CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3542|Reply: 27

[Tempatan] Laki bini cuba lalui roadblock (SJR) dari Kota Damansara ke Bandar Utama kemudia

  [Copy link]
Post time 24-1-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan dikompaun ingkar PKP
    myMetromutakhir
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Helah sepasang suami isteri yang memberi pelbagai alasan untuk melalui sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Surian di sini, mengundang padah apabila mereka dikenakan tindakan kompaun.

Pasangan itu masing-masing berusia lingkungan 50-an pada mulanya ditahan untuk pemeriksaan dalam kejadian pada hari ini.

Mereka memberi alasan mahu ke sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, bagi membeli barangan keperluan harian.

Bagaimanapun, pihak polis tidak membenarkan mereka untuk ke pusat beli-belah berkenaan kerana terdapat pasar raya berhampiran rumah pasangan itu di Kota Damansara dan meminta mereka berpatah balik.

Namun, arahan berpatah balik itu tidak diendahkan pasangan berkenaan yang kemudiannya memaklumkan mahu menukar lokasi perjalanan mereka ke dua lokasi lain termasuk mahu ke Taman Tun Dr Ismail.

Kedegilan mereka menyebabkan anggota polis bertugas mengenakan tindakan kompaun terhadap pasangan terbabit kerana ingkar arahan PKP.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, masih banyak kenderaan dilihat berada di jalan raya di daerah itu walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan sejak 13 Januari lalu.

"Kebanyakan pemandu yang diperiksa memberi alasan keluar rumah bagi urusan peribadi seperti menziarah ahli keluarga.

"Dalam kes sebegini, kami akan arahkan mereka untuk berpatah balik. Ada juga sesetengah kes, pemandu 'naik angin' apabila diarahkan berbuat demikian menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan kompaun," katanya ketika ditemui di SJR di Persiaran Surian di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 394 kompaun serta 35 tangkapan sepanjang pelaksanaan PKP 2.0 sehingga semalam.

"Kompaun dikeluarkan membabitkan penugasan pemantauan serta sembilan di SJR yang dijalankan secara statik (kekal) serta 'mobil' (bergerak) di seluruh daerah ini.

"Saya menasihatkan orang ramai di daerah ini supaya patuh terhadap arahan PKP yang dikeluarkan pihak berkuasa dan terus berada di rumah jika tiada urusan penting di luar.

"Bersama-samalah kita membantu membanteras penularan Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 12:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Some roadblock polis tak check pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dkt mane sjr ni? iols tetiap hari lalu persiaran surian dr kota dam ke mutiara tu xde ape pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:35 PM | Show all posts
Apalah masalah orang macam ni kan. Bekerjasama ajalah. Tak lah susahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
KD pergi 1utama pun tak lepas. Kurang 5km
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:41 PM | Show all posts
biasa yg berkepala batu ni cinepek2........layan je laa abg2 polis tu....dia org suruh patah balik ....patah balik jer laa.....x yah nak melawan....lawan2 pun kalah gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenderaan byk mcm biasa atas jalan raya. Ntah apa buat tak taula. Yg jenis tak blh duduk diam2 kat rumah ni apa masalah sebenarnya?rumah kepam sgt ke tak tahan duduk lama dlm rumah sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:52 PM | Show all posts
Jika orang ramai masih lagi berdegil untuk ke sana dan ke sini dengan sesuka hati, jangan terperanjat jika kerajaan mula melaksanakan total  lockdown
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 02:06 PM | Show all posts
harkktuih replied at 24-1-2021 01:34 PM
Some roadblock polis tak check pun..

tujuan nak bg peluang uturn dan insaf.. kaka pernah kena beratur roadblock 40 minit sekali hujan laju je xde roadblock , nangis tertanya nape hujan xturun awal2 dari lagu era sampai stesyen radio china semua kaka dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 24-1-2021 01:38 PM
KD pergi 1utama pun tak lepas. Kurang 5km

kata boleh gerak dlm radius 10km???
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2021 02:06 PM
tujuan nak bg peluang uturn dan insaf.. kaka pernah kena beratur roadblock 40 minit sekali hujan l ...

Dr rumah iols ke opis kena lalu 5 roadblock.. Kebykan hari mmg xde check langsung.. Buat roadblock sekadar syarat je.. Kadang2 jah 1 2 roadblock yg check surat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanat punya spisis
Ini lah perangai hamjadahyang jadi antara penyumbang besar jumlah kenderaan banyak atas jalan raya & tak mustahil jadi penyebar virus dari jenis yang tak ada simptom
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 24-1-2021 02:54 PM
Dr rumah iols ke opis kena lalu 5 roadblock.. Kebykan hari mmg xde check langsung.. Buat roadblock ...


Siyalll punya pengamanah2 yg diamanahkan utk jalankan tanggunjawab....stationed at roadblocks...melingering....no wonder rakyat halleluyah..dek penguatkuasaan yg lemah....

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2021 02:06 PM
tujuan nak bg peluang uturn dan insaf.. kaka pernah kena beratur roadblock 40 minit sekali hujan l ...

Peluang u turn pala butoh la.....

half past six punya enforcement....rakyat pun besar kepala boleh main acah acah dgn pihak berkuasa.....

just look at our neighbours...takda kompromi when it comes to strict compliance of sop and rules set....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lokasi2 yg terlibat tu bukan ke dalam daerah yg sama?
Ke daerah lain2
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:34 PM | Show all posts
stingerxmas replied at 24-1-2021 03:10 PM
Peluang u turn pala butoh la.....

half past six punya enforcement....rakyat pun besar kepala bo ...

org mcm hang jugak yg maki bila strict enforcement. Time tu kata takde budi bicara bla bla bla...
sembang babi dgq pun gelak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 03:56 PM | Show all posts
kete banyak time weekdays tu sebab majoriti kerja.konsepnya dtg keje bergaji, nak duduk rumah takde gaji
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 24-1-2021 01:34 PM
dkt mane sjr ni? iols tetiap hari lalu persiaran surian dr kota dam ke mutiara tu xde ape pon

hari ni ada depan pelangi condo ... diorang banyak check riders katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:40 PM | Show all posts
Ntah betul ker tidak berita nie... just nak tunjukkan buat kerja jer... mcm banyak roadblock takder check apa menda pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 24-1-2021 03:34 PM
org mcm hang jugak yg maki bila strict enforcement. Time tu kata takde budi bicara bla bla bla...
...

Yg kerap dikepala butoh kheunz, budaya double standard , half past six atau yg upholding the rules which have been set and carried out religiously within the boundaries?

Kau jawab yg ini dulu sebelum kau pun aku pala utoh kheunz.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.315504 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list