CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2370|Reply: 4

Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen

[Copy link]
Post time 3-2-2021 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen

Dari jalanan hingga ke pentas peragaan, Timberland 6-Inch Boot merupakan salah satu model but yang sentiasa diingati. Ketahanan serta rekaannya yang ikonik menjadi antara faktor mengapa kasut but ini kekal relevan sehingga ke saat ini.
Sejarah but ini bermula pada tahun 1973 apabila Sidney Swartz memperkenalkan model ini untuk kegunaan pekerja pembinaan. Model ini dibuat dengan rapi supaya ia tahan lasak dan dapat bertahan walau dalam apa jua keadaan.
Sedikit trivia. Nama asal syarikat Timberland adalah Abington Shoe Company. Disebabkan populariti but kuning ini, Nathan Swartz (bapa kepada Sidney Swartz) telah menukar terus nama syarikatnya kepada Timberland pada tahun 1973. Perubahan drastik itu dilihat membuahkan hasil kerana nama Timberland lebih catchy senang diingati.

Menjelang tahun 90an, but Timberland ini turut menjadi pilihan artis ternama terutamanya artis dari genre muzik hip hop. Legenda Notorious B.I.G antara artis hip hop pertama yang kerap menggayakan but Timberland sepanjang hidupnya.


Lama kelamaan, but ini menjadi fashion statement dan turut disarung oleh selebriti terkemuka dunia seperti Kanye West, Jay-Z, Pharrell Williams dan Justin Timberlake. Artis wanita seperti Rihanna dan Gwen Stefani turut menjadikan Timberland sebagai salah satu but yang perlu ada dalam koleksi mereka.
Supreme, Mastermind Japan, The North Face, Bathing Ape dan Off-White merupakan antara jenama besar yang pernah berkolaborasi untuk model Timberland 6-Inch ini.
Mengapa? Kerana ia memang nampak cantik dan cool apabila disarung di kaki selain tahan lasak dan tahan lama.

  

Timberland 6-Inch Boot juga merupakan salah satu kasut but terawal yang waterproof, dan kekal begitu hingga ke saat ini. Sempena ulang tahun ke-47 but kuning ikonik ini, Timberland mahu anda berkongsikan kisah ‘What’s Your Yellow Boot Story’.
Sebagai permulaan, beberapa individu seperti Yonni, Ethan Chu, Dennis Yin,Azim Yusof, Masia One dan Fiqrie telah berkongsikan kisah mereka bersama but ikonik ini.

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2021 05:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa suka dgn jenama ni... dr.martens boot lagi best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 07:02 PM | Show all posts
belacan_gurl replied at 3-2-2021 06:18 PM
Tak berapa suka dgn jenama ni... dr.martens boot lagi best

skin head lerr tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 3-2-2021 07:02 PM
skin head lerr tu

Hahahahhahaha syuhhhh hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.089847 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list