CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 6

Percaya Dapat Bercakap Pada 'Hari Kebangkitan', Mumia Berlidah Emas Ditemui

[Copy link]
Post time 5-2-2021 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Kaherah: Sekumpulan ahli arkeologi Mesir-Dominika yang menjalankan misi cari gali di Alexandria menemui mumia berusia sekitar 2,000 tahun lalu dengan lidah keemasan, baru-baru ini.


Penemuan mumia itu disahkan oleh pihak berkuasa Mesir kepada AFP, Rabu lalu.


"Misi itu menemui 16 kuburan di kuil Taposiris Magna yang terletak di sebelah barat Alexandria dekat utara Mesir," demikian kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Antikuiti Mesir berhubung penemuan itu.


Menerusi kenyataan sama, kementerian itu memaklumkan teknik pengebumian digunakan secara meluas pada zaman Yunani dan Rom.




Foto: AFP




"Terdapat beberapa mumia dalam kubur berkenaan yang tidak terpelihara dengan baik tetapi mempunyai saduran emas pada bahagian lidahnya.


"Emas diletakkan di mulut si mati kerana dipercayai supaya mereka dapat bercakap pada 'hari kebangkitan' nanti," katanya.


Sementara itu, ketua misi cari gali, Kathleen Martinez berkata, dua daripada mumia ditemui menarik perhatian kumpulan penyelidik.


"Salah satunya mempunyai pembalut dan bahagian kadbod bersama lapisan kain linen yang dilekatkan, disadur dan dicat pada keseluruhan badan mumia selain dihiasi dengan dengan patung Osiris, dewa kematian Mesir.


"Satu lagi mumia memiliki mahkota yang dihiasi dengan tanduk dan ular tedung serta kalung bersama loket dalam bentuk kepala helang yang mewakili dewa Horus, putra Isis dan Osiris," katanya.


Sementara itu, Ketua Antikuiti Alexandria, Khaled Abu al-Hamd berkata, pasukan misi berkenaan turut menemui topeng pengebumian wanita dan mahkota emas.


dan lapan topeng marmar.


Misi itu diadakan di sebelah barat Alexandria selama beberapa tahun dalam usaha mencari makam legenda, permaisuri Ptolemaic Cleopatra, meskipun terdapat keraguan dalam kalangan kalangan arkeologi mengenai kemungkinan kewujudannya di kawasan itu.


Kerajaan purba Ptolemaic berasal dari Yunani dan memerintah Mesir antara 323 dan 30 sebelum Masihi sebelum Rom mengambil alih pemerintahan dengan Cleopatra menjadi pemerintah terakhirnya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 04:33 PM | Show all posts
letak emas supaya boleh bercakap? hurm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau jual mas tu kaya oii
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 07:11 PM | Show all posts
kalau jual emas lepastu kaya, lepastu emas yg itu halal ke haram.. aku tanya aje tau sbb aku xtau
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 08:12 PM | Show all posts
Pelik-pelik jer mumia di zaman Firaun.

Si Mumia yang mati menyangka, emas di lidahnya membolehkan dirinya lancar bercakap pada hari kebangkitan!

Rupa-rupanya, pengkaji mumia di zaman telefon pintar tahun 2021, melompat-lompat gembira mengambil emas tersebut, tak sempat bangun di hari kebangkitan, emas dah kena copet!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow so interesting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2021 09:59 AM | Show all posts
Makin banyak penemuan makin banyak yang tersingkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045641 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list