebabkan seseorang lebih banyak kentut.

Mengapa keadaan itu berlaku?

Jawabnya, tumbuhan kekacang (legumes) seperti kacang kuda sebenarnya mengandungi karbohidrat kompleks jenis oligosakarida yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfagalactoside.

Oleh sebab itu, keberadaan enzim berkenaan adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia.

Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan kacang ini kurang kentut dan kini kerap pula kentutnya,” tulis Dr Fatimah menerusi Facebooknya.

Memperincikan lebih lanjut mengenai keadaan itu, Dr Fatimah menjelaskan, disebabkan ketiadaan enzim khusus itu, maka tugas pencernaan akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi.

Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana.

“Gas tersebut kemudiannya akan dikeluarkan daripada sistem usus besar sebagai kentut. Selain daripada terhasilnya gas, fermentasi oligosakarida juga menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids -SCFA) yang baik untuk kesihatan usus,” beritahu beliau.

Namun katanya, sesetengah individu tidak akan kentut disebabkan memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.

Dr Fatimah menambah, kentut berbunyi adalah disebabkan oleh getaran otot dubur semasa gas-gas berkenaan dikeluarkan.

Oleh sebab itu, bunyi kentut yang kuat adalah disebabkan oleh isipadu gas yang besar sekali gus ‘menerjah’ keluar.

“Bau dan jumlah kentut adalah berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jenis makanan yang diambil dan tahap kesihatannya.

“Sebagai contoh makanan yang boleh menyebabkan kentut berbau adalah makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti telur, kubis, keju, bebawang, durian dan lain-lain.

Makanan-makanan itu akan menghasilkan gas hydrogen sulfide kerana bau kentut yang busuk juga disebabkan oleh najis yang terkumpul dalam rektum. Kentut sebenarnya adalah aktiviti yang sihat, namun kentutlah dengan berhemah,” kata Dr Fatimah.

Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian tersebut, kita lebih jelas mengapa kacang kuda akan menyebabkan kekerapan untuk seseorang itu kentut lebih banyak dan ia bukanlah mitos semata-mata. Semoga perkongsian SinarPlus memberi manfaat. Salam Jumaat!

ANEKDOT

BERIKUT antara tip memudahkan penghadaman karbohidrat kompleks:
1. Rendam secukupnya makanan jenis kekacang terlebih dahulu untuk memudahkan proses memasak dan penguraian karbohidrat. Tindakan itu akan mengurangkan aktiviti fermentasi oleh bakteria.

2. Kunyah makanan dalam tempoh yang lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alphagalactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.

3. Kurangkan pegambilan makanan terproses dan gula tersedia seperti gula putih dan sirap tinggi fruktosa. Ini boleh mengurangkan populasi bakteria baik dalam usus.

4. Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yogurt, tempoyak, cencaluk dan tapai untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus. Perlu diketahui bahawa probiotik tersebut biasanya akan mati dengan suhu memasak maka eloklah diambil mentah.

5. Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Ingat, bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk mereka ditumpang (win-win situation).

Sumber: Pensyarah Kanan Kimia dan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Fatimah Salim.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Cmne nak kentut dgn berhemah...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
namemysoul replied at 23-1-2021 08:04 AM
Cmne nak kentut dgn berhemah...hahaha

Jangan kentut depan orang ramai, itu adab sopan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
gmbr prempuan comei topik kentut pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 09:38 AM | Show all posts
Ok lepas ni kawan akan cuba untuk kentut dengan cara yang berhemah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 09:46 AM | Show all posts
"Kentut sebenarnya adalah aktiviti yang sihat, namun kentutlah dengan berhemah"

sangat sopan ayat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau x kentut tanda usus bermasalah. selalu kentut tanda usus sihat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Comeyla diaa. umur berapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 11:41 AM | Show all posts
iols benci org selamba kentut depan org ramai.konon cool.nk muntah tau tak.klu terlepas tu lain la
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:53 AM | Show all posts
Jenuhlah memasing berlawan kentu pulak seisi rumah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
20x sehari mcm byk sgt je.. xde keluar isi ke byk kali kentut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 23-1-2021 03:41 AM
iols benci org selamba kentut depan org ramai.konon cool.nk muntah tau tak.klu terlepas tu lain la

Dulu ada budak dorm iols, budak perempuan. Dia obese, suka kentut dgn sendawa di depan orang. Sendawa iols boleh terima lagi tapi kentut tu tak boleh terima betul. Bila org tegur, dia kata it's natural. Tak tahulah sekarang ni dah berubah perangai ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 23-1-2021 09:34 AM
gmbr prempuan comei topik kentut pulak

ntahnye..merosakkan suasana
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts


lagu Kentut Siapa dr Melly Goeslaw
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat mamakentut.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:37 PM | Show all posts
Kentut tanda sihat tp boleh jadi x sihat kalau kentut dpn org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 12:42 PM | Show all posts
epal21 replied at 23-1-2021 12:12 PM
Dulu ada budak dorm iols, budak perempuan. Dia obese, suka kentut dgn sendawa di depan orang. Send ...

I dgr org sendawa ada bau ...tahan je nak muntah.I penah buat2 blah sampai toilet then memang termuntah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbayang makcik tini kentut...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:58 PM | Show all posts
Laki aku suka kentut kat aku...skrg anak2 pun sama...susah sgt ke nak pegi toilet? Suka bg mama marah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk running man, ada guest terkentut masa game. Pas tu suk jin ckp, dari bunyi kentut tu tanda kentut org yg sihat.. lebih kurang gitu ler dia cakap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.099607 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list