Seorang bayi lelaki di Suceava, Romania meninggal dunia ketika upacara pembaptisan selepas tiga kali dibenamkan ke dalam air suci.
Menurut laporan Guardian, bayi berusia enam minggu itu mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital pada Isnin, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Menurut hasil bedah siasat, terdapat cairan di paru-parunya.
Gambar hiasan
Foto: AFP/Getty Images/Guardian
Lantaran itu, gereja ortodoks yang melakukan upacara pembaptisan pada bayi berkenaan menerima kecaman hebat.
Justeru, satu siasatan dibuka terhadap paderi yang didakwa melakukan pembunuhan.
Malah, sebuah petisyen secara dalam talian pada Khamis yang menerima lebih 56,000 tanda tangan turut menggesa perubahan dilakukan ketika upacara pembaptisan bayi supaya ia lebih selamat.
Antara komen netizen mendakwa kematian bayi baru lahir disebabkan upacara itu adalah satu tragedi besar.
Jurucakap gereja, Vasile Banescu berkata, paderi sepatutnya boleh merenjis sedikit air ke dahi bayi daripada dibenamkan ke dalam air suci.
Bagaimanapun, Archbishop Teodosie menegaskan tiada sebarang perubahan akan dilakuan. - CARI |