View: 2187|Reply: 11
|
[Dunia]
Ibu leka berkaraoke, tidak sedar 2 anak lemas dalam tangki kumbahan
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 4-2-2021 10:17 AM
2 anak maut ibu asyik karaoke
https://www.hmetro.com.my/global ... t-ibu-asyik-karaoke
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 7:10 AM
Agensi
TANGKI kumbahan berkenaan. FOTO Agensi
Aceh: Menyayat hati apabila dua beradik lemas dalam tangki kumbahan ketika ibu mereka dipercayai asyik berkaraoke di dalam rumah.
Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, pada Selasa lalu.
Mangsa, Alfizil Aini, 4, dan adiknya, Zikra Hidayatullah, 2, dilaporkan meninggal dunia di dalam tangki berkenaan.
Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra memberitahu tangki itu terletak di belakang rumah mangsa.
Katanya, tangki itu sebenarnya sedang dibersihkan ibu mangsa, Suhar, 35, manakala kedua-dua anaknya bermain di kawasan itu.
"Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan nada suara yang tinggi.
"Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tidak berada di dalam rumah.
"Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam berkenaan," katanya.
Menurut Delyan, Suhar menjerit ketika melihat keadaan anaknya tidak bergerak di dalam lubang berkenaan
Jeritan itu didengari jirannya, Sumarlan, 38, yang melompat ke dalam tangki untuk menyelamatkan mangsa.
Sumarlan berusaha membawa mangsa ke bidan desa untuk mendapatkan rawatan awal.
Namun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada anak kecil memang xboleh lalai walau sekejap.
Tapi those kids are going straight to heaven.
Maknya menjawablah dgn tuhan sbab lalai sampai 2 anak mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat kumbahan pun tak bertutup mana tak mengundang bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau ade ank kecik pls la alert dgn surrounding, barang/ tmpt yg bleh mmbhayakn bdk2. Dua2 pulak tu jatuh. Sedihnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku imajin time dia tgok anak dia dh lemas tu mesti muka terkejut mcm dlm sinetron indon. lepas tu kamera zoom in kat muka.
indon style.
anyway, salam takziah. lepas ni dh bole cmpak set karok tu dlm lubang najis |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai sedihnya mendengar berita ini, semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua |
|
|
|
|
|
|
|
mak tak karoke dah lepas ni nakkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh dakwah gagal oleh Pemerintah Aceh. |
|
|
|
|
|
|
|
tkkan xde common sense, pdhl ko tgh bersihkan benda tu, kena la alert, lg plak ade anak2 kecil, eh boleh plak sedap ko berkaroke. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, sedih...
Kecuaian, kelalaian dan mungkin faktor kemiskinan sekali...
Anak2 ke syurga... Maknya la yang menderita... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pengjaran supaya kena kunci rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
|