CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1927|Reply: 19

[Tempatan] Dua beranak meninggal dunia selang 12 jam

[Copy link]
Post time 25-1-2021 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak meninggal dunia selang 12 jam

https://www.utusan.com.my/nasion ... unia-selang-12-jam/

Oleh ASLIZA MUSA
25 Januari 2021, 12:36 pm


WAN AZHARUDDIN WAN ISMAIL

TAPAH: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selang 12 jam selepas anak lelakinya menghembus nafas terakhir di rumah mereka di Kampung Baru Temoh Stesen, Temoh di sini semalam.

Hasbollah Ahmad, 75, meninggal dunia pada pukul 10 malam selepas kematian anaknya, Zulfahmi, 46, pada pukul 10.50 pagi hari sama.

Difahamkan, Hasbollah yang mengalami strok turut menghidap beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, awalnya polis menerima maklumat berhubung seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di luar bilik air rumahnya.

Katanya, pemeriksaan mendapati lelaki itu meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit menghidap penyakit kencing manis, saluran jantung tersumbat dan darah tinggi selain pernah menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Kampar.

“Pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan dia tiada sejarah perjalanan ke lokasi lain dalam tempoh sebulan lepas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada sebelah malamnya pula, polis menerima maklumat kematian bapa lelaki berkenaan pada pukul 10 malam.

Katanya, bapa mangsa disahkan meninggal dunia akibat kompilasi penyakit yang dialaminya.

“Kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 02:07 PM | Show all posts
Allahu sedihnya.. Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:40 PM | Show all posts
Terperangjat terima berita kehilangan mungkin dah dia sedia ada macam2 penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah..
Semoga ditempatkan org beriman
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 03:43 PM
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.

Kerajaan jugak yang disalahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:40 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 03:43 PM
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.

mende ni(kesedaran) atas diri sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah najib juga kerana 1mdb tidak membantu rakyat dalam mrngawal kesihatan rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 03:43 PM
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.

Kerajaan ke yg kena perati dia makan apa, dia bersenam ke tidak blablabla??
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 25-1-2021 04:08 PM
Kerajaan jugak yang disalahkan..

Mesti laaa... Kerajaan asyik approve kedai Boba segala tu.. patut haram kan je. Bila kerajaan approve maknanya boleh makan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-1-2021 05:43 PM
mende ni(kesedaran) atas diri sebenarnya....

Aku tak rasa orang luar bandar ni tau penjagaan permakanan yg sebetulnya. Jadi, kerajaan kena buat kempen dgn diorang ni kasi ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 03:43 PM
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.

Aiyo, pastu kalau org tu sendiri nk melantak, amalkan gaya hidup tk sihat. Salah gomen gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 25-1-2021 06:07 PM
Kerajaan ke yg kena perati dia makan apa, dia bersenam ke tidak blablabla??

Aku suruh kerajaan kempen besar-besaran macam denggi ke apa tu. Stop bagi lesen kat kedai-kedai jual dessert melampau ni.. ya tohan... Easy access sangat nak dapat.

Gula ialah drug yg dihalalkan. Takde nilai nutrisi pun untuk badan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:28 PM | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 06:23 PM
Mesti laaa... Kerajaan asyik approve kedai Boba segala tu.. patut haram kan je. Bila kerajaan appr ...

orang minum bobba berpada2.... awak cekik bobba pagi petang siang malam.....
ujung2 kerajaan jugak salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 25-1-2021 06:28 PM
orang minum bobba berpada2.... awak cekik bobba pagi petang siang malam.....
ujung2 kerajaan juga ...

Takde makna minum Boba berpada2. Benda tu dah jadi lifestyle dari generasi muda sampai tua. Dan ia bukan sekadar Boba. Kopitiam, kek, kopi have2, smoothies, yogurt, aiskrim, juice., Kuih seri muka, kuih lapis..  Segala2 dalam makanan kita yang easily available di pasar tinggi kandung fructose.

Ok la dah malas nak berhujah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 03:43 PM
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.

Aihh..itu pun salah kerajaan jugak?? Parokkk bohhh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 03:43 PM
46 dah ada penyakit 3 serangkai ni. Kerajaan gagal dalam kempen penjagaan kesihatan nampaknya.

Menteri teknologi pun gagal bagi kesedaran dalam bentuk digital sebab rakyat banyak meluangkan masa kat cariforum, betul x admin 1234?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.091164 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list