Kredit foto: Instagram/DAILY MIRROR
Pada usia 14 tahun, gadis ini menjadi mangsa buli di sekolahnya. Akhirnya, Belle Delphine, gadis Afrika Selatan yang menetap di Lymington, Hampshire itu mengambil keputusan untuk berhenti belajar.
Enam tahun kemudian, dia kini menjadi bintang sensasi di Internet dengan memiliki 1.95 juta subscribers di YouTube, lapor Daily Star.
Kredit foto: Daily Star/Instagram
Malah, dia turut memiliki ramai pengikut di Insatgram, Twitter dan Twitch.
Setelah menyertai OnlyFans, dia turut meraih pendapatan lumayan dengan menghasilkan foto-foto seksi sehingga bergelar jutawan. Malah, ada antara bahan dikongsinya menceruskan provokasi kerana seolah-olah mempromosikan jenayah rogol.
Kredit foto: Daily Star/@bunnydelphine
Berikutan mendapat kecaman keras daripada orang ramai, dia menafikan tanggapan bahawa sesetengah foto yang dihasilkan menjurus ke arah jenaka berkaitan rogol.
Sumber: mStar |