CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3945|Reply: 28

Ini 8 Koleksi Menu ‘Express PKP’ Hanya Guna Air Fryer!

[Copy link]
Post time 5-2-2021 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 5-2-2021 10:34 AM

Ini 8 Koleksi Menu ‘Express PKP’ Hanya Guna Air Fryer!



Bila seluruh negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masanya untuk anda mencungkil bakat memasak di rumah bukan? Namun, selari dengan perkembangan teknologi anda sekarang tidak juga memerlukan dapur dan gas untuk memasak tetapi hanya boleh menggunakan air fryer. Rupanya memang banyak jenis hidangan yang boleh dimasak menggunakan air fryer ya!

Paling penting sekali adalah buat anda yang perlu bekerja juga dalam tempoh ini, pasti mahukan masakan cepat masak dan tak rumit kan? Jadi, ini adalah beberapa menu yang anda boleh cuba menggunakan air fryer. Cepat pula tu!

8 KOLEKSI MENU GUNA AIR FRYER
1.ROTI GULA BAKAR



– Sapukan roti dengan butter & taburkan gula

– Suhu 180© masa 10minit

2.AYAM BAKAR SOS CAMPAK-CAMPAK





– Sos cili,sos tiram,kicap,sckup rasa n lada hitam

– Suhu 200© masa 15minit

– Boleh tengok keadaan ayam separuh masa..kalau nak balikkan ayam tu pun boleh..saya tak balikkan pun..biar macam tu je sampai masak.

-Nampak hitam mungkin terlebih sos tiram @ kicap ..saya letak ikut rasa je..takde sukatan..untuk yang nak cuba kena pandai adjust bahan-bahan ya. Yang hitam tu sebab kicap @ sos tiram..jangan risau nampak je macam tu bila makan tetap sedap.


3.UDANG GORENG



-Suhu 180© masa 10minit

4.KEK PISANG



1st time saya masak kek. Hari-hari intai resepi dalam group ni. Harini saya cuba masak kek untuk pertama kali dalam hidup. Walaupun tak yakin kek yang saya buat ni jadi ke tak dan hasilNya kek pisang saya menjadi. Garing di luar lembut di dalam
& sedap. Terima kasih kerana dalam group ni la saya beranikan diri untuk masak kek.

Bahan-bahan

1) Pisang 3 biji *

2) Gula setengah cawan *

3) Telur 2biji *

4) Tepung gandum yang telah diayak supaya tak berketul bila masak nanti ( 1½ cawan)

5) esen vanilla (½ sudu teh kecil) utk kurngkn bau hnyir telur *

6) Choc chip

7) baking powder (1 sudu teh kecil)

8) soda bikarbonat ( ½ sudu teh kecil)

9) Minyak setengah cawan

-Bahan yang tnda * saya blend smpai sebati dan tmbahan idea saya tambah sedikit susu dutchlady lowfat

-Masukkan tepung gndum,soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas..tuang sikit bahan yang diblend dan kacau sampai dah sebati..

– Sediakan loyang dan sapu marjerin..saya sapu naturel soft marjerin sbb tu je yang ada dalam fridge.

– Tuang acuan tadi dalam loyang n tabur choc chip

– Pnaskan Air Fryer dlm 5minit dgn suhu 160©

– Masukkan kek dlm Air Fryer n masak 30-45 minit dgn suhu 160©

*Masa ke 30 minit saya bukak untuk tngok keadaan kek dan cucuk tengah dengan garpu.. kek blum masak..saya tambah msa 15 minit lagi..mungkin bergantung atas jenis air fryer.



Sumber : https://siraplimau.com/menu-diet-air-fryer/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 10:33 AM | Show all posts
5.KAMBING YANG DIPERAP SEMALAMAN





– Sos tiram,kicap,lada hitam & secukup rasa

– Suhu 200© masa 20minit..nk kurang garing boleh masak 10-15 minit sahaja dan kurangkan suhu kepada 180

Kalau tengok kejadian dalam gambar selepas macam hangit..mugkin sebab terlebih sos tiram @ kicap..mana yang nak mencuba boleh kurangkn sos tiram & kicap ya..

6.SOTONG BAKAR BEREMPAH



– Gaul sotong bersama rempah bakar ( rempah ni kaklong saya buat sndiri import dari ganu )

– Suhu 170© masa 15minit..saya nak ada kuah sebab tu masa sekejap je..nak kuah kering boleh tmbah masa

7.AYAM GORENG KENTUCKY



Tanpa mnggunakan minyak.. saya guna tepung bestari & ikut cara bancuhan sperti yang tertulis dekat plastik tepung tu..Masa 30minit & kena balik-balikkan ayam setiap 10minit.

10 minit pertama suhu 180

10 minit kedua suhu 200

10 minit terakhir suhu 180

Jangan risau kalau tepung tu jadi putih..kena pndai adjust masa & suhu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:17 PM | Show all posts
iols suka alas dgn aluminium foil sb malas nak rendam & cuci kerak2 makanan dlm air fryer tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 02:58 PM | Show all posts
8.PUDING ROTI KUAH KASTARD



Bahan untuk puding

– Roti 8 keping potong 4 dan disapu butter

– Susu segar 2 cawan *

– 2 biji telur *

– 2 sudu makan gula *

– 1 sudu kecil esen vanilla *

– Kismis (saya letak choc chip sebab kismis takde )

– Sediakan loyang yang dah disapu butter

– Kacau sekata bahan yang bertanda * (saya blend je sekejap )

– Susun roti dalam loyang & tuang bahan yang diblend

– Tabur choc chip

– Bakar Suhu 200© Masa 20minit ni saya ikut yang dah tulis dekat body air fryer jnma riinoo tapi kalau suka rangup boleh tambah masa lagi kurangkan suhu.



Kuah kastard

– Satu tin susu cair

– 2 sudu makan tepung kastard ( saya guna tepung jagung sebab takde tepung kastard )

– 2 sudu makan gula

– Secubit garam

-1 sudu esen vanilla

Masak atas dapur api perlahan. Last masuk tepung untuk pekatkan kuah..*update..air fryer dengan oven tak sama ye. Tapi kalau nak masak kek kena panaskan dulu af 5-10minit suhu pling tinggi..lpastu start dengan suhu rendah sama ada 160 @ 180 selama 20 minit. Lepastu baru boleh naikkan suhu dan tmbah masa bila tengok keadaan kek dah nampak macam nak masak..kena pandai ejas suhu & masa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 05:21 PM | Show all posts
Info yang sangat bermanfaat, boleh cuba nanti, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 11:11 AM | Show all posts
Thank you for sharing TT...
sat lagi nak buat puding roti.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2021 11:18 AM | Show all posts
piao replied at 5-2-2021 02:58 PM
8.PUDING ROTI KUAH KASTARD

U guna loyang lain ke?
Loyang ni letak terus kat bawah air fryer tu tanpa guna bakul dia?
Tkasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 11:38 AM | Show all posts
ok blh try gak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
teringinnya nak makan puding roti


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:09 PM | Show all posts
uda replied at 6-2-2021 11:18 AM
U guna loyang lain ke?
Loyang ni letak terus kat bawah air fryer tu tanpa guna bakul dia?
Tkasih ...

Loyang perlu letak dalam bakul. Bahagian bawah airfryer tak boleh letak sebarang bekas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pandai masak tapi teringin nak cuba resipi 2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Air fryer sangat memudahkan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
brand air fryer apa yang ok? kalau beli brand cap ayam
ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh cuba nnti
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Leban replied at 15-3-2021 09:05 PM
brand air fryer apa yang ok? kalau beli brand cap ayam
ok tak?

Sy guna elba, macam lama ja amik masa nak masak. Rasanya 2x ganda timing dari resipi sebenar.. Ka sebab sy x panaskan dulu sebelum guna?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Buleh guna aluminium foil ke dalam air fryer? Tray saya cat dia dah peel off.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
wow thanks for the recipe
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for sharing
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077027 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list