Seorang lelaki di Makasar, Indonesia ditahan semasa merompak empat hari menjelang hari bahagianya.
Dia didapati bersalah dan terpaksa meneruskan perkahwinan yang telah ditetapkan.
Kredit foto: Voi.id
Difahamkan, tarikh perkahwinannya ditetapkan pada 20 Januari 2021 dan kad jemputan juga telah diedarkan untuk meraikan kedua-dua pengantin tersebut.
Namun, semuanya berubah apabila dia ditangkap kerana merompak dan empat hari sebelum tarikh perkahwinan mereka, lelaki itu ditahan dan dibawa ke sel tahanan di Panakkukang, Kota Makassar.
Disebabkan hari perkahwinan sudah ditetapkan, dia terpaksa menikahi kekasihnya di Ibu Pejabat Polis Panakkukang.
Perkara itu didedahkan Ketua Awam Polis Panakkukang, Makassar, Bripka Ahmad Halim yang berkata, proses pernikahan lelaki berkenaan dan kekasihnya dilakukan di hadapan beberapa keluarga pengantin lelaki termasuk anggota polis di Ibu Pejabat Polis Panakkukang.
"Kami memakai pakaian tradisional Bugis-Makassar. Proses pernikahan juga berjalan lancar dan telah dipimpin oleh seorang imam tempatan."
Itulah ungkapan lelaki tersebut usai urusan perkahwinannya. Setelah selesai urusan pernikahan, dia dibawa pulang ke penjara sementara isterinya dibawa pulang ke rumahnya.
Berdasarkan artikel 356 mengenai pencurian ganas, hukuman berkaitan kes ini adalah sehingga lima tahun penjara.
Sumber: OhBulan |