CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2112|Reply: 1

Cara Mengira Kalori

  [Copy link]
Post time 8-2-2021 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Cara Mengira Kalori



Bermasalah kerana berlebihan berat badan? Cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya adalah memohon diet jangka panjang, rendah kalori secara konsisten. Di samping itu, anda perlu bersenam setiap hari untuk membakar kalori yang berlebihan dan menjaga kesihatan jantung. Jika anda ingin kehilangan beberapa kilogram dalam masa yang singkat, artikel ini menerangkan pelbagai teknik dan petua untuk mencapai sasaran jangka pendek.


Apa itu kalori? TIPS KURUS
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adalah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.



Bagaimana cara untuk kira kalori dalam makanan?
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram

Contoh:-
Satu hidangan sos cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g x 4 = 212 kalori)
Protein-1g (1g x 4 = 4 kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g x 4 = 64 kalori)
Jadi satu tuangan sos cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Wanita mengandung & menyusu: 2000-2500 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada satu-satu hari itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori orang dewasa selalunya makan/ambil dalam sehari?
1) Makan pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telur mata kerbau (21 kalori) + Teh tarik (120 kalori) = 541 kalori

2) Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

3) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca sayur setengah cawan (150 kalori) + Air tembikai (80 kalori) = 900 kalori

4) Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

5) Makan malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan tenggiri masak merah (142 kalori) + Kangkung goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

*** Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak.
– 543 x 365 = 198, 195 kalori setahun disimpan.
– Maka, dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!!

Bagaimana untuk membakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan komputer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Aerobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg sgt berilmiah. Semua rakyat patut kena tahu ilmu ni. Untuk kesihatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065826 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list