CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2750|Reply: 2

Kutty Cipta “Motosikal” Khas Untuk Panjat Pokok Kelapa

[Copy link]
Post time 1-2-2021 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Petani India Cipta “Motosikal” Khas Untuk Panjat Pokok Kelapa Bagi Mengurangkan Beban Buruh



Kerja-kerja memetik buah kelapa biasanya akan dilakukan menggunakan khidmat kera atau beruk kerana bagi manusia tugasan itu agak sukar dan merbahaya.

Tetapi lain pula kisah seorang petani dari India ini yang telah mencipta sejenis “motosikal” untuk membantunya mencapai pokok-pokok yang tinggi.



Ganapathi Bhat telah memulakan usaha pembinaan alat tunggangan itu sejak 10 tahun lalu dan projek itu akhirnya berjaya disiapkan pada Mei lepas. Dia meminta anaknya untuk bersedia membuat panggilan ambulans ketika di menguji alat itu buat kali pertama.

Alat itu dibina menggunakan komponen motosikal biasa yang berkualito tinggi seperti klac, pemecut, double brakes, penyerap kejutan dan enjin petrol 2.1 kuasa kuda yang memakan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM47,235



Latar belakang Bhat sebagai bekas graduan sains dan juruteknik membantunya memikirkan idea-idea inovasi seperti itu.

Dia telah memanjat 150 pokok untuk membuktikan keselamatan motosikal itu sebelum membuat demo kepada petani tempatan. “‘Motosikal’ ini diharap dapat membantu industri pertanian menghadapi masalah kekurangan buruh,” katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 02:11 PM | Show all posts
Wah menarik tak perlu guna khidmat beruk lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hebatnyer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036286 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list