CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2718|Reply: 11

Aliff Iskandar Mula Menjadi Rebutan

[Copy link]
Post time 5-2-2021 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Bagaikan membawa tuah, Perit yang menjadi lagu runut bunyi untuk drama Perempuan Tanpa Dosa yang ditayangkan di saluran Astro Ria bukan sahaja diterima ramai, tetapi turut boleh didengari dalam beberapa drama lain seperti Angkara Cinta, Bourgenvilla dan terbaru, Rahimah Tanpa Rahim.


Apa yang menarik, lagu nyanyian Aliff Iskandar ini mendapat sambutan menggalakkan apabila dijadikan 'lagu tema' bagi mereka yang putus cinta, mangsa curang dan berhadapan dengan apa sahaja masalah perhubungan.




Kredit foto: Harian Metro





"Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada lagu ini. Saya tak sangka, sejak dilancarkan tiga bulan lalu, Perit benar-benar diterima baik daripada peminat. Orang pun makin kenal dengan lagu ini


"Apabila lirik terbabit dekat dengan pendengar, mereka mudah menerimanya. Ada yang bagaikan pernah berhadapan dengan situasi itu dan tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen mengenai pengalaman mereka dalam video muzik berkenaan.


"Saya baca setiap komen yang mereka titipkan. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsikan. Mana yang tragis tu, saya bersimpati sangat-sangat," katanya.


Terbaru, Aliff bersyukur kerana karyanya itu diterima baik beberapa pihak yang percaya kepada bakat penciptaan lagunya.


Alif yang sudah menghasilkan beberapa lagu lain juga gembira apabila ada pihak yang mahukan karyanya.


Semua itu berlaku apabila dia mula menyanyikan lagu baharunya semasa sedang bersiaran langsung menerusi Instagram miliknya.


Beberapa pihak sudah mula merisik dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan karya baharunya itu.


"Memang ada beberapa pihak yang sudah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya termasuklah menghasilkan runut bunyi dan sebagainya.


Sudah pasti sebagai seorang pencipta baharu, saya amat hargainya.


"Bila ada yang percaya kepada hasil karya saya, tiada apa kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ini.


Semoga apa yang dirancang akan tertunai sedikit masa lagi. Saya pun memang nak majukan diri lagi sebagai penulis lagu dan menghasilkan karya-karya yang berkualiti," kata bakal guru yang kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur ini.


Menariknya bukan sahaja beberapa syarikat produksi menyatakan hasrat untuk bekerjasama tetapi juga beberapa artis popular turut menyatakan minat mendapatkan karya baru Aliff.


"Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Andai kata semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, saya akan kongsikan kepada semua," kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 04:56 PM | Show all posts
Tak kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 04:58 PM | Show all posts
Aku xkan rebut ko .

AMbil lah siapa yg nak.


Aku xhingin
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 05:12 PM | Show all posts
who are yusssssssssssssssssssssss????
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 05:34 PM | Show all posts
Bleh wat stok geli2 sis @Kurex
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 06:34 PM | Show all posts
semua tajuknya emmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan ank hanis zalika ada iskandar, iols lupa nama ank sheol
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 06:52 PM | Show all posts
sape ni? tak sedap pun nak jadikan rebutan... lagi herlok somi pepet tua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 07:00 PM | Show all posts
sapo lakkk nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry , tak kenal {:run{:run
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyussssssss
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
TAK KENAL.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043716 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list